Prevent accident = Mengelakkan/Mencegah kemalangan Prevent illness = Mengelakkan/Mencegah penyakit Yang manakah terjemahan yang sesuai bagi perkataan prevent bagi kedua-dua frasa di atas? | Perkataan "prevent" diterjemahkan kepada "cegah". | Penyemakan dan penterjemahan | 24.01.2019 |
Saya ingin bertanya mengenai penggunaan istilah "Prevent Violent Extremism" dalam bahasa melayu yang betul kerana kami dalam proses membuat pelan tindakan kebangsaan berhubung FAHAMAN MELAMPAU YANG MENGGUNAKAN KEGANASAN (PREVENT VIOLENT EXTREMISM). Adakah terjemahan yang kami gunakan ini betul? dan jika kurang tepat mohon dicadangkan kepada kami penggunaan istilah yang betul | Cadangan terjemahan yang boleh digunakan ialah Mencegah Fahaman Pelampau Keganasan bagi frasa prevent violent extremism. | Penyemakan dan penterjemahan | 29.11.2018 |
Salam sejahtera. Its hydrating abilities help prevent skin dryness. Can translate into Bahasa Melayu "Keupayaan penghidratannya membantu mencegah kekeringan kulit". Terima kasih. | Padanan terjemahan "Keupayaan penghidratannya membantu mencegah kekeringan kulit" adalah bersesuaian dengan konteks ayat dalam bahasa Inggeris. | Penyemakan dan penterjemahan | 08.06.2023 |
Selamat Sejahtera! Please assist in checking the BM translations as below: 1. Made of food contact grade material. BM transalation: Diperbuat daripada bahan gred bersentuhan makanan. 2. Plastic bag with strong seal to prevent breakage. BM translation: Beg plastik berdinding kuat supaya tidak mudah koyak. 3. Security seal packed to avoid contamination. BM translation: Berbungkusan meterai keselamatan untuk mengelakkan kontaminasi. Thank you. | Terjemahan: a) Made of food contact grade material. Diperbuat daripada bahan gred sentuh makanan. b) Plastic bag with strong seal to prevent breakage. Beg plastik kedap udara supaya tidak mudah koyak. c) Security seal packed to avoid contamination. Bungkusan meterai keselamatan untuk mengelakkan pencemaran. | Makna | 26.08.2019 |
Apakah istilah dalam Bahasa Melayu untuk perkataan "trust" dalam konteks komputer/teknologi maklumat? Contoh ayat: - You must enable full trust of our root certificate - Trusting the certificate will also prevent common performance issues with the software on your device. Terima kasih. | Perkataan trust dalam konteks komputer/teknologi maklumat berdasarkan ayat yang diberi, bermaksud kepercayaan. | Makna | 28.01.2022 |
Saya ingin bertanya mengenai istilah 'heritage building intervention'. Dari segi maksud, 'heritage building intervention involved physical action to preserve the fabric and material of the heritage buildings. It is a process to prevent decay and the action is aiming to prolong the life of the buildings'. Contoh ayat 'This paper offers all the interventions for architectural heritage and a model to find the minimum intervention for a project'. Maksud dalam kamus, 'intervention' adalah 'gangguan atau campur tangan'. Bolehkah saya gunakan istilah 'intervensi' untuk 'intervention' dalam Bahasa Melayu?Terima kasih DBP | Berdasarkan semakan data kami, istilah 'intervensi' boleh digunakan sebagai padanan bahasa Melayu bagi istilah 'intervention'. | Lain-lain | 14.01.2022 |
1. Apakah maksud istilah 'energy crop' dalam bahasa Melayu? Contoh ayat: To solve this problem, energy crops such as sugar cane are cultivated. 2. Apakah maksud istilah 'double-glazed' dalam bahasa Melayu? Contoh ayat: Double-glazed window are used to prevent the flow of heat through them by convection. | Kami mencadangkan energy crops diterjemahkan kepada tanaman sumber tenaga dan double-glazed window diterjemahkan kepada tingkap dwikaca. | Penyemakan dan penterjemahan | 14.10.2014 |
Apakah terjemahan yang tepat untuk "trade union density" dan "union busting"? Contoh ayat seperti berikut: 1. The decline in trade union density among these workers shows that a large proportion of them are in the private sector. 2. Union busting is a range of activities undertaken to disrupt or prevent the formation of trade unions. | Perkataan trade union density boleh diterjemahkan kepada kadar keahlian kesatuan pekerja atau kekuatan kesatuan pekerja dan union busting boleh diterjemahkan kepada mengurangkan kuasa atau memusnahkan kuasa kesatuan pekerja. Walau bagaimanpun cadangan ini perlu disesuaikan dengan konteks ayat. | Penyemakan dan penterjemahan | 26.09.2018 |
Sama ada padanan bagi perkataan "whole" dalam ayat di bawah ini iaitu "keseluruhan" adalah tepat dalam konteks ayat. Puri tomato 218. (1) Puri tomato hendaklah merupakan hasil produk yang diproses haba yang dibuat daripada keseluruhan tomato yang baik dan masak yang dibuang kulit dan bijinya daripada tomato dalam bentuk asalnya yang baik dan masak serta telah dibuang kulit dan bijinya yang diproses menggunakan haba, dan yang dipekatkan untuk mengeluarkan menghasilkan suatu hasil produk yang mempunyai graviti spesifik khusus yang tidak kurang daripada 1.050 (20°C/20°C). Ia hendaklah dipek dalam bungkusan kedap udara dan diproses dengan haba untuk mengelakkan daripada menjadi busuk kerosakan. Tomato puree 218. (1) Tomato puree shall be the heat processed product made from whole, sound, and ripe tomatoes, with the skin and seeds removed, concentrated to yield a product with a specific gravity of not less than 1.050 (20°C/20°C). It shall be packed in hermetically sealed packages and processed by heat to prevent spoilage. Padanan asalnya adalah "tomato dalam bentuk asalnya". Sama ada terdapat padanan lain yang lebih wajar. | Padanan bahasa Melayu yang diberikan adalah betul. Puri tomato dihasilkan daripada keseluruhan tomato yang baik dan masak yang dibuang kulit dan bijinya. | Penyemakan dan penterjemahan | 27.06.2021 |