Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pidato (kata nama)
Bersinonim dengan ucapan, syarahan, khutbah, ceramah, kuliah;,
Kata Terbitan : berpidato, pemidato,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah perbezaan antara syarahan ,taklimat ,ceramah ,pidato dengan ucapanMenurut Kamus Dewan Edisi keempat, syarahan ialah ucapan yg diberikan. Taklimat ialah penerangan ringkas tentang se­suatu, ceramah ucapan tentang sesuatu perkara, ilmu pengetahuan dan lain-lain dan bersinonim dengan syarahan. Pidato ialah ucapan atau syarahan yang diberikan di hadapan orang ramai manakala ucapan ialah apa-apa yang diucapkan. Oleh itu, pidato, syarahan dan ucapan hampir sama maknanya, yang boleh membezakan ialah tempat dan isi kandungan yang diucapkan.Makna21.07.2010
Apakah itu syarahan?tolong beritahu dengan lanjut tentang syarahan ni.....Merujuk Kamus Dewan, syarahan ialah ceramah, pidato, ucapan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang syarahan, sila rujuk buku yang berkaitan. Tidak berkaitan dengan Khidmat Nasihat Bahasa yang disediakan.Makna25.08.2008
apa bezanya antara 'pidato' dan 'ucapan'? bolehkah saya kata 'pidato sambutan'?

 

 .Pidato ialah  ucapan yg disampaikan kpd khalayak ramai: lebih drpd itu ia dapat juga diakui sbg seorang ahli ~ yg mempunyai bakat istimewa; 2. ark ceramah yg membicarakan sesuatu perkara; berpidato menyampaikan pidato: dia memang sudah biasa ~; kemahiran ~; mempidatoi memberi pidato kpd, berpidato kpd: aku ~ perkumpulan pemuda pd waktu malam; mempidatokan membincangkan dlm pidato; pemidato orang yg berpidato.

Ucapan pula bermaksud  -  apa yg diucapkan, perkataan (kata-kata) yg diucapkan: aku seolah-olah terpesona dgn segala ~nya itu; 2. cara menyebut sesuatu kata, lafaz, sebutan: ~ setiap kata haruslah jelas; 3. syarahan, pidato: dia telah memberi suatu ~ pendek; 4. kata-kata yg mengandungi harapan supaya selamat (sejahtera dll), kata-kata yg menyatakan terima kasih dll: Yang di-Pertuan Agong telah mengirim ~ selamat kpd Presiden India; 5. = ~ bahasa sj peribahasa, simpulan bahasa, ungkapan;

Melihat kepada keterangan yang diberikan kedua-dua perkataan ini mempunyai makna yang sama. Cuma tajuk yang diperkatakan sahaja yang dapat memberikan gamabaran sama ada ia berbentuk syarahan atau berpidato.

Makna19.02.2010
apakah beza pidato dan syarahan?Syarahan sama maksudnya dengan pidato dan ceramah, iaitu ucapan yang disampaikan kepada khalayak ramai.Makna12.08.2011
saya posaimah sedang belajar bahasa melayu dasar,ingin bertanya,apakah pidato dalam bahasa melayuMenurut Kamus Dewan Edisi Empat, pidato bermaksud ucapan yang disampaikan kepada khalayak ramai; ceramah yang membicarakan sesuatu perkara.Makna24.10.2013
apakah tugas pemidato?Pemidato ialah orang yang berpidato. Pidato bermaksud ucapan yang disampaikan kepada khalayak ramai; ceramah yang membicarakan sesuatu perkara. Jadi tugas pemidato ialah menyampaikan ucapan kepada khalayak berkenaan dengan sesuatu perkara.Lain-lain08.07.2008
Apakah perbezaan syarahan perdana,taklimat dan ucapan.

Syarahan perdana ialah satu bentuk syarahan/ceramah yang disampaikan di tempat yang luas dan  disaksikan oleh penonton yang ramai.  

Taklimat ialah penerangan ringkas tentang sesuatu perkara.

Ucapan ialah 1. apa yg diucapkan, perkataan (kata-kata) yg diucapkan: aku seolah-olah terpesona dgn segala ~nya itu; 2. cara menyebut sesuatu kata, lafaz, sebutan: ~ setiap kata haruslah jelas; 3. syarahan, pidato: dia telah memberi suatu ~ pendek; 4. kata-kata yg mengandungi harapan supaya selamat (sejahtera dll), kata-kata yg menyatakan terima kasih dll: Yang di-Pertuan Agong telah mengirim ~ selamat kpd Presiden India; 5. = ~ bahasa sj peribahasa, simpulan bahasa, ungkapan;

Istilah14.05.2009
Tuan, apakah peranan DBP: 1. Secara langsung kepada sekolah 2. Secara tidak langsung kepada sekolah

Assalamualaikum,

 Saudari Ramziah.

