Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n approp n + profesional: a football ~, seorang pemain bola sepak profesional; more and more ~s are migrating overseas, semakin ramai ahli profesional berhijrah ke luar negeri; you need a ~ to manage your business affairs, kamu memerlukan pengurus profesional utk mengendalikan urusan perniagaan kamu; this is the work of a ~, ini ialah kerja seorang yg profesional. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : adj profesional; (derog) kaki: I think you need ~ advice on the matter, saya rasa kamu memerlukan nasihat profesional ttg perkara itu; a ~ photographer, jurugambar profesional; some of the dancers were of ~ standard, sesetengah penari itu bertaraf profesional; the club has a number of ~ men as members, kelab itu mempunyai beberapa orang ahli profesional sbg anggotanya; ~ tennis has developed remarkably, tenis profesional telah berkembang dgn pesatnya; beware, she’s a ~ gossip, awas, dia kaki gosip; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata professional


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
definisi bidang professional dan bidang bukan professional.Menurut Kamus Dewan, profesional berkaitan dgn (bergiat dlm) bidang profesion (spt undang-undang, perubatan, dll) atau golongan atau ahli yang mempunyai kemampuan atau kemahiran yg khusus utk melaksanakannya, cekap (teratur) dan memperlihatkan kemahiran tertentu. Berdasarkan pengertian yang telah diberikan ini, diharap dapat membantu saudara untuk membezakan antara profesional dan tidak profesional.Makna01.08.2007
mohon dapatkan istilah: -Continuous Professional Development -Job rotation -exit policy

job rotation - pusingan kerja

continuous professional development - Untuk makluman tidak ada istilah khusus. Walau bagaimanapun, istilah professional development ada dalam pangkalan data kami, iaitu perkembangan profesional. Oleh itu, istilah yang dicadangkan ialah perkembangan profesional berterusan.

exit policy - tidak ada istilah khusus dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, kami ada istilah seperti exit criterion (kriteria keluar), exit interview (temu duga keluar). Oleh itu, istilah yang dicadangkan ialah polisi keluar.

Istilah01.07.2011
Apakah terjemahan terbaik untuk 'Malaysian Association of Professional Secretaries & Administrators'? 1. Persatuan Setiausaha Profesional dan Pentadbir Malaysia ATAU 2. Persatuan Setiausaha dan Pentadbir Professional MalaysiaSalam sejahtera,

terjemahan bagi Malaysian Association of Professional Secretaries and Administrators ialah Persatuan Setiausaha dan Pentadbir Profesional Malaysia.

Sekian, terima kasih.
Makna16.09.2020
Adakah istilah "Professional Learning Community" boeh diterjemah sebagai "Komuniti Pembelajaran Profesional"?Ya, betul. Komuniti Pembelajaran ProfesionalMakna14.02.2020
VEGUE INSPIRED PROFESSIONAL STUDIO

 

Permohonan pengesahan bahasa dalam iklan boleh dikemukakan secara dalam talian melalui portal DBP Sah Bahasa (http://dbpsahbahasa.my)

Lain-lain13.10.2017
Mohon berikan maksud "professional respect" dalam ayat di bawah: Pihak pengurusan mempunyai keyakinan dan professional respect kepada Unit Audit Dalam.Ayat yang dicadangkan ialah Pihak pengurusan mempunyai keyakinan dan menghormati kepakaran Unit Audit Dalam.Istilah05.08.2016
Apakah terjemahan bagi "healthcare professional"? Contoh ayat: Both patients and healthcare professionals can enquire relevant medical records from the hospital registrar."Terjemahan untuk "healthcare professional" ialah "pakar penjagaan kesihatan"                         Penyemakan dan penterjemahan26.09.2017
Apakah terjemahan 'Native proficiency' dan 'Full professional proficiency' dalam Bahasa Melayu yang digunakan untuk mengukur tahap kefasihan bahasa?Padanan bahasa Melayu untuk "native proficiency" ialah kecekapan penutur asli dan "full professional proficiency" ialah kecekapan profesional penuh. Walau bagaimanapun, penggunaan perkataan bergantung kepada kesesuaian dan konteks penggunaan ayat.Makna17.08.2020
Saya ingin bertanyakan mana yang lebih sesuai bagi perkataan berikut:- Institute of Continuous Education and Professional Studies (ICEPS) atau Institute of Continuing Education and Professional Studies (ICEPS). Mohon pencerahan. Terima kasih.Tuan,

Untuk makluman, kami hanya boleh mencadangkan teks atau tajuk dalam bahasa Melayu. Untuk teks atau tajuk yang dikemukakan dalam bahasa Inggeris, mohon tuan rujuk kepada pihak yang lebih berwibawa atau membuat rujukan di mana-mana kolej atau universiti supaya lebih jelas.
Lain-lain20.09.2019
Saya ingin mendapatkan terjemahan yang tepat dalam BM bagi istilah yang digunapakai dalam standard perakaunan iaitu "Professional Competence and Due Care"

Kami mencadangkan padanan bahasa Melayu bagi frasa Professional Competence and Due Care ialah “Kecekapan dan Kecermatan Pakar” atau “Kecekapan dan Kecermatan Profesional”

Lain-lain25.11.2021
1234

Kembali ke atas