Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pilihanraya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam,adakah kata majmuk pilihanraya ditulis sebagai satu perkataan atau dua perkataan.Pilihanraya dieja sebagai dua perkataan - pilihan raya.Ejaan26.07.2012
salam, perkataan "pilihanraya" dieja rapat atau jarak? sekiranya nama khas, adakah dieja jarak juga?Ejaan yang betul ialah pilihan raya kecuali nama khas seperti Suruhanjaya Pilihanraya.Ejaan08.03.2012
yang mana satu betul? 1. pilihanraya/pilihan raya 2. naskhah/naskah 3. muka surat/mukasurat

 Ejaan yang betul ialah pilihan raya, naskhah dan muka surat.

Tatabahasa11.08.2014
EJAAN YANG BETUL: PILIHAN RAYA ATAU PILIHANRAYAEjaan yang betul ialah pilihan raya.Ejaan12.01.2010
Nurul Najihah 10.27 PAGI Nurul Najihah Assalamualaikum Saya nak tanya, antara ejaan pilihan raya atau pilihanraya. Mana satu yang betul?Terima kasih. Boleh rujuk prpm.dbp.gov.my pada pautan Khidmat Nasihat ---> http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=pilihan+raya&d=175768&#LIHATSINIEjaan28.08.2017
Penyemakan bahasa atau ejaan yang betul. 1. Khairul mendermakan organisasi kebajikkan itu. 2. Imran menikmati goreng pisang di waktu petang. 3. Pelbagai isu-isu penduduk telah mereka bincangkan. 4. Maryam memperolehi markah tertinggi sekali dalam kelas tersebut. 5. Kerja-kerja pedalaman parit telah dilaksanakan oleh saya atas arahan ayah. 6. Telor rebus itu dimakan oleh saya. 7. Penduduk Kampung Sentosa saling tolong-menolong dalam program gotong royong. 8. Permohonan kemasukkan pelajar ke sekolah tersebut boleh dilakukan secara atas talian. 9. Para pengundi-pengundi telah bersedia mengundi pada pilihanraya yang akan datang. 10. Kapal mewah milik jutawan itu baharu bergerak menuju Selat Melaka.

1. Khairul memberikan derma kepada organisasi kebajikan itu.
2. Imran menikmati pisang goreng pada waktu petang.
3. Pelbagai isu berkaitan penduduk telah mereka bincangkan.
4. Maryam memperoleh markah tertinggi dalam kelas tersebut.
5. Kerja-kerja pendalaman parit telah saya laksanakan atas arahan ayah.
6. Telur rebus itu saya makan.
7. Penduduk Kampung Sentosa saling tolong-menolong dalam program gotong-royong.
8. Permohonan kemasukan pelajar ke sekolah tersebut boleh dilakukan secara dalam talian.
9. Para pengundi telah bersedia untuk mengundi pada pilihan raya yang akan datang.
10. Kapal mewah milik jutawan itu baharu bergerak menuju ke Selat Melaka.

Tatabahasa27.07.2021

Kembali ke atas