Adakah penjodoh bilangan perlu wujud untuk "peperangan" dalam ayat di bawah? "Salah satu peperangan menyebabkan maharaja kehilangan takhta. Kemudian, satu peperangan lagi menyebabkan maharaja kehilangan nyawa." | Penjodoh bilangan yang betul ialah sebuah, sebuah peperangan. | Tatabahasa | 14.08.2012 |
Apakah yang di maksudkan dengan peperangan dalam konteks bahasa melayu dan islam? | Merujuk Kamus Dewan peperangan ialah perkelahian (pertempuran dll) dgn menggunakan senjata antara dua belah pihak (dua buah negeri dll). Untuk maksud yang lebih terperinci terutamanya peperangan menurut perspektif Islam sila rujuk buku-buku yang berkaitan dgn peperangan. | Makna | 06.08.2007 |
Adakah perkataan "perang" sama maksud dengan kata terbitan "peperangan"? Penerangan maksud dalam Kamus Pelajar agak sama sahaja. | Perang dan peperangan mempunyai maksud yang hampir sama. Perbezaan boleh dilihat pada konteks penggunaannya seperti Perang Salib... dan peperangan antara Amerika dan Russia... . Perang berfungsi sebagai kata nama dan peperangan menceritakan hal perkelahian yang berlaku. | Tatabahasa | 19.12.2014 |
Salam sejahtera ! Mohon pandangan tuan tentang perkara berikut; Terima kasih. | Jawapan: "Medan peperangan" bermaksud medan (tempat) berperang (Kamus Dewan Edisi Keempat). Oleh itu, jawapan "medan peperangan" bagi ayat tersebut adalah betul. | Tatabahasa | 21.08.2014 |
Mohon cadangkan ke dalam Bahasa Malaysia "Intelligence Based Warfare" di mana "Intelligence" yang di maksudkan bukan bererti perisikan tetapi dari konsep "cognitive" atau kepintaran selain dari 'Peperangan Berasaskan Kepintaran'. | Encik Mohd Shahril, Cadangan saya kita boleh juga gunakan peperangan kepintaran namun untuk lebih tepat sila rujuk buku istilah angkatan tentera yang diusahakan bersama antara Dewan Bahasa dan Pustaka dan Jawatankuasa Istilah Angkatan Tentera. | Istilah | 18.05.2010 |
Mohon untuk mendapatkan karya-karya sasterawan tempatan yang bertemakan keamanan, khususnya yang berkaitan dengan peperangan dan konflik. Sekian, terima kasih. | Kami cadangkan tuan berhubung terus dengan Pusat Dokumentasi Melayu (PDM), DBP untuk mendapatkan karya tersebut. Sila hubungi pustakawan Encik Hiezam Hashim, 03-21479657/izmmh@dbp.gov.my, Puan Aimi Umaimah, 03-21479632/aimi@dbp.gov.my dan Puan Che'Ros Rahim, 21479631/ros@dbp.gov.my. | Lain-lain | 04.03.2014 |
Apa bezanya "menjarah" dengan "merampas'? Adakah "menjarah" khususnya merujuk kepada merampas harta orang dalam peperangan? | Menjarah sama maksudnya dengan merampas dan tidak dikhususkan kepada rampasan perang, melainkan sebagai contoh perbuatan merampas tersebut. | Makna | 28.10.2011 |
isltilah apa yang paling tepat untuk "manoeuvre warfare" | Tidak ada istilah manoeuvre warfare dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu untuk manoeuvre ialah mengendalikan, gerak atau olah gerak. Padanan bahasa Melayu untuk warfare ialah perang atau peperangan. Cadangan DBP ialah mengendalikan peperangan. | Istilah | 19.03.2011 |
Mohon pihak tuan memberikan definisi/penerang lebih terperinci untuk Misi dan Visi berikut : a. Misi: Mempertahankan Kedaulatan Dan Kepentingan Maritim Negara Menerusi Dominan Peperangan Bawah Air. b. Visi: Angkatan Kapal Selam yang Berwibawa Dan Digeruni | DBP tidak mempunyai maklumat mengenai misi dan visi jabatan. DBP hanya boleh memberikan maksud sesuatu perkataan berdasarkan makna yang diberikan dalam Kamus Dewan. Sila rujuk makna setiap perkataan tersebut melalui laman prpm.dbp.gov.my | Makna | 16.01.2017 |
Berikut kemusykilan yang saya hadapi berkaitan tanda baca: 1. Apabila menyebut, "Bagaimana caranya supaya kami mampu?" otak kita terbuka dan terpaksa berfikir bagi mencari jawapan. ataupun Apabila menyebut, "Bagaimana caranya supaya kami mampu?", otak kita terbuka dan terpaksa berfikir bagi mencari jawapan. 2. Apabila minda yang malas berkata, "Saya tidak mampu," tercetus peperangan dalam diri kita. ataupun Apabila minda yang malas berkata, "Saya tidak mampu,", tercetus peperangan dalam diri kita. | 1. Apabila menyebut, "Bagaimana caranya supaya kami mampu?" otak kita terbuka dan terpaksa berfikir bagi mencari jawapan. 2. Apabila minda yang malas berkata, "Saya tidak mampu," tercetus peperangan dalam diri kita. | Tatabahasa | 06.03.2012 |