Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (péna) sj alat tulis yg mempunyai mata yg runcing dan menggunakan dakwat, pen; ~ mata bulat sj pena yg matanya merupakan biji logam yg kecil; buah ~ karangan, tulisan; makan ~ Id, bp mencari rezeki (wang) dgn mengarang; mata ~ bahagian hujung pena yg runcing (utk menulis). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (péna) akronim bagi Persatuan Penulis-Penulis Nasional. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; tali ~ sj tali yg diikat pd dada gajah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /péna/ pen. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pena


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat tengah hari, maaf saya ingin bertanya apakah yang dimaksudkan dengan perkataan pemacu pena?Perkataan "pemacu pena" ialah "thumb drive" atau "pen drive" dalam bahasa Inggeris. Ia adalah alat untuk menyimpan data dalam bentuk digital.Istilah18.05.2020
Perbezaan pen dan pena.Merujuk data kami, pen ialah alat yang runcing dan berbelah matanya untuk menulis dengan dakwat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua).

Pena membawa 2 makna iaitu sejenis alat tulis yang mempunyai mata yang runcing dan menggunakan dakwat. Makna lain bagi pena ialah sejenis tali yang diikat pada dada gajah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Secara umumnya, pen dan pena membawa maksud yang sama.
Makna12.02.2018
kata lain bagi tinta, pena, minda

 

 Nur Kamarina,

 tinta - dakwat, Pena - pen dan minda - akal fikiran

Makna17.03.2010
Salam sejahtera. 1. Apakah yang dimaksudkan dengan hasil pena ?Salam sejahtera,

Tuan,

Frasa yang terdapat dalam data ialah buah pena yang bermaksud hasil karangan seseorang atau karya.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain18.07.2019
Salam sejahtera 1. ball point pen = pena mata bulat 2. rollerball pen = ? Terima KasihUntuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "rollerball pen". Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah pena bola guling.Istilah25.08.2013
Saya penulis dgn Nama Pena Daeng MA Penner ke DBP Pada 9/7/2025 YG Lalu Menyerahkan manuskrip novel remaja berjudul PERJUANGAN + Surat iringan + Satu pendrive. Ia diserahkan Di Kaunter DBP tingkat 10 beralamat Di Pengarah Penerbitan DBP. Tetapi Pada Hari ini 4/8/2025 saya Masih tidak menerima sebarang maklum balas berhubung perkara Di atas Sama Ada melalui EMEL atau Telefon. Harapan PIHAK DBP dapat memberikan RESPON terhadap perkara ini. Terima kasih. Penulis. Daeng MA Penner dmap77@gmail.com 0133720512

Salam tuan yang budiman,

 

Dimaklumkan bahawa manuskrip tuan telah diterima dan akan diurus oleh Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja, Jabatan Penerbitan. Manuskrip tersebut akan dinilai dari segi kesesuaian penerbitannya. Keputusan menerbitkan manuskrip tersebut tertakluk pada kelulusan DBP.

Untuk maklumat lanjut, tuan boleh berhubung dengan Puan Siti Masni Kospin, Editor Kanan Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja melalui nombor telefon 03-21479293 atau e-mel kepada masni@dbp.gov.my

Sekian, terima kasih.

Karya04.08.2025
Saya ingin menggunakan nama pena Muallim Effendi atau Mualim Effendi yang lebih tepat menurut tatabahasa DBP. Terima kasih atas respon.

Ejaan yang betul ialah MUALIM EFFENDI.

Ejaan16.04.2025
Siapakah penulis yang menggunakan nama pena APAM?Abang Patdeli Abang Muhi. Beliau dilahirkan di Kuching, Sarawak dan menulis dalam genre skrip drama dan cerpen. Sekarang beliau bertugas sebagai Pegawai Perancang Bahasa di DBP Kuala Lumpur.Lain-lain12.11.2007
Salam. Ayat: Perkongsia melalui sedutan fail ke dalam pemacu pena agak bahaya. Adakah frasa "sedutan fail" wujud? Apakah maksudnya? Jika frasa ini tidak wujud, apakah frasa yang patut menggantikannya? Terima kasih.Frasa sedutan fail tidak wujud dalam pangkalan data kami. Sila kemukakan definisi/konsep yang lebih luas penggunaannya untuk memudahkan kami mencari padanan yang lebih sesuai.Istilah07.10.2020
Nur Farizah FRI 11:46AM As Salam ... Saya ingin membantu sahabat saya Nama Pena : Puteri Kalam. Beliau ber giat aktif dalam penulisan cerpen suatu ketika dulu. Awal 1990 an. Pernah memenangi pertandingan cerpen utama remaja utusan Melayu public bank 1990 seangkatan lim Swee tin Nm sbnr .. Putri Suzana Aida Beliau tidak sihat dalam tempoh yang lama.. Dan kini semakin sembuh. Beliau ingin mendapatkan semula koleksi2 cerpen memandabgkan beliau berhasrat untuk menulis semula. Moga pihak tuan dapat memberi pandangan dan info terkini. No telefon saya 0192764141 Terima kasihKami mencadangkan pihak tuan berhubung terus dengan pihak penganjur, iaitu Utusan Melayu (M) Berhad untuk urusan berkenaan. DBP tidak berhak menyimpan karya pihak luar yang tidak diterbitkan melalui DBP. Jika ada karya tuan diterbitkan melalui majalah keluaran DBP, tuan boleh membuat semakan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP.Lain-lain15.07.2016
1234

Kembali ke atas