Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.mi.li.kan]/[pe.mi.li/.kan] | ڤميليقن

Definisi : perihal memiliki: ~ tanah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.mi.li.kan]/[pe.mi.li/.kan] | ڤميليقن

Definisi : perihal memiliki: Kerajaan mengharapkan ~ modal sebanyak 30% oleh kaum bumiputera dlm sektor perniagaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemilikan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pohon pandangan perkataan Pemilikan Tunggal dialihbaasa kepada English menjadi "single Owner". adakah sesuai ?Untuk makluman istilah pemilikan tunggal tidak ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, padanan istilah bahasa Inggeris untuk pemilikan ialah ownership. Oleh itu, istilah bahasa Inggeris yang dicadangkan untuk pemilikan tunggal ialah single ownership.Istilah23.05.2011
"Bajet 2010 diharap mampu membentuk rakyat untuk berbelanja secara berhemah dengan mengetatkan peraturan pemilikan kad kredit". Soalan saya adalah: 1) adakah ayat di atas merupakan ayat majmuk campuran? 2) Mengapakah ia dikatakan ayat majmuk campuran? Saya ingin menyiapkan tugasan.Terima kasih."Bajet 2010 diharap mampu membentuk rakyat untuk berbelanja secara berhemah dengan mengetatkan peraturan pemilikan kad kredit". - ayat ini ialah ayat majmuk campuran yakni terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 519.Tatabahasa10.11.2010
sukukSIJIL YANG MENUNJUKKAN BUKTI PEMILIKAN DAN HAK TUNTUTAN PEROLEHAN. PEMEGANG SIJIL BOLEH MEMILIKI ASET MENGIKUT KADAR TERTENTU. PEROLEHAN BOLEH DITUNTUT OLEH PEMEGANG SIJIL BERDASARKAN PRINSIP TERTENTU SEPERTI PRINSIP IJARAH, MUSYARAKAH DAN MUDARABAH. SEKIRANYA ASET TERSEBUT BOLEH DINIAGAKAN, MAKA SIJIL TERSEBUT DIKENALI SEBAGAI SIJIL ASET KEWANGAN BOLEH NIAGA. SEBALIKNYAN JIKA ASET TERSEBUT TIDAK BOLEH DINIAGAKAN, MAKA SIJIL BERKENAAN DIKENALI SEBAGAI SIJIL KUPON SIFAR TIDAK BOLEH NIAGA. CONTOHNYA SUKUK IJARAH, SUKU MUDARABAH DAN SUKUKMUSYARAKAH.Istilah22.10.2010
disleksia, sadisme, kapitalisme sibernetikDisleksia tiada dalam rujukan kami. Sadisme ialah perlakuan memuaskan nafsu dgn menyakiti (menyeksa) orang lain. Kapitalisme pula ialah sistem ekonomi dan politik yg pemilikan harta benda, industri, dan perniagaannya lebih banyak tertumpu pd sektor swasta drpd kerajaan, dan syarikat-syarikat digalakkan bersaing antara satu dgn lain utk membuat keuntungan, manakala sibernetik ialah kajian yg berkaitan dgn kawalan dan komunikasi pd sistem elektronik yg kompleks, serta pd sistem saraf dan otak haiwan, khususnya manusia. Harap maklum.Makna28.09.2007
saya mahu menerbitkan sebuah buku. tetapi saya tidak tahu dimana mahu menerbitkannya dan ingin melindungi rekacipta saya tanpa ditiru oelha pihak lain?Bahan tersebut boleh dihantar kepada mana-mana penerbit yang bersetuju untuk menerbitkannya. Tentang pemilikan dan perlindungan hak cipta, sila rujuk Akta Hakcipta 1987 (Akta 332) & Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah.Lain-lain29.07.2009
Saya ingin bertanya mengenai maksud perkataan 'asset-backed sukuk' menurut pengertian dpb/prpm. Saya telah cuba mencari perkataan tersebut dalam 'carian kata' namun tidak ditemui. terima kasihAsset-backed sukuk ialah sukuk bersandarkan aset. Sukuk ialah sijil yang menunjukkan pemilikan atau hak tuntutan perolehan yang berasaskan syariah. Pemegang sijil boleh memiliki aset yang nyata dalam bentuk syer harta atau syer usaha niaga mengikut kadar tertentu.  Untuk keterangan lanjut, sila rujuk laman web www.sukuk.me, www.arabianbussiness.com, atau www.mifc.com. Istilah10.06.2011

Kembali ke atas