Saya ingin tahu maksud dan perbezaan perkataan pelabelan dan penglabelan | Perkataan yang betul ialah pelabelan, iaitu perbuatan membubuh label pada sesuatu. | Tatabahasa | 24.10.2012 |
Memohon untuk penyemakan terjemahan Bahasa Melayu dari Bahasa Inggeris untuk tujuan pelabelan produk. Terima kasih. | Tuan, Untuk makluman, permohonan pengesahan bahasa Melayu untuk pelabelan produk boleh dibuat melalui dalam talian (online) menerusi laman dbpsahbahasa.my atau melalui kunjungan/kaunter di Aras Bawah, Menara DBP dengan membawa dua (2) salinan visual iklan. Kaunter dibuka pada hari bekerja dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang.
| Lain-lain | 24.06.2019 |
Memohon untuk penyemakan terjemahan Bahasa Melayu dari Bahasa Inggeris untuk tujuan pelabelan produk. Terima kasih. | Untuk perkhidmatan penyemakan dokumen, sila e-melkan bahan tersebut kepada azahari@dbp.gov.my telefon 03-2147 9115. Terima kasih. | Lain-lain | 27.06.2019 |
Salam sejahtera, saya nak tanya sikit tentang penggunaan Proto dan Purba dalam pelabelan bahasa lama. Dalam Inggeris ada Ancient Greek, Proto-Hellenic, Proto-Greek, dan Old Greek. Saya ikut label dalam Kamus Dewan Perdana yang terjemahkan Proto kepada Purba tapi masalahnya macam mana nak bezakan dengan Ancient Greek yang diterjemahkan kepada Yunani Purba? Dan dalam Kamus Inggeris-Melayu, Hellenic diterjemahkan kepada Yunani sementara daftar istilah berikan Helenik/Hellenik. Macam mana saya dapat bezakan kesemua label ini? Setakat ini saya labelkan Hellenik Purba (Proto-Hellenic), Proto-Yunani (Proto-Greek) dan Yunani Kuno (Old Greek). Harap dapat membantu. Yang benar, Haziq Faruqi | Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) ialah kamus umum bahasa Melayu. Kamus Inggeris-Melayu Dewan (DBP, 1992) juga ialah kamus umum. Kata/istilah dalam sesuatu bidang merupakan kata khusus yang mempunyai konsep dan konteks yang tertentu. Pentakrifan atau penggunaan kata/istilah dalam sesuatu bidang seperti Proto-Hellenic (proto Helenik), Proto-Greek (proto Yunani) dan Old Greek (Yunani kuno) perlulah merujuk pakar bidang tersebut untuk menentukan julat masanya secara terperinci, persamaan atau perbezaan makna sesuatu kata/istilah bahasa sumber dan sebagainya supaya padanan kata tersebut dalam bahasa Melayu tepat dan jelas. Untuk penjelasan lanjut, sila berhubung dengan Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, DBP. | Istilah | 31.03.2024 |
Salam, saya ingin bertanya mengenai terjemahan bagi 'chicken roll'. adakah bermaksud ayam gulung atau rol ayam dalam bahasa melayu? Harap pihak tuan dapat membantu. Ini adalah untuk ejaan pelabelan makanan. sekian, terima kasih. | Cadangan terjemahan bagi chicken roll ialah ayam gulung | Makna | 11.08.2022 |
1-Kenapa dalam kamus Tatabahasa Dewan Bahasa tidak menyatakan tentang penggunaan adverbal yang jelas? 2- Adakah Buku tatabahasa dewan menggunakan pendekatan fungsional? | 1. Tatabahasa Dewan memasukkan kata adverba atas keperluannya dalam pelabelan kata dalam kamus baru yang akan diterbitkan oleh DBP, dan kata adverba dimasukkan sebagai subkelas kata di bawah kelas kata tugas. 2. Buku Tatabahasa Dewan menggunakan pendekatan eklektik, iaitu mencampurkan ciri-ciri utama daripada berbagai-bagai teori analisis bahasa. Namun demikian memandangkan alirantransformasi-generatif sudah begitu mempengaruhi dunia ilmu linguistik pada masa ini, maka perbincangan seluruh Bab 10, jilid 1 didekati dari segi aliran linguistik transformasi-generatif. | Lain-lain | 09.09.2008 |
Salam Tuan/Puan, saya ingin bertanya berkaitan translation dalam bahasa Melayu bagi perkataan berikut: 1. Air dried noodles 2. Plant-based noodles 3. Air dried broad noodles 4. Air dried slim noodles Perkataan ini adalah utk pelabelan makanan. Diharap pihak Tuan/Puan dapat membantu pihak kami. Sekian, terima kasih. Yg benar, Nurleeyana Khalil | Cadangan padanan terjemahan yang sesuai adalah seperti yang berikut: 1. Air dried noodles: Mi kering 2. Plant-based noodles: Mi berasaskan tumbuhan 3. Air dried broad noodles: Mi lebar kering 4. Air dried slim noodles: Mi halus kering Walau bagaimanapun, cadangan padanan terjemahan ini bergantung pada konteks dan penggunaannya. | Penyemakan dan penterjemahan | 21.06.2023 |
Mengapakah tatabahasa dewan tidak menganggap kata adverba sebagai golongan kata utama? | Tidak ada maklumat yang mengaitkan kenapa kata adverba tidak dimasukkan dalam golongan kata utama oleh penyusun Tatabahasa Dewan. Kata adverba dimasukkan atas keperluannya dalam pelabelan kata dalam kamus baharu yang akan diterbitkan oleh DBP. Kata adverba dimasukkan sebagai subkelas kata di bawah kelas kata tugas. | Tatabahasa | 19.10.2012 |
sebelum mengisi semula hormon pastikan beg aplikator ditekan sihingga kosong | Sebelum mengisi semula hormon pastikan beg aplikator dikosongkan - lazimnya ungkapan ini digunakan dalam pelabelan. | Tatabahasa | 25.03.2011 |
Apakah terjemahan sesuai untuk "chicken flavour seasoning"? Adakah perencah perisa ayam atau perencah perasa ayam lebih sesuai? Berdasarkan carian, flavour adalah perisa manakala seasoning adalah perasa. Namun sekiranya digabungkan, bunyi kurang menarik iaitu perasa perisa ayam ("direct translate" untuk chicken flavour seasoning). Jadi adakah penggunaan perencah sebagai terjemahan untuk seasoning dibolehkan? Pertanyaan saya merujuk kepada ejaan untuk pelabelan pada makanan. Sekian terima kasih. | Padanan bahasa Melayu untuk “chicken flavoured seasoning” ialah perasa ayam. | Makna | 29.07.2022 |