Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.so.na] | ڤرسونا

Definisi : 1. (Sas) watak rekaan di dlm cereka, drama, novel dsb: cara penelitian demikian juga dilakukan terhadap ~ dlm karya-karya sajak; 2. (Psi) watak atau sifat seseorang spt yg ditampilkan kpd orang lain atau spt yg ditanggapi oleh orang lain; 3. IB orang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata persona


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
“Ingat, cikgu,” jawab kelas 4 Persona. atau “Ingat, cikgu,” jawab Kelas 4 Persona. Adalah huruf K kecil atau besar.Penggunaan huruf besar dalam sesuatu ayat perlu digunakan di permulaan ayat atau selepas tanda titik.
Maka perkataan jawab perlu digunakan huruf kecil (“Ingat, cikgu,” jawab Kelas 4 Persona.)
Tatabahasa24.10.2019
Saya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan persona/pesona Boleh terangkan secara ringkas maksud persona dan pesona (perbezaan dua perkataan ini) sekiranya untuk digunakan dalam iklan kecantikan contohnya "personakan kejelitaanmu" atau pesonakan kejelitaanmu" Maklum balas sangat dihargai terima kasih
Penggunaan yang betul ialah pesonakan kejelitaan. Pesona bermaksud  menjadikan seseorang berasa terpikat (tergoda, kagum dan lain-lain): Nyanyiannya telah mempesona para penonton. 

Tatabahasa19.04.2020
perbezaan antara maksud perkataan 'persona' dan 'pesona'

Pesona ialah kata Melayu yang bermaksud: guna-guna, mantera, sihir, fitnah.

mempesona: memikat (menarik) hati, sangat menarik perhatian:

Persona ialah kata Inggeris (daripada bahasa Sepanyol) dan tidak terdapat dalam bahasa Melayu.

Makna03.07.2009
Salam sejahtera, saya ingin kepastian berkenaan ayat ini. "Penerbitan yang anda mahu alih keluar." Adakah hukum aneksi persona boleh digunakan di sini? Adakah ayat yang sebetulnya ialah "Penerbitan yang mahu anda alih keluar." Setahu saya hukum tersebut hanya untuk ayat pasif. Saya agak keliru dengan jenis ayat ini terutamanya apabila terdapat penggunaan kata hubung "yang." Harap pihak tuan/puan dapat memberikan penjelasan. Terima kasih.Tiada unsur yang boleh menyelit dalam rangkaian aneksi persona. Penerbitan yang anda mahu alih keluar tidak menggunakan hukum aneksi persona.Tatabahasa21.04.2020
Apakah maksud perkataan: Persona- Pesona -Pesona ialah guna-guna, mantera atau sihir.Makna12.05.2008
Apakah yang dimaksudkan 'ereksi persona' ?

Ereksi: keadaan zakar yg membesar, mengeras dan menegak apabila bangkitnya nafsu syahwat.

Pesona: 1. guna-guna, mantera, sihir: ~, serapah dan pantun hukum diajarkan oleh pawang itu; ilmu ~ ilmu sihir, ilmu guna-guna; kena ~ kena guna-guna (sihir); membuat (mengenakan) ~ kpd mengenakan guna-guna (sihir) kpd; tukang ~ a) tukang (ahli) sihir; b) ark bp pemimpin rakyat (yg kurang jujur); 2. = pesonaan kata-kata jahat utk menyusahkan (mencelakakan) orang, fitnah: orang yg berhati hasad, dengki serta suka berbuat ~ terhadap orang lain akan menerima balasan Tuhan; fitnah dan ~ sangat menjadi-jadi pd masa itu di kalangan masyarakat kita; segala godaan dan ~ syaitan utk menyesatkan manusia drpd jalan Allah; mempesona memikat (menarik) hati, sangat menarik perhatian: kejelitaannya ~ setiap lelaki yg melihatnya; ia mempunyai suara merdu yg ~; mempesonakan 1. mengenakan pesona (sihir); 2. mempesona, memikat, menggoda, mengagumkan: lukisan asli alam Pulau Mutiara ~ dia; terpesona 1. kena pesona (jampi), terpukau (oleh jampi-jampi): aku seolah-olah ~ dgn segala ucapannya itu sehingga tidak sepatah pun yg dapat kulahirkan; 2. sangat tergoda (oleh kecantikan gadis dll), sangat terpikat (tertarik) hati: penonton-penonton ~ oleh lagu sayu yg sedang mengalun itu;

 

 

Makna11.08.2009
Saya ingin bertanyakan soalan berkaitan ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua.. Apakah perbezaan antara; 1. Surat itu telah saya tulis semalam.. 2. surat itu saya telah tulis semalam penggunaan kata bantu dalam ayatyang telah dipasifkan harus berada di kedudukan sebelum atau selepas KGND? 1. saya telah makan semalam? atau telah saya makan semalam? diharapkan pihak PRPM dapat membantu saya..Hukum Aneksi Persona ialah peraturan yang menetapkan frasa kerja pasif diri pertama atau kedua, iaitu kedudukan ruang di antara kata ganti nama diri pertama atau kedua dengan kata kerja pasif tanpa awalan tidak boleh diselitkan sebarang kata. Sebagai contohnya, ...akan saya baca ....[_/] , saya akan baca [ x].. Frasa yang betul ialah ...telah saya tulis semalam.Tatabahasa30.08.2013
Saudara yang dihormati, Dalam ayat yang berikut: "Pilih aplikasi yang ingin anda segerakkan menggunakan profil ini", adakah penggunaan "ingin anda" betul atau "anda ingin" sepatutnya digunakan. Apakah rasional untuk penggunaan kata-kata di atas? Jika penggunaan "ingin anda" dan "anda ingin" di atas ada bezanya, bolehkah saudara berikan contoh-contoh penggunaannya dalam situasi yang berlainan? Terima kasih kerana menjelaskan masalah di atas. Yang benar, ChetAyat yang betul ialah : Pilih aplikasi yang ingin anda segerakkan menggunakan profil ini. Mengikut hukum Aneksi Persona bagi kata ganti kedua dalam tatabahasa bahasa Melayu frasa yang betul ialah ingin anda.Tatabahasa01.04.2009

Kembali ke atas