Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.li.ha.ra.an] | ڤليهاراءن

Definisi : (orang dll) yg dipelihara, piaraan: anak-anak yatim piatu ~ Dato’ Bendahara itu pun pulang dr bermain; biri-biri ~ mempunyai bulu yg tebal serta lembut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.li.ha.ra.an] | ڤليهاراءن

Definisi : sesuatu yg dipelihara; belaan: Kerbau ~nya gemuk-gemuk belaka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pelihara
Kata Terbitan : memelihara, terpelihara, peliharaan, pemeliharaan, pemelihara,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
KEDAI HAIWAN PELIHARAANSila layari http://dbpsahbahasa.my/default untuk penyemakan dan pengesahan bahasa dalam iklan.

Terima kasih.
Lain-lain12.06.2017
1. Kucing peliharaan saya bernama Si Comel. 2. Cikgu Faridah seorang yang baik hati. 3. Cikgu Faridah guru di SMK Taman Universiti 2. Ada guru yg memberikan jwp spt berikut: ayat 1 : FN+FN ayat 2 : FN + FA ayat 3 : FN + FS Pd pendapat saya, yg betul ialah: ayat 1 : FN + FK (kerana bernama ialah kata kerja) ayat 2 : FN + FN (subjek ialah Cikgu Faridah, FN; predikat ialah seorang yg baik hati, FN juga. Jika ayat ialah "Cikgu Faridah baik hati", maka pola barulah FN + FA) ayat 3 : FN + FN (predikat ialah guru di ...., iaitu FN). Jika ayat ialah "Cikgu Faridah di SMK Taman Universiti 2", barulah FN + FS. Harap pihak tuan dapat memberikan pencerahan. Terima kasih. Drp: Cikgu ChowPenerangan yang Cikgu Chow berikan memang tepat. Data yang silap akan dibetulkan secepat mungkin. Pihak kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. Tatabahasa18.08.2015
'Nama kucing peliharaan kamu ini siapa?' Adakah ayat di atas salah dan mengapakah ayat tersebut salah? Apakah ayat yang betul bagi penyataan di atas?Ayat ini salah kerana 'siapa' ialah kata untuk menanyakan orang atau nama orang. Nama kucing peliharaan kamu ini apa?Tatabahasa26.03.2011
Betul ke ayat di bawah? Peliharaan burung unta tidak memerlukan penjagaan rapi.

Saudara Azmazaira,

Ayat yang betul ialah : Pemeliharaan burung unta tidak memerlukan penjagaan rapi. Perkataan 'pemeliharaan' bermaksud perihal atau perbuatan memelihara, manakala perkataan 'peliharaan' bermaksud sesuatu yang dipelihara.

Tatabahasa27.04.2010
Saya ingin membuat signboard kedai untuk petshop. Nama kedai "Cat Pavilion *Petshop *Hotel *Spa " dan atas sebelah kiri ada perkataan "kedai haiwan peliharaan". Adakah betul? Terima kasih.KEDAI HAIWAN PELIHARAAN  di bahagian atas sebelah kiri visual iklan. Cat Pavilion (nama premis di bahagian tengah visual - Pastikan nama premis perniagaan perlulah sama dengan nama perniagaan yang telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Jika ingin menggunakan nama yang lain, sila pilih dan gunakan nama dalam bahasa Melayu sepenuhnya dengan maksud yang baik). Sila terjemahkan teks bahasa Inggeris dalam bahasa Melayu atau buat dalam dwibahasa  Perapian/Penjagaan/Pembersihan/Aksesori. DIMILIKI OLEH: xxx (penjuru kanan bawah visual)Lain-lain18.12.2021
Salam, Saya ingin tenya tentang nama golongan haiwan. Adakah "ternakan darat" termasuk ayam dan itik? Adakah "haiwan peliharaan" termasuk haiwan untuk kegemaran dan juga ternakan di ladang sekali? Adakah "binatang jinakan" merangkumi haiwan untuk kegemaran dan haiwan untuk ekonomi sekali? Terima kasihDalam Kamus Dewan ternakan sama maksudnya dengan binatang ternakan seperti kuda, lembu, kerbau, kambing dan lain-lain. Walau bagaimanapun tidak ada pengelompokan haiwan tersebut sama ada untuk peliharaan di rumah, ladang dan sebagainya. Tambahan maklumat dalam pengiklanan, lazimnya dalam keterangan aktiviti syarikat/kedai haiwan peliharaan di rumah ditulis sebagai "Kedai Haiwan Kesayangan".Makna03.05.2012
saya membuka kedai haiwan peliharaan spt kucing dan anjing. Boleh tak saya menggunakan nama kedai saya Felin Purrfect Store atau nama melayu nya Kedai Kucing Sempurna? Felin= Kucing, Purrfect = Sempurna tetapi dalam kes ini hurufnya berbeza kerana Purr adalah bunyi dari kucing manja dan saya gantikan perfect kepada Purrfect supaya lebih komersial.Terima kasih.Untuk makluman, bagi nama kedai, pihak DBP tidak mempunyai autoriti untuk menentukannya. Perkara tersebut terpulang kepada pihak puan untuk memilihnya semasa membuat pendaftaran dengan pihak SSM. Akan tetapi, sekiranya pihak puan mahu membuat pengesahan bagi papan iklan, puan mesti meletakkan keterangan peniagaaN dalam bahasa Melayu di bahagian atas kiri, SEPERTI KEDAI HAIWAN PELIHARAAN.Lain-lain06.03.2017
Adakah kedua-dua ayat di bawah betul? 1. Hamidi memberitahu yang dia akan meletakkan jawatan di syarikat itu pada bulan hadapan. 2. Ayam-ayam peliharaan Abang Nordin kelihatan teramat lesu sejak diserang penyakit. Terima kasih.

Ayat pertama betul. Bagi ayat kedua yang betul ialah: Ayam-ayam peliharaan Abang Nordin kelihatan teramat letih atau lemah sejak diserang penyakit.

Tatabahasa11.06.2008
Syarikat saya menjual makanan kucing peliharaan. Bagaimana menterjemah

Penggunaan bahasa dalam iklan ini adalah betul.

Lain-lain08.06.2011
Apakah kesalahan ayat berikut? Ayam-ayam peliharaan Abang Nordin kelihatan teramat lesu sejak diserang penyakit. Hamidi memberitahu yang dia akan meletak jawatan di syarikat itu pada bulan depan.Bagi ayat pertama perkataan lemah atau letih lebih sesuai digunakan untuk binatang. ayat kedua pula yang betul ialah meletakkan jawatan.  Tatabahasa12.06.2008
12

Kembali ke atas