Salam. Dalam penulisan bibliografi gaya dewan, perlukah diletakkan pangkat atau gelaran seperti dato', dr., phd? Contoh: Amani zamani, phd.,1990. salam ….. Karim halim, dato',2007. gunung ganang….? | Puan Nurulhuda, 1. Pangkat atau gelaran seseorang penulis tidak dinyatakan dalam penulisan bibliografi. Sehubungan itu, cara menulis bibliografi (Gaya Dewan) adalah seperti yang berikut: A. Samad Said 2009. Salina. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. Kandungan cara penulisan bibliografi (seperti yang ditunjukkan ini) mengandungi maklumat seperti yang berikut: (a) Nama penulis atau editor diikuti dengan tahun terbit dengan tanda noktah (.). (b) Judul terbitan dicetak dalam huruf condong, diikuti dengan tanda noktah. (c) Tempat terbit diikuti dengan tanda noktah bertindih (:) (d) Nama penerbit diikuti dengan tanda noktah. 3. Untuk maklumat tambahan tentang penulisan bibliografi mengikut panduan kerja penerbitan DBP, puan dicadangkan agar membaca buku Gaya Dewan, terbitan DBP. | Lain-lain | 04.03.2009 |
Saya lulusan PhD. di dalam bidang pentadbiran (pengkhususan Kesihatan & Keselamatan Pekerjaan). Saya berminat untuk menulis sebuh buka bagi 'Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan'. Saya ingin tahu langkah-langkah dan cara bagi saya meneruskan bidang penulisan ini. Saya tidak pernah menulis buku sebelum ini. Saya sangat berharap agar saya dapat menulis sebuah buku bagi panduan semua di Malaysia terutamanya di dalam bidang 'Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan' | Salam budiman, KURSUS AKADEMI DBP Sekiranya ingin mendapatkan maklumat tentang penerbitan buku, pihak tuan bolehlah menghadiri kursus anjuran DBP seperti di bawah: Penulisan Buku dan Majalah /Terbuka / 22-23 Jul. (KUL) Maklumat lanjut: Laman sesawang: http://akademi.dbp.my/ Nombor telefon: 03-2147 0220/0230 Faksimile: 03-2147-0231 | Lain-lain | 27.02.2020 |
saya pelajar phd saya membuat kajian tentang teks jawi tlisan tangan. soalan sya ialah adakah terdapat mana2 buku keluaran DBP berkaitan dengan tulisan jawi dan buku2 yang mengandungi jawi tulisan tangan seperti dalam bentuk syair dsbnya. Selain itu ada tak buku yang bertajuk syair rakis | Terdapat banyak buku tentang Jawi di perpustakaan seperti Naskhah Jawi Sejarah dan Teks, DBP, 1994 dan Tulisan Jawi: Sejarah, Seni dan Warisan, Lembaga Muzium Negeri Pahang, 2005 dan untuk mendapatkan senarai buku dan makalah yang berkaitan sila layari prpm.dbp.gov.my, tuliskan di carian kata tajuk buku atau makalah yang berkitan atau kata kuncinya jawi, dan klik pada buku atau artikel. Tidak ada tajuk buku Syair Rakis dalam sumber rujukan kami. | Lain-lain | 16.03.2010 |
Perbezaan penggunaan perkataan Doktor PHD dengan Doktor Perubatan... Adakah doktor PHD kena guna DR atau Dr? | Tidak ada perbezaan dalam penggunaan singkatan untuk gelaran doktor falsafah dan doktor perubatan. Kedua-duanya ditulis sebagai Dr. sebagai singkatan perkataan doktor. | Ejaan | 13.10.2019 |
Saya bercadang utk menyambung pelajaran di peringkat phd. Tesis yg menjadi pilihan adalah "pantang larang masyarakat melayu; sejauh mana kebenarannya". Ada ke tidak artikel2 yang berkaitan @ tesis yg telah dilakukan sebelum ini. | 1. Terlebih dahulu saya ingin memberi pujian atas hasrat sdr untuk menyambung pelajaran di peringkat phd. Berkaitan dengan pertanyaan sdr sejauh manakah kebenaran isu berkaitan tajuk yang dicadangkan, sebenarnya itulah perkara penting yang perlu sdr kaji semasa menjalankan proses kajian tersebut dengan mengemukakan bukti-bukti daripada literatur yang telah diterbitkan dan juga yang tidak diterbitkan, juga daripada hasil soal selidik yang dilakukan sepanjang pengajian. Tentu banyak nanti isu-isu yang penting timbul daripada kajian tersebut. Pada masa itu baru sdr boleh putuskan sama ada benar atau tidak. Phd mendidik kita berfikiran kritis, tidak menerima sesuatu bulat-bulat . Melihat sesuatu perkara dari pelbagai sudut (seperti buruk dan baik). 2. Artikel yang berkaitan - di peringkat phd pelajar seharusnya boleh bekerja sendiri, memberi motivasi kepada diri sendiri dan juga mengatur kerja-kerja sendiri dengan tersusun oleh itu saya cadangkan sdr mendapatkan rujukan sendiri yang sesuai dengan tujuan kajian yang hendak dilakukan. Seterusnya nanti daripada rujukan yang berkaitan sdr dapat tentukan sama ada kajian tersebut telah dilakukan atau belum jika belum tiada masalah dan jika telah ada kajian mungkin sdr kaji pula daripada sudut lain. Yang penting kajian tersebut mestilah asli, menyumbang kepada pengetahuan yang baru. sekian | Lain-lain | 24.05.2010 |
Saya ingin bertanya sususan ayat di bawah yang mana satu betul: Beliau memohon cuti tanpa gaji adalah untuk mengikut pasangannya menyambung pengajian PhD di London. atau Beliau memohon cuti tanpa gaji ialah untuk mengikut pasangannya menyambung pengajian PhD di London. | Ayat yang betul ialah "Beliau memohon cuti tanpa gaji adalah untuk mengikut pasangannya menyambung pengajian PhD di London".
