Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pensil


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1)Antara buku,pensil dengan pembaris,buku itu yang paling mahal harganya. 2)Beg itu terletak di antara pembaris,pensil dengan buku. Bolehkah tolong saya betulkan ayat-ayat tersebut?Ayat yang betul ialah:
1. Antara buku, pensel dan pembaris, buku itu yang paling mahal harganya.
2. Beg itu terletak di antara pembaris, pensel dan buku.
Tatabahasa08.06.2012
Apakah ejaan yang betul.. pensel atau pensil. Terima kasih.Ejaan yang betul ialah "Pensel"Ejaan13.10.2014
Apakah penjodoh bilangan untuk stapler, getah pemadam pensil dan Fail?Penjodoh bilangan untuk pengokot (stapler), getah pemadam pensel dan fail ialah buah.Tatabahasa18.11.2010
EJAAN MANA YANG BETUL? 1) SENASKAH ATAU SENASKHAH? 2) PENSIL ATAU PENSELJawapan:
1. senaskhah
2. pensel
Tatabahasa25.06.2014
Tuan, adakah ayat ini betul? "Laporkan jika anda melihat pek pensil dengan kurang daripada 20 batang setiap pek" Terima kasih.Ayat itu betul.Tatabahasa29.09.2011
Bolehkah tanda koma digunakan sebelum perkataan dan, contohnya, saya membeli pen, dan pensil.Boleh digunakan tanda koma sebelum dan jika menyenaraikan benda atau perkara yang bukan dalam kategori yang sama, contohnya: Emak ke kedai membeli ikan, sayur dan payung.Tatabahasa08.06.2011
Mohon pihak DBP menerima cadangan, membuat kajian serta mempertimbangkan penggunaan ejaan lebih popular dan meluas untuk perkataan tertentu, contohnya: pensel - pensil istirahat - istirehat stoking - stokin taasub - taksub Hal ini disebabkan penggunaan Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu sejak tahun 1975 masih belum benar-benar berkesan dan mantap. Masih ramai yang tidak cakna. Hanya ahli bahasa dan sedikit sahaja orang awam yang tahu tentang ejaan yang tepat. Apakah usaha yang DBP akan/telah/sedang lakukan supaya lebih ramai tahu ejaan yang tepat? Terima kasihTerima kasih atas cadangan tuan. Untuk makluman, DBP telah menerbitkan risalah atau pedoman bahasa tentang bentuk ejaan, frasa dan tatabahasa yang sering menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengguna, seperti pensel, ibu bapa dan peroleh. Risalah dan pedoman bahasa ini boleh diakses melalui laman web www.dbp.gov.my.Ejaan01.11.2017
Apakah kesalahan ejaan dan kesalahan penghunaan imbuhan dalam ayat di bawah? 1)Kedai kerinting rambut milik Puan Zaitun mampu menarik ramai berkunjung, terutama pada hari minggu. 2)Tindakan segelintir pelajar kelas itu menggunakan pensil ketika menjawab soalan peperiksaan menyebabkan mereka teguran oleh Cikgu Razali. 3)Kuasa barat mula menjajahkan negara itu pada awal abad ke enam belas dan berakhir lima abad kemudian.Perkataan yang bergaris mengandungi kesalahan ejaan/tatabahasa.
1) Kedai kerinting rambut milik Puan Zaitun mampu menarik ramai berkunjung, terutama pada hari minggu.
2) Tindakan segelintir pelajar kelas itu menggunakan pensil ketika menjawab soalan peperiksaan menyebabkan mereka teguran oleh Cikgu Razali.
3) Kuasa barat mula menjajahkan negara itu pada awal abad ke enam belas dan berakhir lima abad kemudian.
Tatabahasa01.04.2014
Selamat sejahtera, Apakah terjemahan "leads pencil" dalam bahasa melayu? Sekian, terima kasih.Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan terjemahan bagi  lead pencil ialah pensil grafit.Penyemakan dan penterjemahan10.02.2017
Kalau saya hendak translate "character" to Bahasa Malaysia, selain daripada watak, boleh saya guna "karekter"? Terima Kasih Character Pencil (Bahasa English) Pencil Karacter atau Pencil Watak? (Bahasa Malaysia)Perkataan karakter boleh digunakan dalam bahasa Melayu. Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, karakter ialah sifat (ciri) perwatakan yang memĀ­bezakan seseorang daripada yang lain; 2. huruf, nombor, simbol, atau tanda baca. Mengikut hukum D-M, frasa yang tepat ialah "Watak Pensil" atau "Karakter Pensil".Tatabahasa10.02.2014
12

Kembali ke atas