Tuan Munsyi: 1.di persada dunia betul atau pada persada dunia?Mengapa? | Di persada dunia betul kerana persada bermakna tempat dan penggunaan di adalah untuk tempat. | Tatabahasa | 30.08.2016 |
Tuan, saya ingin merujuk tema berikut : menyemarak transformasi, mempersada kegemilangan. adakah laras bahasanya betul?Jika tidak boleh tak terangkan dengan lebih terperinci. | Ungkapan yang betul ialah menyamarakkan transformasi. Walau bagaimanapun tidak ada contoh mempersadakan atau kata terbitan lain daripada kata persada. Persada bermaksud lantai yang tinggi bertingkat atau bertangga tempat duduk raja. Mana mungkin lantai yang tinggi dijadikan sebagai perbnuatan kerana apitan me-...-kan menunjukkan perbuatan seperti menyemarakkan. | Tatabahasa | 31.05.2012 |
Adakah "persada" boleh digunakan dalam ayat berikut? Beliau pernah mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa. Terima kasih. | Perkataan persada tidak sesuai digunakan dalam ayat yang tersebut. Perkataan yang betul ialah pada peringkat antarabangsa. | Tatabahasa | 22.02.2012 |
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) akan mengadakan Perutusan Naib Canselor dan didalam proses penyediaan tema, Naib Canselor telah memilih tema "Sepakat Ihsan, Persada Gemilang". Persoalannya, adakah ayat "Sepakat Ihsan, Persada Gemilang" tersebut merupakan sebuah ayat yang betul dan sesuai digunakan sebagai tema? | Penggunaan "Sepakat Ihsan, Persada Gemilang" kurang tepat. Cadangan kami Warga Sepakat, Persada Gemilang. | Tatabahasa | 11.01.2017 |
assalammualaikum saya mohon bertanya boleh berikan maksud ayat di bawah Sepakat Ihsan, Persada Gemilang terima kasih | Berikut makna bagi setiap perkataan: SEPAKAT - setuju, sependirian dan seia sekata IHSAN - perbuatan yang baik, kemurahan hati dan kebaikan PERSADA - tempat Tanah tumpah darah dan taman tempat bersuka-sukaan/berehat-rehat GEMILANG - bercahaya terang-benderang DAN cemerlang
| Lain-lain | 10.01.2017 |
Universiti saya akan mengadakan majlis perutusan Naib Canselor kami. Jadi saya ingin bertanya adakah ayat ini sesuai untuk digunapakai sebagai tema majlis tersebut. Ayatnya ialah SEPAKAT IHSAN, PERSADA GEMILANG. Adakah ayat tersebut daripada segi maknanya sesuai untuk digunakan? Mohon bantuan DBP untuk memberi cadangan dari segi bahasa. Sekian, terima kasih | Untuk makluman, penggunaan perkataan untuk tema yang dipilih kurang sesuai. Berikut makna bagi setiap perkataan: SEPAKAT - setuju, sependirian dan seia sekata IHSAN - perbuatan yang baik, kemurahan hati dan kebaikan PERSADA - tempat Tanah tumpah darah dan taman tempat bersuka-sukaan/berehat-rehat GEMILANG - bercahaya terang-benderang DAN cemerlang Kami mencadangkan supaya pihak puan memilih tema dengan perkataan yang tepat.
