Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengkomersialan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Sejahtera, Saya ingin kepastian tentang ejaan untuk pengkomersialan. Sama ada pengkomersialan atau pengkomersilan. adakah sama istilah komersil dan komersial... mohon bantuan.. kerjasama dan keperihatianan pihak tuan didahului dengan ucapa terima kasih..Ejaan yang betul ialah komersial dan pengkomersialan.Ejaan12.06.2011
Apakah perbezaan antara Pengkomersil dan Pengkomersialan? Adakah penggunaan istilah/tatabahasa bagi Pusat Hubungan Industri dan Pengkomersialan, Aras 1, Pusat Komersil betul?Untuk makluman istilah pengkomersialan (commercialization) bermaksud perihal memperdagangkan atau menjadikan sesuatu barang dan lain-lain untuk dijual beli. Istilah pengkomersial tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Pusat Perhubungan Perindustrian dan Pengkomersialan (Industrial Relation and Commercialization Centre). Pusat Komersial atau Pusat Perdagangan ialah padanan bahasa Melayu untuk Commercial CentreIstilah23.05.2011
pengkomersilan atau pengkomersialanEjaan yang betul ialah pengkomersialanEjaan09.03.2016
Saya ingin menyemak sekiranya perkataan "PENGKOMERSIALAN" telah didaftar dan sah laku di dalam pekeliling?Perkataan pengkomersialan boleh digunakan, iaitu proses atau usaha mengkomersialkan sesuatu.Tatabahasa30.03.2010
Salam, Komersialisasi dan Pengkomersialan 1. Adakah kedua-dua perkataan di atas diterima pakai buat masa ini? 2. Harap jelas penggolongan kata bagi perkataan-perkataan di atas. 3. Harap beri contoh frasa-frasa pendek bagi membezakan pembinaan ayat untuk perkataan-perkataan tersebut. Ribuan TK.

Perkataan komersialisasi dan pengkomersialan ialah padanan commercialization dalam bahasa Melayu. Dalam penggunaannya dalam bahasa Melayu komersialisasi bermaksud proses atau perbuatan menjadikan sesuatu mempunyai sifat perdagangan, manakala pengkomersialan ialah perihal mengkomersialkan, iaitu menjadikan sesuatu sebagai barang dagangan. Contoh ayat: Perubahan struktural ini nantinya akan selari dengan proses komersialisasi sektor pertanian dan Pengkomersialan filem Hang Tuah telah mencetuskan kritikan.

Tatabahasa21.10.2011
Assalamualaikum tuan/puan, Yang mana satu ejaan yang betul? Pengkomersilan atau Pengkomersialan? Terima kasih tuan/puanMenurut data kami, ejaan yang betul ialah komersial. Sehubungan dengan itu, pembentukan perkataan yang betul ialah pengkomersialan.Ejaan11.10.2019
1. Ejaan komersial atau komersil yang betul sebab rakan saya menghadiri kursus bahasa baru-baru ini dan mereka suruh eja komersil. Jadi yang mana satu betul. 2. Ejaan pengkomersilan atau pengkomersialan. (walaupun saya dah rujuk dalam soal jwp DBP tapi ia tahun 2011 mungkin ada perubahan)Dalam data kami, ejaan yang masih digunakan ialah komersial dan pengkomersialan.Tatabahasa12.07.2013
bahasa melayu bagi "Commercialization of syn-fuel hybrid gas generator"Terjemahan yang dicadangkan ialah pengkomersialan penjana gas hibrid bahan api sintetikPenyemakan dan penterjemahan10.12.2015
apakah dibenarkan penambahan 'an' pada perkataan 'komersil' ?Daripada kata komersial boleh menerbitkan kata mengkomersialkan dan pengkomersialan.Tatabahasa16.12.2014
Apakah perkataan komersil ataupun komersial yang sesuai digunakan dalam ayat seperti ditandakan merah pada lampiran fail?Ejaan yang betul ialah komersial.  Oleh itu, dalam konteks ayat yang diberikan, ejaan yang betul ialah pengkomersialan.Ejaan20.11.2012
12

Kembali ke atas