Digital watermarking jika di terjemahkan dalam Bahasa Malaysia yang manakah lebih tepat: 1. penandaan genang digital 2. penandaan air digital 3. tanda tangan digital atau 4. teknik penanda air | Istilah bahasa Melayu untuk "digital watermarking" ialah tera air digital atau peneraan air digital. | Istilah | 20.04.2017 |
Adakah puisi berlainan mempunyai cara penandaan berbeza? eg. Pantun 4kerat; baris1 diakhiri koma, baris2 diakhiri koma bertitik, baris3 diakhiri koma dan baris4 dengan noktah. Bagaimana dengan jenis puisi lain? | Itu adalah salah satu teknik penulisan puisi Melayu lama. Sila rujuk buku "Warisan Puisi Melayu" yang disusun oleh Prof. Mohd. Taib Osman | Lain-lain | 31.10.2006 |
Antara "hal ini kerana" dan "hal ini demikian kerana", yang manakah yang diterima dalam panduan penandaan terkini? | Frasa yang betul ialah "hal ini demikian kerana ...". | Tatabahasa | 22.08.2016 |
Salam, apakah terjemahan yang sesuai bagi istilah 'tagging'? Terima kasih. | Istilah bahasa Melayu yang sesuai untuk "tagging" ialah penandaan. | Istilah | 20.10.2016 |
Adakah tepat perkataan signifikasi sebagai terjemahan bagi perkataan signification? | Dalam pangkalan data DBP, istilah bahasa Melayu untuk "signification" ialah penandaan, pemaknaan dan signifikasi. Tuan boleh memilih istilah bahasa Melayu yang sesuai dengan konteks penggunaan. | Istilah | 12.02.2016 |
Apakah istilah perakaunan dalam Bahasa Melayu yang paling sesuai digunakan untuk "running balance"? | Tiada istilah yang terdapat dalam kamus Inggeris Melayu. Tuan boleh menggunakan istilah "running balance" ( dengan membuat penandaan pengikat kata " ") | Istilah | 27.05.2013 |
Sejauh mana kepentingan warna dalam kehidupan seharian? atau Sejauh mana signifikasi warna dalam kehidupan seharian? | Sekiranya ada perkataan Melayu yang boleh digunakan lebih baik menggunakan bahasa Melayu dalam penulisan. Walau bagaimanapun signifikasi lebih membawa maksud "penandaan" atau "pemaknaan" dan bukan "kepentingan".
| Lain-lain | 08.03.2016 |
Saya ingin menyemak ejaan untuk bilik guru atau Bilik Guru begitu juga dengan bilik pengetua atau Bilik Pengetua? terima kasih. | Bilik guru dan bilik pengetua merupakan kata nama am dan tidak perlu ditulis dengan huruf besar apabila digunakan dalam ayat. Sekiranya perkataan tersebut dibuat sebagai penandaan dan ditampal pada pintu bilik orang tertentu, perkataan tersebut boleh ditulis sebagai Bilik Guru dan Bilik Pengetua. | Ejaan | 24.04.2012 |
Kedua-dua ayat di bawah dibina oleh anak saya: 1) Ali membuat kerja rumah dengan rajin. 2) Saya akan mengikut nasihat nenek. Guru sekolah telah menanda salah untuk kedua-dua ayat itu dan beri pembetulan seperti yang berikut. 1) Ali rajin membuat kerja rumah. 2) Saya akan mendengar nasihat nenek. Saya rasa ayat yang dibina oleh anak saya juga betul. Adakah ayat yang dibina oleh anak saya salah? Apakah kesalahan ayat-ayat itu? | 1) Ali membuat kerja rumah dengan rajin. - Ayat tersebut tidak tepat. Hal ini disebabkan dengan merupakan kata sendi nama. Perkataan dengan perlu diikuti dengan kata nama atau frasa nama. Dalam contoh ayat yang diberikan, perkataan dengan diikuti dengan perkataan rajin. Rajin merupakan kata adjektif. 2) Saya akan mengikut nasihat nenek/ Saya akan mendengar nasihat nenek. - Jika mengikut makna dalam Kamus Dewan, ayat yang dibuat oleh anak puan tidak terdapat kesalahan, begitu juga dengan ayat yang diberikan oleh guru anak puan. Akan tetapi, kemungkinan para guru mempunyai skema jawapan tersendiri dalam penandaan soalan. | Tatabahasa | 08.10.2015 |
Saya ingin mengetahui tentang tugas, peranan dan tanggungjawab seorang editor di dalam sesebuah penerbitan | Saudara, Dalam sesebuah penerbit, tugas, peranan dan tanggungjawab seseorang editor itu bergantung pada kerja yang dilakukan oleh mereka. Maksudnya, editor itu sendiri terdiri daripada beberapa kategori, contohnya, Ketua Editor, Editor Kanan, Editor Perolehan, Editor Substantif, Editor Kopi/Naskhah dan Editor Pengeluaran. Peranan mereka bergantung pada kerja yang dilakukan seperti yang berikut: (i) Ketua Editor akan mengetuai kumpulan editor dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perancangan penerbitan dan belanjawan tahunan secara keseluruhan. (ii) Editor Kanan pula akan membantu Ketua Editor menjayakan kerja penerbitan dan mengawasi editor lain di bawaha pengawalannya. (iii) Editor Perolehan akan bertanggungjawab merancang penulisan judul baharu, mengenal pasti penulis, menguruskan perjanjian dengan penulis, menilai mutu manuskrip, mencadangkan cetak semula judul yang ada, meramal jualan, membuat anggaran kos perbelanjaan, membuat laporan cadangan projek dan menganggarkan jumlah cetakan dan harga jualan. (iv) Editor Substantif ialah editor yang bertanggungjawab terhadap isi kandungan dan keseluruhan bentuk, susunan dan konsep buku. Tugasnya ialah menumpukan perhatian kepada perincian kandungan (memeriksa fakta) dan gaya persembahan daripada baris ke baris, perenggan ke perenggan dan halaman ke halaman. (v) Editor Kopi/Naskhah pula bertanggungjawab terhadap penyediaan manuskrip untuk ke bahagian pengeluaran. Tugas mereka ialah menyunting manuskrip daripada setiap ayat demi ayat, baris demi baris dan perenggan demi perenggan. Seterusnya memerikasa fakta dengan pakar bidang, membetulkan tatabahasa, ejaan, dan tanda baca, meneliti keselarasan dan gaya persembahan dan akhirnya membuat penandaan manuskrip untuk diatur huruf. (vi) Editor Pengeluaran akan memastikan kerja atur huruf, semakan pruf dan Naskhah Sedia Kamera(NSK) serta penetapan harga dilakukan sebelum judul dicetak. Diharap maklumat ini dapat membantu saudara. Hubungi saya di talian 03-21481532 atau e-mel kamsiah@dbp.gov.my untuk mendapatkan penjelasan lanjut. Teriama kasih. | Lain-lain | 25.10.2010 |