| Lain-lain | 10.01.2017 |
Adakah perkataan mengimarahkan relevan dengan ayat seperti yang berikut: "Memperkasa dan memupuk kecintaan khazanah warisan 1Malaysia melalui pelaksanaan Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) dan mengimarahkan warisan negara sehingga terserlah di persada dunia." Persoalan ini saya ajukan kerana di dalam ruangan carian, takrif yang ada hanya merujuk kepada amalan di masjid atau surau sahaja. Mohon penjelasan lebih lanjut. | Mengimarahkan bermaksud menggerakkan atau menghidupkan suasana di masjid atau surau dengan pelbagai kegiatan berfaedah, dan kebiasanya berbentuk keagamaan. Sehingga kini belum ada lagi peluasan makna untuk perkataan imarah/mengimarahkan yang merujuk kegiatan bukan berbentuk keagamaan. Oleh itu, perkataan mengimarahkan tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 13.12.2009 |
Saudara, Sekiranya saya mahu kamus tersebutnya. Saya mahu mencari ejaan. Salam hormatt. NARANTHIRAN.RAMU | Sila rujuk laman web kami prpm.dbp.gov.my">www.prpm.dbp.gov.my, pada ruangan "Cari" tulis perkataan yang hendak dicari, seperti "persada", dan tuan akan memperoleh maksud daripada kamus, kamus istilah dan juga data daripada sumber yang lain. Tuan juga boleh merujuk kamus terbitan DBP seperti Kamus Dewan dan Kamus Pelajar. | Ejaan | 27.02.2017 |
Apakah tugas kerja pembinaan sastera? | Assalamualaikum, saudara, Bidang tugas pembinaan sastera dalam konteks peranan Dewan Bahasa dan Pustaka secara umumnya tertumpu kepada usaha- usaha pembinaan korpus sastera, pembinaan bakat dan kepakaran, pengiktirafan serta pemasyarakatan sastera untuk memastikan sastera kebangsaan dihayati, dinikmati dan dimanfaatkan di peringkat kebangsaan bahkan di persada antarabangsa. Pembinaan korpus sastera melalui penerbitan karya sastera kreatif dan bukan kreatif, karya asli, terjemahan karya tempatan ke dalam bhasa Inggeris /adaptasi, yang bersifat umum, ilmiah dan rujukan bacaan tambahan untuk semua peringkat khalayak pembaca yang bermutu memenuhi cita rasa khalayak pelbagai kaum/ etnik (prasekolah, kanak-kanak, remaja dan dewasa) seperti cerpen, novel, puisi, drama, dan kosa kata kesusasteraan Melayu moden dan tradisional dan glosari istilah sastera. Pembinaan bakat dan kepakaran bahkan pengiktirafan termasuklah melalui pelbagai aktiviti seperti meningkatkan keterampilan penulis melalui usaha penataran dan pembinaan penulis di peringkat kebangsaan, memberikan bantuan dalam bentuk kepakaran kepada individu atau kumpulan untuk menghasilkan kegiatan sastera atau projrk penulisan yang bermutu tinggi dalam bahasa kebangsaan. bahkan DBP juga merupakan badan induk yang memberi pengiktirafan, penghargaan dan hadiah yang sesuai kepada sasterawan atau penulis yang telah memberikan sumbangan yang besar terhadap perkembangan kesusasteraan kebangsaan Malaysia, seperti Anugerah Sastera Negara, Hadiah Sastera Perdana Malaysia bahkan menjadi sekreteriat bagi peniktirafan dari luar negara. . Usaha-usaha yang dilaksanakan ini dilipatgandakan lagi dengan usaha menmasyarakatkan sastera supaya sampai kepada khalayak. Pelbagai usaha dilakukan untuk memasyarakatkan sastera secara menyeluruh, termasuklah aktiviti-aktiviti ceramah sastera, seminar, kelab sastera, pementasan teater bagi menghidupkan suasana seni sastera dan seni budaya yang dinamik yang dapat mendorong penciptaan karya dan penghayatan seni dalam kalangan penulis dan masyarakat seluruhnya melalui wahana sastera. sekian, terima kasih. | Sastera | 16.03.2011 |
Tuan/Puan yang dihormati, Syarikat kami telah memiliki sebuah kapal FPSO yg terbesar di rantau Asia yang bernama "ARMADA PERKASA". Pihak syarikat kami bercadang membina sebuah lagi kapal FPSO atas permintaan yang baik di rantau Asia untuk perkhidmatan itu. Pihak syarikat ingin menamakan kapal yang memiliki ciri-ciri berikut: 1) Di dahulukan dengan “Armada” 2) Nama dalam Bahasa Melayu 3) Sejajar dengan nama “Perkasa”, bermula dengan huruf “P” 4) “Perkasa” bermaksud gagah berani dan nama baru hendaklah bercirikan sepertimana nama tersebut supaya senang diingat, dikenali dan bakal mencipta nama di arena/persada marin baik di rantau Asia mahupun bakal gah di dunia. Jasa baik tuan/puan teramat kami hargai. Sekian. Terima kasih | Cadangan : 'Armada Buana'. Buana bermaksud dunia, jagat, bumi. Atau 'Armada Betara Kala'. Nama pahlawan agung mitos Sannskrit. | Lain-lain | 26.02.2008 |