Saya ingin mendapat pandangan & nasihat mengenai cadangan menyedia atau menamakan suatu projek. Sebagai contoh suatu projek membina kemudahan tapak pelupusan telah dicadangkan di atas kawasan tapak ladang kelapa sawit yang telah diambil alih. Maklumat & situasi perkara ini adalah seperti berikut. Lokasi : Tanah Merah, Port Dickson, Negeri Sembilan Pemilik Tanah Asal : Sime Darby Plantation Bhd. Kegunaan Tanah Asal : Ladang kelapa sawit (dinamakan sebagai Ladang Tanah Merah (Tanah Merah Plantation) Tanah Diambil Alih Bagi Tujuan : Cadangan Projek Tapak Pelupusan Sanitari Oleh itu, antara (a) & (b) dibawah, manakah cadangan nama projek/kemudahan yang lebih tepat atau sewajarnya digunakan bagi menyediakan kemudahan berkaitan tapak pelupusan sanitari? a) Projek Tapak Pelupusan Sanitari Di Ladang Tanah Merah, Port Dickson; atau b) Projek Tapak Pelupusan Sanitari Di Tanah Merah, Port Dickson. Sekian, terima kasih. | Pada pandangan kami, cadangan nama projek yang tepat ialah Projek Tapak Pelupusan Sanitari di Tanah Merah, Port Dickson. Berdasarkan penerangan tuan, Ladang Tanah Merah digunakan untuk penanaman kelapa sawit pada kegunaan asal. Bagi kegunaan pelupusan sanitari, aktiviti berbeza dengan kelapa sawit. Penggunaan perkataan Ladang Tanah Merah tidak sesuai digunakan melainkan nama tersebut merupakan nama khas yang sudah didaftarkan atau digazetkan.. | Tatabahasa | 02.09.2014 |
Boleh ke guna membawa'nya' sebab setahu saya 'nya' hanya boleh digunakan untuk manusia. Perlu tambah 'ke' sebelum pusat kitar semula sebab sudah ada 'ke' sebelum tempat pelupusan sampah? Mereka terlalu malas untuk menanam sampah sarap apatah lagi membawanya ke tempat pelupusan sampah atau ke pusat kitar semula. | Ayat yang betul ialah Mereka terlalu malas untuk menanam sampah sarap apatah lagi membawa sampah tersebut ke tempat pelupusan sampah atau ke pusat kitar semula. Kata sendi ke perlu diulang bagi menunjukkan tempat atau arah seperti yang diterangkan dalam Tatabahasa Dewan halaman 267. | Tatabahasa | 11.07.2014 |
salam.... saya mahu tanya bagaimana dan dimana nak lupuskan buku teks sekolah yang lama..?? adakah hantar di pusat pelupusan atau hantar di dewan bahasa dan pustaka...?? harap pihak Tuan/Puan dapat membantu.. sekian... | Buku teks boleh dilupuskan sebagaimana saudara melupuskan buku-buku yang lain juga. Tidak ada prosedur atau pusat pelupusan khusus untuk buku teks. | Lain-lain | 19.12.2012 |
Boleh tak tolong periksa ayat-ayat di bawah sama ada betul dari segi tatabahasa? 1. Mereka tidak sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk memasang alat penapis walaupun asap-asap yang dibebaskan mengandungi sulfur dioksida dan hidrokarbon yang mampu menjejaskan kualiti udara. 2.Mereka terlalu malas untuk menanam apatah lagi membawa sampah-sarap ke tempat pelupusan sampah atau pusat kitar semula. 3.Pencemaran udara berpunca daripada pembebasan asap dari kawasan perindustrian, | Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: 1. Mereka tidak sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk memasang alat penapis udara walaupun asap yang dibebaskan mengandungi sulfur dioksida dan hidrokarbon yang mampu menjejaskan kualiti udara. 2. Mereka terlalu malas untuk menanam sampah sarap apatah lagi membawanya ke tempat pelupusan sampah atau ke pusat kitar semula. 3.Pencemaran udara berpunca daripada pembebasan asap dari kawasan perindustrian. | Tatabahasa | 10.07.2014 |
apakah definisi dan jenis-jenis sampah dan apakah definisi sisa pepejal. | Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, sampah ialah benda-benda yg dibuang, kotoran (daun-daun kering, kertas-kertas kotor, dll.) manakala sisa pepejal ialah apa-apa yg tertinggal (sesudah dimakan, dipakai, dll) yang berbentuk pejal, tidak berubah-ubah, benda padat. Sila rujuk syarikat yang berkaitan untuk mengetahui jenis-jenis sampah, cth. syarikat pelupusan sampah. | Makna | 22.09.2007 |