Minta jasa baik anda untuk mengubah perkataan ini kepada istilah Bahasa Melayu: 1. "Learning Goal" 2. "Mastery Goal" 3. "Performance Approach Goal" 4. "Performance Avoidance Goal" | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah: 1. Learning Goal - Matlamat Pembelajaran 2. Mastery Goal - Matlamat Penguasaan 3. Performance Approach Goal - Matlamat Pendekatan Prestasi 4. Performance Avoidance Goal - Matlamat Pengelakan Prestasi | Istilah | 12.12.2015 |
Corporate Performance (nama jabatan) | Tidak ada padanan bagi frasa Corporate Performance dalam pangkalan data kami. Kata performance paling banyak diterjemahkan sebagai prestasi dan cadangan kami untuk frasa tersebut ialah "Prestasi Korporat". | Istilah | 06.06.2011 |
Apakah translasi "performance" yang sesuai dalam BM? | Ada pelbagai terjemahan melalui perkataan "performance" mengikut konteks. Sila kemukakan keseluruhan ayat menggunakan perkataan tersebut atau berikan konteks yang hendak disampaikan. Terima kasih. | Makna | 27.10.2019 |
Apakah cadangan terjemahan yang tepat untuk ayat di bawah? Performance that you have come to expect. Terima kasih | Terjemahan yang betul bagi ayat Performance that you have come to expect ialah Prestasi yang anda jangkakan | Makna | 06.03.2017 |
Mengapakah bahagian tesaurus PRPM menyatakan prestasi berasal daripada bahasa Inggeris iaitu performance? Bukankah prestasi berasal daripada perkataan bahasa Belanda iaitu prestatie? | Untuk makluman, prestasi dipinjamkan daripada perkataan performance dan bukannya daripada prestatie. Sehubungan dengan itu, bahasa Inggeris dinyatakan sebagai sumber pinjaman dalam PRPM. | Lain-lain | 18.01.2018 |
Apakah pilihan perkataan yang lebih baik untuk 'anggota kerja bermasalah" dan terjemahan kepada 'Performance Recovery' | Salam sejahtera, Perkataan yang dicadangkan ialah pekerja bermasalah. Padanan performance recovery: pemulihan prestasi Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 03.04.2019 |
Sime Darby Auto Performance dengan bangganya mengalu-alukan kedatangan anda ke Porsche Centre 3S yang terbesar di Malaysia. Lokasi strategik yang terletak berhampiran dengan pusat perdagangan Kuala Lumpur, Porsche Centre Sungai Besi terbaru mudah dihubungi melalui rangkaian lebuhraya utama. Bangunan ikonik ini tersergam megah di pusat Kuala Lumpur, dilengkapi dengan peralatan yang terkini, kemewahan Porsche Centre Sungai Besi jelas mencerminkan gaya Porsche. Porsche Centre Sungai Besi terbaru mengalukan anda dipersonakan di dalam dunia Porsche. Kunjungi kami hari ini untuk mengalami 911 Targa 4S dan rangkaian Cayenne baharu di Porsche Centre Sungai Besi. | Sime Darby Auto Performance dengan bangganya mengalu-alukan kedatangan anda ke Porsche Centre 3S yang terbesar di Malaysia. Lokasi strategik yang terletak berhampiran dengan pusat perdagangan Kuala Lumpur. Porsche Centre Sungai Besi terbaru mudah dihubungi melalui rangkaian lebuh raya utama. Bangunan ikonik ini tersergam megah di bnandar raya Kuala Lumpur dan dilengkapi dengan peralatan yang terkini. Kemewahan Porsche Centre Sungai Besi jelas mencerminkan gaya Porsche. Porsche Centre Sungai Besi terbaru mengalu-alukan kedatangan anda ke dunia Porsche. Kunjungi kami hari ini untuk mengalami 911 Targa 4S dan rangkaian Cayenne baharu di Porsche Centre Sungai Besi. | Tatabahasa | 01.06.2015 |
Saya ingin mendapatkan terjemahan untuk yang berikut. 1) Key Performance Indicators 2) Soft skills Terima kasih. | 1.Penunjuk prestasi utama 2. Kemahiran asas (berdasarkan konteks) | Makna | 26.07.2007 |
Salam, saya ingin menterjemahkan yang berikut: English: Numerical Analysis Based Performance Investigation of Interior Permanent Magnet Synchronous Motor Drive. BM: Analisis Berangka Berdasarkan Penyelidikan Prestasi Terhadap Magnet Kekal Dalaman Pemacu Motor Segerak. Adakah betul? Mohon pandangan | Berdasarkan ayat bahasa Inggeris, terjemahan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Penyiasatan Prestasi Berdasarkan Analisis Berangka Terhadap Pemacu Motor Segerak Magnet Dalaman Kekal. | Istilah | 22.07.2013 |
Assalam... Saya sedang menulis tesis dalam BM dan bercadang untuk menggunakan terjemahan berikut untuk kajian saya: 1. Autonomy support - Sokongan Autonomi 2. Mastery Evaluation - Penguasaan penilaian 3. Performance-approach goals - Matlamat prestasi 4. Mastery goals - Matlamat penguasaan 5. Perceived instrumentality - Perantaraan tertanggap Soalan : Adakah terjemahan yang saya cadangkan ini sesuai dan boleh diguna pakai? Adakah perkataan lain yang lebih baik dan sesuai untuk saya gunakan dalam tesis saya? Sekian, terima kasih. | Cadangan terjemahan yang tuan berikan boleh diterima, selagi ia bersesuaian dengan konteks penggunaannya. 1. Autonomy support - Sokongan Autonomi 2. Mastery Evaluation - Penguasaan penilaian 3. Performance-approach goals - Matlamat pendekatan prestasi 4. Mastery goals - Matlamat penguasaan 5. Perceived instrumentality - Perantaraan tanggap/tanggapan | Tatabahasa | 18.11.2015 |