Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pn


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Tn/Pn, Saya Pn Norfazilah, daripada AZ Empayar Unggul Enterprise ingin memohon maklumbalas pengesahan penggunaan bahasa iklan untuk restoren kami "WARUNG KAPAL TERBANG" untuk tujuan pendaftaran Papan Iklan dengan Unit Pelesenan, Majlis Daerah Segamat. Kerjasama daripada pihak tuan amatlah pihak saya hargai. Sekian, terima kasih Yang Benar, NORFAZILAH BINTI TOMPANG @ MOHD ZAINSalam sejahtera,

Puan,

WARUNG KAPAL TERBANG boleh digunakan.

Untuk pengesahan penggunaan bahasa Melayu, sila layari http://dbpsahbahasa.my/.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain14.10.2017
Assalamualaikum Pn Rosnah sedang membersihkan halaman rumahnya. Jika ayat ini dipasifkan, adakah 'nya' dalam ayat perlu digugurkan?Ayat pasif yang betul ialah "Halaman rumahnya telah dibersihkan oleh Puan Rosnah".Tatabahasa27.02.2018
ASSALAMUALAIKUM SAYA PN.NATRAH INGIN MEMBUAT PEMBETULAN DOKUMEN SOKONGAN MERUJUK KEPADA PERMOHONAN SAYA YANG TERDAHULU. BERSAMA INI SAYA SERTAKAN DOKUMEN YANG TELAH DI SEDIAKANUntuk permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam visual iklan, sila layari laman web dbpsahbahasa.my.

1. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pendaftaran), aktifkan akaun melalui e-mel yang telah didaftarkan dan log masuk.
2. Setelah log masuk, sila pilih Daftar Iklan dan isi maklumat pelanggan (rujuk Panduan Pelanggan).
3. Sila buat bayaran setelah pendaftaran permohonan iklan berjaya.
4. Iklan akan diproses dalam tempoh tiga hari bekerja.

Catatan pembetulan pada visual iklan:

1. SDN.  BHD.  (pastikan letak titik untuk singkatan dan jarakkan selepas titik)
2. Sila nyatakan alamat penuh, cadangan:  NO. 63-1 & 73 (IBU PEJABAT), JALAN TASIK UTAMA 6, MEDAN NIAGA, TASIK DAMAI, 57000 KUALA LUMPUR.

