Purata harga tahunan atau harga purata tahunan? Contoh: Purata harga tahunan/Harga purata tahunan getah asli (SMR 20) pada 2013 adalah RM7.75 sekilogram; penurunan sebanyak 18.7% berbanding RM9.53 sekilogram pada tahun sebelumnya. | Istilah yang betul ialah purata harga tahunan - purata harga tahunan getah asli (SMR 20) pada 2013 ialah RM7.75 sekilogram; penurunan sebanyak 18.7% berbanding RM9.53 sekilogram pada tahun sebelumnya. | Tatabahasa | 03.03.2014 |
Yang mana betul, 'purata keuntungan' atau 'keuntungan purata' | Kedua-duanya betul, cuma bergantung pada konteks ayat. | Tatabahasa | 24.08.2009 |
Apakah kadar purata bagi penyalahgunaan bahasa melayu dalam media pengiklanan? | Soalan saudara memerlukan kajian yang terperinci untuk mendapatkan jawaban yang tepat. Sila rujuk artikel yang berkaitan dan buat analisis terhadap kesalahan bahasa yang tersebut untuk mendapatkan jawaban yang tepat. | Tatabahasa | 27.08.2010 |
Kata jenama, purata dan hakis merupakan kata terbitan @ tunggal @ majmuk @ akronim.. Boleh jelaskan TQVM | Jenama - kata tunggal, Purata - akronim (pukul rata) dan Hakis - kata tunggal. | Tatabahasa | 27.05.2011 |
Apakah terjemahan bagi "average annual growth rate" dan "average annual increase" untuk konteks ekonomi? | Cadangan terjemahan bagi average annual growth rate dan average annual increase ialah "kadar pertumbuhan tahunan purata" dan "pertumbuhan tahunan purata". | Penyemakan dan penterjemahan | 08.09.2015 |
manakah ayat yang paling sesuai dari dua contoh berikut: contoh 1 : Sementara, purata bilangan mata pelajaran yang diajar oleh seorang guru di sekolah rendah dan menengah ialah 4 dan 3 mata pelajaran masing-masing. Contoh 2: Sementara, purata bilangan mata pelajaran yang diajar oleh seorang guru di sekolah rendah dan menengah ialah masing-masing 4 dan 3 mata pelajaran. mohon pembetulan. tq. | Ayat yang sesuai ialah ayat kedua. | Lain-lain | 06.07.2015 |
1. Adakah terdapat peningkatan pada harga bahan binaan bagi pembinaan rumah kediaman setiap tahun? Berapa peratuskah purata peningkatan harga bahan binaan tersebut jika ada? minta disemak tatabahasa soalan diatas samada susunatur ayat betul/tidak | Ayat yang gramatis ialah Adakah terdapat peningkatan pada harga bahan binaan bagi pembinaan rumah kediaman pada setiap tahun? Berapakah peratus purata peningkatan harga bahan binaan tersebut jika ada? | Tatabahasa | 09.01.2013 |
Mohon bantuan. Adakah ayat-ayat berikut betul dari segi penggunaan; 1. Kata pemeri "adalah". Ayat : Purata kuasa setara yang diperlukan adalah 4.519 W. 2. peggunaan perkataan "untuk". PENGESANAN DAN PENILAIAN KEROSAKAN IMPAK TENAGA RENDAH UNTUK KOMPOSIT KARBON-KARBON MENGGUNAKAN TEKNIK VIBROTERMOGRAFI Adakah penggunaan perkataan 'untuk' sesuai digunakan di ayat di atas? Atau lebih sesuai digantikan dengan perkataan 'dalam'? | Ayat dengan penggunaan kata pemeri yang betul ialah Purata kuasa setara yang diperlukan ialah 4.519 W. Penggunaan perkataan 'untuk' dalam contoh ayat yang diberikan adalah betul.
| Tatabahasa | 05.03.2019 |
growth-bertambah contoh ayat: bertambah secara purata | tiada growth - pertumbuhan | Makna | 08.06.2007 |
maksud jangka hayat | jangka hayat: (1) Ukuran purata tentang berapa lama seorang itu dijangka akan terus hidup, selalunya diukur dalam tahun. (2) Hayat perkhidmatan yang berfaedah yang dijangkakan bagi sesuatu peralatan. | Makna | 20.03.2009 |