tiada bagi perkataan pemerataan sedangkan pemerkasaan ada | Pemerkasaan terbentuk daripada gabungan kata dasar "perkasa" + "apitan pe-...-an". Berdasarkan rumus tersebut, boleh dibentuk perkataan pemerataan, iaitu gabungan "merata" + "apitan pe-...-an". Walau bagaimanapun tidak ada bentuk penggunaan perkataan ini kerana makna pemerataan itu telah terungkap dalam kata terbitan yang sdia ada, iaitu perataan. | Tatabahasa | 10.11.2015 |
adakah penggunaan perkataan "pemerkasaan" dalam ayat adalah betul, atau penggunaan ayat memperkasakan lebih tepat? | Kata terbitan 'pemerkasaan' dan 'memperkasakan' adalah betul, memperkasakan (kata kerja) bermaksud menjadikan hebat (unggul, kuat, terkenal, berdaulat, dominan dan sebagainya), manakala pemerkasaan (kata nama) ialah perihal memperkasakan. | Tatabahasa | 08.03.2011 |
"Kem Pemerkasaan Pelajar Orang Asli". Penggunaan kata nama pemerkasaan tepat atau tidak | Boleh digunakan. | Tatabahasa | 10.02.2009 |
adakah perkataan pemerkasaan boleh digunakan? | Perkataan pemerkasaan boleh digunakan. T.kasih. | Lain-lain | 15.08.2008 |
adakah perkataan "pemerkasaan" wujud?...penggunaan seperti dlm "permerkasaan pendidikan teknikal dan vokasional" | Ungkapan pemerkasaan pendidikan teknikal dan vokasional boleh digunakan. | Tatabahasa | 18.11.2008 |
saya sedang membuat penyelidikan bagi program master saya dan tajuk kajian saya ialah : HUBUNGAN ANTARA PSIKOLOGIKAL EMPOWERMENT DENGAN KEPUASAN KERJA GURU MRSM DI PERAK. Soalan saya : Merujuk kepada tajuk saya EMPOWERMENT adalah perkataan english dan mengikut istilah MABBIM (istilah malaysia) ialah PEMBERIAAN KUASA/ PEMERKASAAN..apakah maksud MABBIM? 2. Bolehkah saya mengekalkan perkataaan empowerment dalam tajuk saya atau perlu ditukar kepada PEMERKASAAN. 3. Perkataan sebenar psikologikal empowerment adalah dari perkataan PSYCHOLOGICAL EMPOWERMENT. Bolehkah saya terjemahkan PSYCHOLOGICAL kepada psikologikal bukannya psikologi ? 4. Adakah perlu saya mengekalkan PSYCHOLOGICAL EMPOWERMENT kepada PSIKOLOGIKAL EMPOWERMENT atau PEMERKASAAN PSIKOLOGIKAL.. 5. Adakah boleh saya mencampurkan perkataan english dengan bahasa malaysia dalam satu ayat? | Untuk makluman, MABBIM bermaksud Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia. Padanan bahasa Melayu untuk "psychological" ialah psikologi (tidak ada perkataan psikologikal dalam bahasa Melayu). Sekiranya tuan pasti bahawa "empowerment' dalam konteks ini merujuk kepada pemerkasaan, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Pemerkasaan Psikologi. | Istilah | 14.10.2014 |
Tuan/Puan: Apakah jumlah morfem bebas dan merfem terikat bagi perkataan: pemerkasaan, bermaharajalela, mengetengahkan, ketidakbertanggungjawaban | Morfem bebas ialah morfem yang dapat wujud bersendirian. Sebaliknya, morfem terikat ialah morfem yang hanya wujud bersama-sama morfem lain. Sebagai contoh, perkataan perkasa, tengah,tanggungjawab dan tidak ialah morfem bebas, tetapi imbuhan per-... -an, menge-....-kan dan ke-... -an merupakan morfem terikat. | Tatabahasa | 05.10.2013 |
APAKAH TANGGUNGJAWAP DAN PERANAN UNTUK MEMPERKASAKAN BAHASA MELAYU? BAGAIMANAKAH IBU BAPA BOLEH MEMBANTU PROSES PEMERKASAAN BAHASA MELAYU DALAM SESEBUAH INSTITUSI KEKELUARGAAN? | Bahasa Melayu sebagai bahasa moden yang berkembang seiring dengan kemajuan dunia terdedah kepada pelbagai unsur yang sedikit sebanyak memberi kesan kepada kualiti penggunaan bahasa Melayu. Namun apa yang penting ialah iltizam kita sebagai pengguna bahasa Melayu dan atas semangat mematuhi perlembagaan negara yang telah menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa perpaduan harus tekal memperkasakan bahasa Melayu. Rasa sayang kita terhadap bahasa kebangsaan harus sentiasa dipupuk malah diterapkan dalam institusi keluarga seperti mengamalkan penggunaan bahasa yang betul (mengikut situasi) dalam kalangan keluarga, jika kita berbahasa dengan betul bermakna kita menjaga adab dan susila hidup berkeluarga. Untuk maklumat lanjut, rujuk makalah yang berkaitan dalam konteks perbincangan ini. | Tatabahasa | 27.08.2010 |
Adakah istilah pengupayaan bermaksud empowerment dalam bahasa Inggeris? | Padanan empowerment ialah pemberian kuasa atau pemerkasaan. | Istilah | 22.03.2013 |
Penggunaan Teknologi “A” akan membolehkan agensi kerajaan meningkatkan kecekapan dalam pelaksanaan aktiviti (seperti perancangan danpemantauan) dengan lebih cekap dan berkesan yang mana akhirnya rakyat mendapat manfaat daripadanya. Jika seminar dianjurkan bagi meningkatkan pemahaman dan akhirnya meningkatkan penggunaan teknologi “A” oleh agensi-agensi kerajaan. Tajuk manakah yang lebih sesuai : “Seminar Pemerkasaan Penggunaan Teknologi “A” untuk Kelestarian Keselamatan Negara dan Kesejahteraan Rakyat” atau “Seminar Pemerkasaan Teknologi “A” untuk Kelestarian Keselamatan Negara dan Kesejahteraan Rakyat”. | Salam sejahtera, Tuan, Kedua-dua tajuk tersebut betul penggunaannya. Tapi, untuk konteks yang lebih berfokus terhadap penggunaan teknologi "A", “Seminar Pemerkasaan Penggunaan Teknologi “A” untuk Kelestarian Keselamatan Negara dan Kesejahteraan Rakyat” lebih sesuai. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 16.06.2017 |