| Tatabahasa | 23.03.2014 |
MOHON PENYEMAKAN ISTILAH TAJUK KAJIAN PHD SEPERTI BERIKUT : FAKTOR PERAMAL KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI OLEH KESELARASAN PERSONALITI-KERJAYA, KEPUASAN KERJA, KECENDERUNGAN AFEKTIF, KELESUAN EMOSI DAN DAYA TAHAN DALAM KALANGAN KAUNSELOR BERDAFTAR DI MALAYSIA | Tajuk PHD puan kurang difahami. Cadangan kami ialah FAKTOR RAMALAN KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI TENTANG KESELARASAN PERSONALITI-KERJAYA, KEPUASAN KERJA, KECENDERUNGAN EFEKTIF, KELESUAN EMOSI DAN DAYA TAHAN DALAM KALANGAN KAUNSELOR BERDAFTAR DI MALAYSIA. | Tatabahasa | 20.08.2019 |
Adakah perlu gelaran "Dr." ditulis sebelum nama penuh individu tersebut (seperti dlm bahagian pengakuan surat rasmi) bagi yg berkelulusan PhD? Soalan 2: Jika nama penuh ditulis dengan huruf besar kesemuanya, adakah "DR."nya juga ikut huruf besar kesemuanya? Terima kasih. | Jika individu tersebut berkelulusan PhD, gelaran Dr. perlu ditulis sebelum namanya. Jika nama ditulis sepenuhnya menggunakan huruf besar, ejaan DR. juga perlu ditulis menggunakan huruf besar. | Ejaan | 24.03.2017 |
Salam, Saya pelajar PhD bidang Kerja Sosial (Social Work) UKM ingin mendapatkan penjelasan mengenai perkataan berikut: 1. Assessment 2. Evaluation Penerangan Untuk perkataan 'assessment' pekerja social atau pegawai kebajikan akan melakukan 'assessment' berkaitan situasi klien yang dirujuk kepada mereka. Diantara proses-proses 'assessment' yang dilakukan ialah seperti berjumpa klien, bertanyakan tentang masalah-masalah yang dihadapi, melawat ke rumah klien untuk melihat situasi dan persekitaran tempat tinggal mereka, bertanyakan jiran-jiran , keluarga rapat klien, agensi-agensi-agensi berkaitan misalnya sekolah, pejabat kesihatan, pejabat agama, majikan keluarga klien bekerja dan sebagainya. Pekerja social akan menyediakan laporan social(untuk kes bantuan, warga emas, perpindahan sekolah, tujuan pelesan/pembebasan daripada institusi), laporan pelindung (jika kes berkaitan penderaan kanak-kanak), laporan akhlak(jika kes juvana terlibat salahlaku), laporan pengangkatan (kes anak angkat) Jadi, di sini apakah terma yang paling sesuai digunakan untuk 'assessment;' dalam konteks kerja social ini? Sekian, harap dapat memahami konteks yang saya maksudkan. SOPIAN BRAHIM Calon PhD Kerja Sosial UKM | Assessment dalam ungkapan umum diterjemahkan kepada penilaian atau penaksiran, dan istilah penaksiran juga digunakan dalam bidang pendidikan dan ekonomi, seperti assessment task diterjemahkan kepada tugas penaksiran. Evaluation diterjemahkan kepada penilaian dalam ungkapan umum dan juga peristilahan, seperti evaluation research diterjemahkan kepada penyelidikan penilaian. | Tatabahasa | 22.04.2016 |
1. Apakah istilah yang sesuai bagi "Crowdsourcing" jika diterjemahkan dalam Bahasa Melayu. Buat masa sekarang saya menggunakan istilah "penyumberan awam" dalam kajiselidik pengajian PhD saya 2. Apakah istilah yang sesuai bagi "Crowd worker" jika diterjemahkan dalam Bahasa Melayu. Buat masa sekarang saya menggunakan istilah "pekerja orang ramai" dalam kajiselidik pengajian PhD saya. 3. Adakah DBP menyediakan perkhidmatan kepada pelajar untuk menyemak terjemahan dr versi BI ke BM ? Sebagai contoh satu perenggan untuk menyemak satu perenggan utk bahagian "Abstrak". Kerjasama dan maklum balas dari DBP saya dahului dengan ribuan terima kasih. Salam hormat, Mohd Fitri Mansor | 1. Istilah yang sesuai untuk "crowdsourcing" ialah sumber khalayak. 2. "Crowd worker" sesuai dipadankan dengan istilah pekerja kumpulan atau pekerja khalayak. Penggunaan istilah yang sesuai bergantung kepada konteks ayat. 3. DBP ada menyediakan perkhidmatan semakan dokumen bahasa Melayu. Tuan boleh menghubungi DBP Bahagian Penguatkuasaan di talian 03-2147 9763 untuk maklumat dan pertanyaan lanjut.
| Lain-lain | 16.10.2018 |