Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pelantikan pelantikan

Peribahasa

110

Don't count your chickens before they are hatches

Jangan bertindak atau bersikap seolah-olah ada sesuatu yang dikehendaki itu sudah dimiliki walhal ia belum lagi menjadi kenyataan.

Bayang-bayang disangka tubuh

Just because the big company has promises you the job, it does not mean that you can resign now and start spending money to celebrate the good news. Don't count your chickens before they are hatches. Wait until they give you an appointment letter.

Hanya kerana syarikat besar itu telah menjanjikan awak pekerjaan, tidak bermakna awak boleh berhenti kerja sekarang, dan berbelanja besar untuk meraikan berita baik itu! Usahlah bayang-bayang disangka tubuh. Tunggu sehingga mereka memberi awak surat pelantikan.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(12)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah sama maksud antara watikah dengan pelantikan. Contoh, Majlis Watikah Pelantikan Pengawas ATAU Majlis Penyerahan Watikah Pengawas. Terima kasih."Watikah" ialah surat dan sebagainya yang menjadi bukti sesuatu pengiktirafan (kuasa, hak, yang diberikan kepada seseorang), manakala "pelantikan" ialah perihal atau perbuatan mengangkat secara rasmi seseorang untuk memegang sesuatu jawatan."Watikah Pelantikan Pengawas" betul dari segi tatabahasa dan membawa maksud surat yang secara rasmi mengangkat memegang jawatan pengawas.Makna21.02.2017
SILA BERIKAN SAYA EJAAN PELANTIKAN YANG BRTUL SAMA ADA - PERLANTIKAN ATAU PELANTIKANKata terbitan yang betul ialah "pelantikan" kerana lazimnya daripada kata kerja "melantik" (me + kata dasar)maka terbitlah perkataan pelantikan yang bermaksud perihal melantik. Jika kata kerja ber + kata dasar seperti berjalan, maka terbitlah perkataan perjalanan.Ejaan12.01.2014
salam... apa beza pelantikan dan perlantikan.... sekiranya kita ingin melantik seseorang adakah kita gunakan perkataan pelantikan atau perlantikan????Kata terbitan yang betul ialah "pelantikan" kerana lazimnya daripada kata kerja "melantik" (me + kata dasar)maka terbitlah perkataan pelantikan yang bermaksud perihal melantik. Jika kata kerja ber + kata dasar seperti berjalan, maka terbitlah perkataan perjalanan.Tatabahasa27.02.2013
Assalamualaikum wbt, Saya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan [pelantikan] dan [perlantikan]. Adakah penggunaan perkataan [perlantikan] sama maknanya dengan pelantikan atau perkataan [perlantikan] tidak boleh diguna pakai untuk tujuan melantik seseorang untuk memegang jawatan tertentu? Contoh : Pelantikan sebagai pentaksir sekolah ATAU Perlantikan sebagai pentaksir sekolah?

Kata terbitan yang betul ialah pelantikan, lazimnya kata terbitan daripada me-... seperti melantik menjadi peN-...-an, seperti pelantikan. Ayat yang betul: Pelantikan sebagai pentaksir sekolah.

Tatabahasa06.05.2011
pelantikan atau perlantikanpelantikanEjaan16.10.2014
Boleh tuan bezakan antara "watikah" dan "pelantikan"? Bolehkah saya gunakan perkataan watikah pelantikan pengawas?. Terima kasih."Watikah" ialah surat dan sebagainya yang menjadi bukti sesuatu pengiktirafan (kuasa, hak, yang diberikan kepada seseorang, manakala "pelantikan" ialah perihal atau perbuatan mengangkat secara rasmi seseorang untuk memegang sesuatu jawatan."Watikah Pelantikan Pengawas" betul dari segi tatabahasa dan membawa maksud surat yang secara rasmi mengangkat memegang jawatan pengawas.Makna12.02.2014
Perlantikan atau pelantikan mana satu yang betul? Kenapa?Kata terbitan yang betul ialah "pelantikan" kerana lazimnya daripada kata kerja "melantik" (me + kata dasar)maka terbitlah perkataan pelantikan yang bermaksud perihal melantik. Jika kata kerja ber + kata dasar seperti berjalan, maka terbitlah perkataan perjalanan. Tiada perkataan berlantik jika menggunakan ber= lantik yang akan menerbitkan perlantikan.Perkataan perlantikan tidak ada dalam bahasa Melayu, yang ada ialah pelantikan.Tatabahasa29.03.2013
Assalamualaikum. Mohon terangkan perbedaan "perlantikan" dengan "pelantikan" Didahului dengan ucapan terima kasih.Kata terbitan yang betul ialah "pelantikan" kerana lazimnya daripada kata kerja "melantik" (me + kata dasar)maka terbitlah perkataan pelantikan yang bermaksud perihal melantik. Jika kata kerja ber + kata dasar seperti berjalan, maka terbitlah perkataan perjalanan. Tiada perkataan berlantik jika menggunakan ber= lantik yang akan menerbitkan perlantikan.Perkataan perlantikan tidak ada dalam bahasa Melayu, yang ada ialah pelantikan.Tatabahasa13.02.2013
penggunaan manakah yang tepat antara perlantikan dan pelantikanEjaan yang betul ialah pelantikan, daripada perbuatan melantik terjadilah pelantikan.Ejaan20.06.2012
Apakah beza antara perkataan perlantikan dan pelantikan?Pembentukan kata yang betul ialah pelantikan. Daripada kata lantik, kata kerja melantik dan proses atau perihal melantik ialah pelantikan.Makna09.03.2014
12345678

Kembali ke atas