perdebatan tentang peribahasa 'bulat air kerana pembentung,bulat kata kerana muafakat'.wajarkah ia di bahaskan???? | Peribahasa ini boleh dijadikan tajuk perbincangan atau perbahasan mengikut konteks yang bersesuaian . | Lain-lain | 25.08.2010 |
Rie Aries Aug 5th, 2:35am Salam.mohon pencerahan..apakah maksud "disegani" dan "dihormati"..dua perkataan ini mjd perdebatan sesama kami.sy berpendapat kdua2 ayat ini berbeza maksud tp ada persamaan,sdgkn rakan mgatakan ia langsung tidak ada sbrg persamaan.harap dpt penjelasan.terima ksh. | Lihat kepada kata akar kedua-dua kata tersebut, segan antara maksudnya termasuklah hormat dan hormat bermaksud mempunyai pandangan yg tinggi terhadap seseorang. Ada perbezaan dan persamaan maksud antara kedua-duanya, untuk maklumat lanjut, rujuk www.prpm.dbp.gov.my. | Makna | 05.08.2014 |
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya mengenai daftar kata berikut untuk diterjemahkan ke dalam Bahawa Malaysia: 1. Managerialist contoh ayat: Selain itu, perdebatan tentang pengurusan kes secara amnya dalam bidang kerja sosial berpegang kepada ideologi managerialist 2. Sanction Contoh Ayat: Rajah 2.6. menerangkan Model Praktis Profesion Kerja Sosial. Siporin (1975) mendefinisikan praktis kerja sosial sebagai kumpulan nilai, tujuan, persetujuan(sanction), pengetahuan dan kaedah. 3. Burnout Contoh Ayat: Pekerja kes kanak-kanak memang mengalami tekanan dan burnout akibat pertambahan kes kanak-kanak berdasarkan hasil kajian penyelidik terdahulu 4. Deinstitutionalize 5. Residual Approach 6. Egalitarian 7. Niche Sekian, terima kasih atas kerjasama dan bantuan. SOPIAN 0194892464 | Cadangan terjemahan kami adalah seperti yang berikut: 1. managerialist - tatacara pengurusan. 2. sanction - isbat. 3. burnout - tekanan luar biasa. 4. Deinstitutionalize - pembebasan. 5. residual approach - *konsep perkataan ini tidak dijelaskan. Cadangan umum kami ialah pendekatan sisa/baki. 6. egalitarian - egalitarian. 7. niche - tujahan. | Penyemakan dan penterjemahan | 27.11.2015 |
Makna frasa 'mulut puaka'. | Kamus Dewan merakamkan mulut puaka bermaksud tidak mahu dan tidak mudah kalah dalam perdebatan (kuat bertengkar). | Makna | 02.07.2018 |
saya nak tahu tentang perkataan polemik?? apa kah yg dimaksud kn erti kata tersebut.. | Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan perkataan polemik merupakan sesuatu perbahasan (perdebatan, perbantahan) dengan rencana atau tulisan dalam surat khabar (majalah dll). | Makna | 19.03.2009 |
Maksud tikaman bahasa dan contoh-contoh yang sesuai. Senaraikan contoh - contoh tikaman bahasa untuk tujuan pertandingan bulan bahasa. Maksud perbahasan dan debat . Juga contoh format untuk pertandingan dan bentuk penulisan esei. | Perbahasan bermaksud pertukaran fikiran mengenai sesuatu perkara; perbuatan atau hal berbahas; perdebatan: Majlis ~ itu telah ditangguhkan ke minggu hadapan. | Lain-lain | 04.08.2010 |
Adakah betul penggunaan perkataan 'polemik' di dalam ayat di bawah? Kemasukan produk kraf dari negara luar seperti produk songket dan sebagainya sehingga mencetuskan polemik semasa, yang sedikit sebanyak menimbulkan rasa kebimbangan terutama di kalangan usahawan dan pengeluar kraf tempatan. | Mengikut Kamus Dewan, polemik ialah perbahasan (perdebatan, perbantahan), maka penggunaan kata polemik dalam ayat yang puan kemukakan betul. Namun ayat puan boleh dibetulkan seperti berikut: Kemasukan produk kraf seperti produk songket dan sebagainya dari negara luar mencetuskan polemik semasa yang sedikit sebanyak menimbulkan rasa kebimbangan terutama dalam kalangan usahawan dan pengeluar kraf tempatan. | Tatabahasa | 26.11.2014 |
Saya berminat menganalisa novel Cakra Waruga karya Pak Arena Wati untuk Extended Essay. Topik yang saya ingin bincangkan ialah berkenaan tentang kritikan dan masalah yang dihadapi oleh golongan intelek. Apa perkataan yang saya boleh gunakan untuk menggabungkan kedua-dua ini. Saya bercadang untuk menggunakan perkataan "polemik", adakah ia relevan? | Perkataan polemik lazimnya digunakan bagi tujuan yang melibatkan kegiatan pertukaran, perbantahan atau perdebatan antara dua pihak yang berbeza pandangan mengenai sesuatu isu/masalah. Jika saudara melakukan penghujahan dengan menggunakan teknik/kaedah sedemikian dalam esei saudara, maka saudara bolehlah menggunakan perkataan tersebut bagi tujuan penghujahan subjek yang ingin saudara ajukan. Adakah soalan saudara itu juga bertujuan untuk mendapatkan judul esei yang sesuai? Jika demikian saya mencadangkan judul esei saudara ialah " Analisis kritis permasalahan golongan cendekia dalam Cakra Waruga"atau "Polemik permasalahan golongan cendekiawan dalam Cakra Waruga" dengan memasukkan hujahan sokongan dan sanggahan. Salam takzim. | Lain-lain | 03.08.2010 |
saya nak dapatkan maksud analitik dan dialektika | 1. Istilah yang tepat bagi analitik ialah analisis, bermaksud penyelidikan atau penghuraian sesuatu (spt keadaan, masalah, persoalan, dll) utk mengetahui pelbagai aspeknya (ciri-cirinya dll) secara terperinci atau mendalam 2. Dialektika pula adalah istilah lama bagi perkataan dialektik, bermaksud (dialéktik) seni (amalan) menilai kebenaran sesuatu teori atau pendapat secara perbincangan dan perdebatan. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk keterangan lanjut. | Makna | 21.01.2010 |
Tuan DBP, "berteras pada aturan bahasa" atau "berteras kepada aturan bahasa" frasa yang betul? Sendi nama "pada" atau "kepada" yang harus digunakan di depan kata atau frasa nama bayangan (abstrak) seperti "aturan bahasa"? Pinta tuan tatap dan jawab soal saya yang diisikan dalam WordPad. Soal saya berbentuk surat yang dihantar kepada Dr. Awang Sariyan untuk dijawab. Tetapi, saya juga meminta tuan DBP menerangkan soal ini agar kelak saya tidak menggunakan bentuk frasa yang salah. Terima kasih. | Lampiran yang digunakan tidak boleh dibuka. Mengikut rumus tatabahasa, ayat yang betul ialah "berteras pada aturan bahasa". Kami amat menghargai soalan yang dikemukakan oleh setiap pelanggan dan sukacita kami memaklumkan jika soalan itu boleh menimbulkan perdebatan, maka pegangan kami ialah rumus tatabahasa. | Tatabahasa | 09.11.2016 |