PERTANYAAN NAMA BANGUNAN (i) PLACE PHOENIX (ii) CHERAS CENTRAL (iii) PLAZA SENTRAL | PLAZA CHERAS | Lain-lain | 27.10.2010 |
salam bahagia. saya ingin membuat pertanyaan menggenai pengunaan perkataan PLAZA utk satu skim perniagaan. contohnya alamatnya seperti berikut: No. 10 - 4, Blok A, Plaza Prima, Jalan Tasik Prima 5/2, Taman Tasik Prima,’ 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan. dan mengenai penggunaan perkataan NOVA, contoh alamat spt berikut: No. 24A-1, Blok C, Pusat Perdagangan Nova, Jalan Tasik Prima 5/2, Taman Tasik Prima,’ 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan. sekian terima kasih. | Dalam konteks yang saudara maksudkan plaza merujuk kompleks membeli-belah, "plaza prima" merujuk kompleks beli-belah yang mengandungi juga ruang perniagaan yang lain. Oleh itu, "plaza prima" ialah kata nama khas untuk tempat. Begitu juga dengan "Pusat Perdagangan Nova", untuk makluman saudara nova bermaksud bintang yang secara tiba-tiba saja bersinar terang tetapi kemudiannya beransur-ansur pudar semula, walau bagaimnapun kata ini boleh digunakan untuk penamaan tempat. | Makna | 04.03.2009 |
Penggunaan ayat yang mana lebih tepat, 1 atau 2? 1) Transaksi tol 100% elektronik di semua plaza tol PLUS mulai 26 April 2017 2) Transaksi tol tanpa tunai (100% elektronik) di semua plaza tol PLUS mulai 26 April 2017 | Kedua-dua ayat yang diberikan adalah betul. | Tatabahasa | 02.03.2017 |
Penggunaan ialah atau adalah: "Yang dilihat oleh mereka apabila tiba di Plaza Tol ialah/adalah banyak kenderaan berbaris panjang untuk memasuki lebuh raya." 1. Penggunaan yang mana lebih tepat: ialah atau adalah di dalam ayat di atas dan 2. Minta penerangan pembezaan ialah dan adalah dalam penggunaan. Tk. | 1. Penggunaan “ialah” lebih sesuai. Namun begitu, ayat tersebut seharusnya ditulis seperti yang berikut: “Yang dilihat oleh mereka apabila tiba di Plaza Tol ialah bilangan kenderaan yang banyak dan berbaris panjang untuk memasuki lebuh raya.” 2. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, “ialah” dan “adalah” tergolong dalam kata pemeri. Penggunaan “ialah” hadir di hadapan frasa nama seperti contoh ayat yang berikut: i. Antara perkara yang dibiacarakan dalam buku ini ialah masalah moral negara. (frasa nama) Manakala “adalah” hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti contoh ayat yang berikut: i. Makanan seimbang adalah baik untuk kesihatan badan. (frasa adjektif) ii. Sumbangan besar beliau adalah dari segi peningkatan ekonomi rakyat luar bandar. (frasa sendi nama) Sekian. Terima kasih. | Tatabahasa | 29.08.2017 |
saya ingin membuat permohonan bagi mendapat pengesahan penggunaan bahasa bagi iklan papan tanda perniagaan .Kedai saya terletak dalam bangunan Tar Plaza.Nama perniagaan kedai saya ialah SYED LIN TEXTILE | Sila lampirkan iklan saudara di medan "Khidmat Pengesahan Bahasa". | Lain-lain | 27.09.2011 |
Pada 14 November 2017, sekitar jam 9.13 pagi saya telah masukkan RM30 untuk bayaran kelulusan pengiklanan DBP. Mesin CDM yang saya gunakan bertempat di SP Plaza Sungai Petani. Nombor akaun 14023010018002. Mesin tersebut tidak mengeluarkan resit. Oleh itu tiada bukti bagi pihak saya untuk dirujuk. Mohon pihak tun semak dan maklumkan kepada saya. Terima kasih. | Mohon tuan menelefon kami di Bahagian Penguatkuasaan, Dewan Bahasa dan Pustaka melalui talian 03-21472000/9400/9500 dan memaklumkan perkara ini serta memberikan nombor permohonan supaya kami berusaha mengesan bayaran yang telah diterima. Sekian. Terima kasih. | Lain-lain | 14.11.2017 |
Salam tuan/puan, Harap tuan/puan sudi meluangkan masa untuk mengkategorikan kata nama yang saya berikan sebagai contoh di bawah sama ada kata nama am tak hidup institusi (KNATHI) atau kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit (KNATHBIK). Jika KNATHI, tuan/puan boleh tandakan (I) atau jika KNATHBIK) tandakan (B). rumah padang sekolah bank mahkamah gereja masjid tokong kuil perpustakaan muzium istana plaza tol pasar malam tanjung teluk terowong tandas makmal taman dapur langit balai bomba balai polis kompleks sukan pejabat tanah pejabat imigresen universiti pejabat pos kilang roti kedai buku stesen minyak kafe siber Terima kasih yang tidak terhingga. | Pengenalpastian sama ada kata nama am tak hidup institusi (KNATHI) atau kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit (KNATHBIK) dibuat melalui kehadiran kata sendi nama sebelum kata nama tersebut. KNATHI dikenal pasti melalui kehadiran kata sendi nama (KSN) kepada dan daripada sebelum KNATHI, manakala KNATHBIK didahului oleh KSN ke dan dari. Rujuk Tatabahasa Dewan halaman 99-100. | Tatabahasa | 19.11.2014 |