1



Lain-lain08.07.2021
Salam. Saya Pn Ruba di sini ingin bertanya adakah pihak DBP mempunyai khidmat proofreading tesis yg ditulis dalam BM. Jika ada, berapakah bayaran yang dikenakan?Dan brp lama tempoh masa yang diperlukan untuk peoofreading tesis tersebut?Terima kasih di atas maklum balas yang diberikan.Salam sejahtera puan ruby, perkhidmatan membaca pruf tesis. DBP tidak menyediakan perkhidmatan membaca pruf tesis. Semua khidmat membaca pruf buku terbitan DBP menggunakan khidmat syarikat dan individu yang berdaftar dengan Bahagian Kewangan dan Bekalan, DBP. Maklum, terima kasih.Lain-lain21.04.2020
Salam tn/pn Bolehkah borang pemohonan jawatan di DBP dihantar melalui email.memandangkan keadaan susah keluar sekarang. Terima kasihSalam sejahtera, Permohonan jawatan kosong Borang permohonan jawatan kosong DBP tidak boleh dihantar melalui e-mel, borang perlu dihantar secara pos atau hantar tangan ke alamat: Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur (u.p: Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia) Maklum balas tentang keputusan permohonan jawatan kosong bolehlah diperoleh dengan menghubungi pegawai di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, DBP, iaitu: 1. Puan Maizatul Adni binti Abdul Manaf melalui talian telefon 03-2147 9345 atau 2. Puan Nurul Fauziana binti Amat melalui talian telefon 03-2147 9341Lain-lain20.03.2020
As salam Pn Aishah, Minta kerjasama untuk menyemak visual iklan seperti yang terlampir. Terima kasihUntuk pengesahan iklan, sila klik domain Khidmat Pengesahan Bahasa DBP, bukan Khidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain18.04.2014
Dalam senarai nama individu/pegawai, penggunaan singkatan Encik/Puan adalah En./Pn. Persoalannya, adakah betul jika dalam senarai nama penggunaan singkatan Encik 'En.' sahaja dibenarkan manakala Puan haruslah ditaip penuh Puan tanpa singkatan 'Pn.' Mohon penjelasan kerana ada beberapa pegawai di sini mengatakan sedemikian selepas mendengar ceramah penulisan daripda wakil DBP. Sekian.Yang paling baik ialah menulis penuh ejaan tersebut, bagaimanapun jika ada keperluan untuk menggunakan singkatan tulislah En. dan Pn. sebagaimana Encik boleh disingkatkan kepada En., begitu juga Puan boleh disingkatkan kepada Pn.Tatabahasa15.11.2016
Dalam penulisan bolehkah gelaran Puan atau Encik ditulis dengan singkatan Pn. atan En. dalam dokumen rasmi seperti surat rasmi, minit mesyuarat,laporan, kertas kerja dll. Ataupun adalah digalakan ditulis penuh seperti Puan dan Encik. Sekian terima kasih.Singkatan gelaran Pn. dan En. boleh digunakan dalam penulisan rasmi. Walau bagaimanapun, penggunaan gelaran yang dieja penuh seperti Puan dan Encik adalah lebih digalakkan.Tatabahasa02.12.2020
ASSALAMUALAIKUM SAYA PN NATRAH SAYA INGIN MEMBUAT PERTANYAAN BERKENAAN LESEN DBKL. KAMI DIFAHAMKAN MASA PKP NI KAMI TIDAK DAPAT BERURUSAN. SAYA INGIN MEMOHON LESEN PREMIS DI PEKAN SG BESI , KEDAI JAHIT PAKAIAN. BOLEH KAH SAYA MEMOHON DISINI UNTUK MENDAPATKAN EJAAN DAN TULISAN YANG BETUL PADA PAPAN TANDA DIKEDAI SAYA. SAYA HARAP PIHAK TUAN DAPAT MEMBANTU. BERSAMA INI SAYA SERTAKAN DOKUMEN UNTUK RUJUKAN TUAN SEKIAN, TERIMAKSIH PN NATRAHUntuk permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam visual iklan, sila layari laman web dbpsahbahasa.my.

1. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pendaftaran), aktifkan akaun melalui e-mel yang telah didaftarkan dan log masuk.
2. Setelah log masuk, sila pilih Daftar Iklan dan isi maklumat pelanggan (rujuk Panduan Pelanggan).
3. Sila buat bayaran setelah pendaftaran permohonan iklan berjaya.
4. Iklan akan diproses dalam tempoh tiga hari bekerja.

Catatan pembetulan pada visual iklan:

1. SDN.  BHD.  (pastikan letak titik untuk singkatan dan jarakkan selepas titik)
2. Sila nyatakan alamat penuh, cadangan:  NO. 63-1 & 73 (IBU PEJABAT), JALAN TASIK UTAMA 6, MEDAN NIAGA, TASIK DAMAI, 57000 KUALA LUMPUR.

1

Lain-lain08.07.2021
Assalamualaikum... Saya Pn Mazni telah mengeluarkan Buku Agama Panduan Solat dan ingin mendapatkan pengesahan tulisan jawi serta isi kandungan buku tersebut serta No Pendaftaran ISBN. Bagaimana cara dan procedure yang telah ditetapkan oleh DPB bagi pengeluar buku persendirian utk dan utk dipasarkan. Harap pihak DBP dapat memberikan maklumat yg dapat membantu sy menyelesaikan masalah ini. Perhatian dan kerjasama Pihak DBP amat dihargai dan didahului dgn ribuan terima kasih... wassalam Pn Mazni 0126606864

Waalaikummussalam,

Dimaklumkan bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka tidak menyediakan khidmat penilaian, penyuntingan dan pemasaran untuk buku yang diterbitkan oleh orang perseorangan atau pihak lain. Nombor ISBN pula dikeluarkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia. Kami cadangkan puan  menghubungi pihak Perpustakaan Negara Malaysia untuk maklumat selanjutnya mengenai ISBN.

Lain-lain28.03.2011
12345

Kembali ke atas