Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata permis


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bagaimana mahu mendaftar pengesahan papan tanda permis perniagaan

Permohonan pengesahan bahasa Melayu untuk papan tanda perniagaan/iklan boleh dibuat melalui:

1. Dalam talian menerusi laman dbpsahbahasa.my
2. Kunjungan/kaunter di Aras Bawah, Menara DBP dengan membawa dua (2) salinan visual iklan.

 

Lain-lain26.01.2020
mohon pandangan berhubung nama iklan di permis perniagaan. PERFUMEHEAVEN.MYUntuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my. Tuan perlu mendaftar terlebih sebagai pelanggan baharu. Masukkan kata laluan yang diberi dan pilih DAFTAR IKLAN, pilih jenis iklan PAPAN PREMIS dan buat bayaran sebanyak RM10. Sila teliti tatacara bayaran agar permohonan tuan dapat diproses dalam tempoh tiga hari bekerja.Lain-lain16.03.2018
Pengesahan ejaan penggunaan bahasa pada visual iklan permis oleh dewan bahasa dan pustakaUntuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my. Bagi pelanggan yang pertama kali menggunakannya sila daftar dan dapatkan kata laluan. Untuk maklumat lanjut, baca manual pengguna yang disediakan. Bagi pelanggan yang berada di sekitar Lembah Klang, boleh kunjungi kaunter Pengesahan Bahasa DBP di ibu pejabat DBP.Ejaan31.12.2019
Saya cuba memohon untuk kelulusan dari DBP untuk pengiklanan syarikat di permis kami, tapi setiap kali mohon utuk masuk ke website DBP gagal. walaupun katalaluan yang diberikan betul. Adakah cara lain untuk saya memohon selain dari pergi ke DBP atau melalui online?Pegawai teknikal telah menghubungi puan tetapi gagal. Mohon hubungi En. Saiful melalui talian 03-21479400.Lain-lain07.09.2017
Salam Tuan/ Puan, Harap maklum bahawa pihak kami ingin mengemukakan permohonan lesen permis perniagaan dan iklan bagi syarikat Medcare Healthcare Services Sdn Bhd. Saya merupakan wakil syarikat untuk tujuan permohonan ini. Dengan ini disertakan lampiran lakaran paparan iklan yang perlu disahkan oleh pihak Tuan/ Puan. Sebarang pertanyaan, sila hubungi saya ditalian 0167735377 atau email azizah@nmit.edu.my. Kerjasama dari pihak Tuan/ Puan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.Untuk pengesahan bahasa, tuan boleh mengemukakan permohonan dalam talian melalui laman sesawang dbpsahbahasa.myLain-lain12.05.2020
perlukah papan nama kedai yang berukuran 2.5m panjang dan 0.9m lebar dan 1.75m persegi luas perlu memohon lesen iklan papan tanda di permis. Dan jika perlu apakah langkah2 yang patut saya lakukan untuk memohon lesen iklan ini. Berapa bayaran dikenakan untuk memohon lesen.

Untuk hal berkenaan pengesahan iklan, sila layari http://dbpsahbahasa.my/

 

Terima kasih.

Lain-lain21.06.2017
Minta semak visual papan tanda Design A Termasuk ejaan Jawi Terima kasihBetulkan ejaan تيمور

Sila buat permohonan papan permis perniagaan di https://pb.dbpsahbahasa.my/. Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan:  Papan premis kedai/pejabat/syarikat  (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Masuk PBT”, muat naik semula visual iklan mengikut format,  klik SIMPAN. Buat bayaran setelah permohonan Berjaya didaftarkan supaya iklan dapat diproses.

Lain-lain25.08.2021
Salam.. Saya ingin memohon lesen perniagaan MPJB, berikut pihak MPJB meminta lakaran papan iklan yang telah disahkan oleh pihak Dewan dan Pusaka. Diharap dapatlah pihak DBP pertimbangkan permohonan saya dan saya lampirkan lakaran papan iklan permis saya. Sekian Terima kasih..Penggunaan bahasa dalam iklan tuan adalah betul. Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukan nyaKhidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain20.11.2014
Hi, i tak faham kenapa permohonan saya tidah lulus. kindly advise. thanks No permohonan : 93877/2022 Nota : Sila gunakan nama perniagaan yang telah didaftarkan dengan SSM (NJOTA SOLUTION. Jika telah berdaftar di MyIPO, catat no TM pada Maklumat tentang Iklan pada menu untuk makluman.Untuk makluman tuan, hanya nama permis yang telah didaftarkan dengan SSM atau MyIPO sahaja dibenarkan (NJOTA SOLUTION) sebagai nama premis.  Jika tuan ingin menggunakan nama yang lain, sila pilih dan gunakan nama dalam bahasa Melayu sepenuhnya dengan  baik dan betul. Sekiranya mahu dikekalkan nama yang sedia ada, sila daftarkan dahulu "COFFEE HOUSE" dengan MyIPO dan maklumkan nombor surat/sijil  tersebut dalam sistem permohonan untuk makluman pegawai penyemak.  Harap maklum. Lain-lain23.09.2022

Kembali ke atas