apakah terjemahan untuk 'supper' dlm bahasa melayu? pendrive atau thumdrive dlm istilah BM? Terima kasih. | 1. supper - makan lewat malam 2. pendrive - pemacu pena 3. thumb drive - pemacu jari | Istilah | 16.07.2011 |
Assalamualaikum pihak DBP, Saya ingin bertanyakan padanan terjemahan yang sesuai untuk objek pendrive/thumbdrive. Saya sudah semak dalam PRPM dan tidak menemui jawapan. Mohon bantuan pihak tuan/puan | Istilah bahasa Melayu untuk "pendrive" ialah pemacu pena dan "thumbdrive" ialah pemacu jari. | Istilah | 29.08.2016 |
Salam 1Malaysia, Tuan, 1. 'Pendrive' atau 'Thumbdrive' dalam bahasa Melayu, apa? 2. 'online' merujuk kepada atas talian atau dalam talian? Terima kasih. | 1.Berdasarkan Kamus Teknologi Maklumat (Perkakasan), pemacu pena (pendrive) dan pemacu jari(thumbdrive) adalah sama. Huraian yang diberikan adalah seperti yang berikut: Pemacu berasaskan ingatan kilat yang diintegrasikan dengan antara muka USB. Pemacu ini biasanya kecil seperti pena atau jari, ringan dan mudah bawa. Kapasiti pemacu ini bermula dengan 8 MB pada tahun 1998 dan pada tahun 2006 berkapasiti 64 GB. Pemacu ini biasanya disambung pada komputer melalui port USB. Pemacu ini diperkenalkan pada tahun 1998 oleh Dov Moran. 2. Istilah bahasa Melayu yang betul untuk "online" ialah dalam talian. | Istilah | 03.04.2012 |
Salam sejahtera Apakah istilah baku untuk 'thumb drive' atau 'pen drive' dalam BM? Terima kasih. | Secara amnya thumb drive dan pendrive drive sama sahaja fungsinya dan pada wal penggunaannya kedua-dua alat itu diberi padanan pemacu pena. Walau bagaimanpun melihat kepada bentuk yang berbeza kedua-duanya kini diberikan padanan yang berbeza, thumb drive ialah pemacu jari, manakala pen drive ialah pemacu pena. | Istilah | 26.01.2011 |