 6 fungsi utama DBP ialah:

1. Membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi.

2. Memperkembang bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan.

3. Mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam percetakan atau penerbitan buku, majalah, risalah dan bentuk-bentuk kesusasteraan lain dalam bahasa kebangsaan dan bahasa-bahasa lain.

4. Membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan.

5. Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul.

6. Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang sedang berkuatkuasa.

 

Berdasarkan fungsi utama di atas, peranan secara langsung DBP kepada sekolah adalah yang berkaitan dengan usaha penyebaran ilmu pengetahuan melalui penerbitan buku dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia seperti berikut:

1. Menerbitkan buku teks untuk kegunaan sekolah rendah dan menengah.

2. Menerbitkan majalah yang dapat dimanfaatkan oleh pelajar sekolah seperti Dewan Pelajar dan Dewan Siswa. Majalah-majalah lain yang juga dapat dimanfaatkan oleh pelajar ialah Tunas Cipta, Dewan Budaya, Dewan Sastera, Dewan Ekonomi. Dewan Kosmik dan Dewan Bahasa.

3. Menerbitkan Kamus untuk kegunaan pelajar misalnya KAMUS MELAYU-INGGERIS (EDISI PELAJAR), KAMUS ARAB-MELAYU RENDAH DEWAN, KAMUS MELAYU-INGGERIS DEWAN, KAMUS TAMIL-MELAYU DEWAN, KAMUS MANDARIN-MELAYU DEWAN dan banyak lagi. Kesemua kamus ini masih dalam proses penerbitan dan ada yang dijangka terbit dalam tahun 2010 dan 2011.

 

Manakala peranan secara tidak langsung adalah yang berkaitan dengan usaha mengembangkan minat pelajar serta guru dalam penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan komunikasi serta memupuk minat dan bakat dalam bidang kesusasteraan seperti penulisan, pembacaan, penghasilan karya, kebudayaan dan sebagainya melalui pelaksanaan aktiviti yang melibatkan pelajar dan guru seperti berikut:

   1.Program Kebahasaan:

     -Pertandingan Forum Pelajar  (untuk pelajar sekolaj jenis kebangsaan)

     -Pertandingan Forum Remaja

     - Peraduan Mengarang Esei

     -Pertandingan Koir

     -Pertandingan Deklamasi Puisi

    -Pertandingan Pidato

     -Pertandingan Bercerita

 

     2.Program pengembangan kesusasteraan :

                    1. Sesi bercerita.  2. Program 'Seronoknya Membaca'.   3. Minggu Penulis Remaja.  4.Bengkel Penulisan Hadiah Tunas Remaja. 5. Program Kelab Tunas Renaja. 6. Kuiz Sastera Perdana  7. Bengkel Penghayatan Sastera KOMSAS untuk Guru. 8. Bengkel Teknik Bercerita Untuk Jurulatih(Guru) 9. Ceramah Sastera di sekolah. 10. Bengkel Penulisan untuk Pelajar Sekolah dan lain-lain lagi.

Selain aktiviti yang dinyatakan di atas, sebenarnya ada banyak lagi yang tidak disebutkan. Terdapat program atau aktiviti yang berlainan dilaksanakan oleh DBP di peringkat cawangan seperti Sabah dan Sarawak dan di pejabat Wilayah DBP di Pulau Pinang, Johor dan Kelantan. Namun kesemuanya menjurus ke arah matlamat meningkatkan kecintaan dan kemahiran penggunaan bahasa Melayu dan kesusasteraan Melayu dalam kalangan pelajar dan guru. Aktiviti-aktiviti ini dilaksanakan oleh DBP melalui kerjasama dengan pihak lain seperti sekolah, Jabatan Pelajaran Malaysia di peringkat negeri serta agensi-agensi kerajaan dan swasta yang lain.

 Sekian terima kasih.

AZHAR MOHD. DORA

Bhg. Dasar dan Pembangunan Korporat DBP

azhar@dbp.gov.my

Lain-lain12.07.2010

Kembali ke atas