Apakah terjemahan yang tepat bagi "regional airport" dan juga "regional international airport"? | Padanan bahasa Melayu bagi istilah regional airport ialah lapangan terbang wilayah, manakala padanan bagi regional international airport ialah lapangan terbang antarabangsa wilayah.Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 08.09.2022 |
regional player | Cadangan terjemahan ialan pemaian wilayah. Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Bahasa Inggeris Melayu Dewan. | Istilah | 10.02.2009 |
"THE INSTITUTION OF STRUCTURAL ENGINEERS, MALAYSIA REGIONAL GROUP" Apakah nama yang sesuai untuk di bahasa melayukan? Asalnya adalh:- "THE INSTITUTION OF STRUCTURAL ENGINEERS, MALAYSIA DIVISION" (INSTITUSI JURUTERA STRUKTUR, DIVISYEN MALAYSIA) Apakah kata yang tepat untuk "REGIONAL GROUP" untuk di bahasa melayu kan. Harap pihak tuan dapat membantu memandangkan REGISTRAR OF SOCIETY memerlukan nama ENGLISH & MELAYU serentak. Kami dalam proses menukar nama pertubuhan. Terima kasih | Dalam istilah Sains Politik, istilah South Asian Regional Cooperation (SARC) diterjemahkan kepada Kerjasama Serantau Asia Selatan. Berdasarkan data yang ada kami mencadangkan Malaysia Regional Group diterjemahkan kepada Kumpulan Serantau Malaysia. | Penyemakan dan penterjemahan | 07.05.2015 |
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai untuk "regional referendum"? Konteks berkaitan dengan politik (undi). Terima kasih. | Terjemahan bagi "regional referendum" ialah pungutan suara wilayah. Wilayah merujuk kepada negeri, kawasan yang dibuat sempadan zon seperti zon utara, zon selatan, zon timur dan zon barat, atau daerah. | Penyemakan dan penterjemahan | 29.03.2014 |
Mohon nasihat terjemahan BM. (i) Regional Head (Ketua Wilayah), (ii) Premier Client Manager (Pengurus Pelanggan Premier), (iii) Preferred Client Manager (Pengurus Pelanggan Pilihan | Cadangan terjemahan (jika bersesuaian dengan konsep/fungsi jawatan berkenaan): (i) Regional Head - Ketua Wilayah (ii) Premier Client Manager - Pengurus Pelanggan Utama (iii) Preferred Client Manager - Pengurus Pelanggan Pilihan | Penyemakan dan penterjemahan | 09.11.2018 |
Mana yang LEBIH sesuai digunakan bagi jawatan Regional Manager dalam Bahasa Melayu sama ada Pengurus Wilayah atau Pengurus Rantau. Sekian,terima kasih. | Saudara, terjemahan bahasa Melayu yang sesuai bagi Regional Manager ialah Pengurus Kawasan. Untuk keterangan lanjut, sila klik pada laman ini Regional+Manager&d=1">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=Regional+Manager&d=1. | Lain-lain | 26.01.2011 |
Salam sejahtera Tuan/Puan. Apakah terjemahan bagi istilah berikut? 1)Narrow Bodied Jet Aircraft 2)Regional Jet Aircraft Sekian, terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut; 1. Narrow Bodied Jet Aircraft - Pesawat Jet Berbadan Sempit 2. Regional Jet Aircraft - Pesawat Jet Jarak Dekat | Istilah | 16.01.2016 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bagaimana saya boleh terjemahkan perkataan berikut 1. Department of Pricing? 2. Franchisee 3. Remote regional directorate Terima kasih Tiada contoh ayat | Cadangan terjemahan perkataan yang diberikan ialah: 1. Department of Pricing - "Jabatan Harga" 2. Franchise - "francais" 3. Remote regional directorate - "Jabatan Wilayah Terpencil atau Luar Bandar" | Makna | 11.04.2022 |
Assalamualaikum Tuan, Minta jasa baik untuk mengedit bahasa Melayu seperti di bawah ini , terima kasih: Saya Hasbi dari syarikat HBY, adalah regional partner Malaysia dari RZ Products Germany Kami ingin memperkenalkan produk keselamatan untuk melindungi Data Center room , NATO standard kami ingin meminta jasa baik tuan untuk mendapat satu tarikh temu janji untuk kami berikan sedikit maklumat tentang produk tersebut. Sila Tuan rujuk attachment file sedikit maklumatnya Jika ada sebarang pertanyaan sila tuan hubungi saya : Hasbi - 014 228 3352 Terima kasih Wassalam HBY Cakradonya | Saya Hasbi dari syarikat HBY, ialah rakan kongsi wilayah (regional Partner) Malaysia dari RZ Products Germany. Kami ingin memperkenalkan produk keselamatan untuk melindungi Data Center room , NATO yang standard. Kami ingin meminta jasa baik tuan mengatur temu janji untuk kami memberikan maklumat tentang produk tersebut. Sila rujuk fail yang dilampirkan untuk mendapatkan maklumat lanjut. Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi saya di talian 014 228 3352. Terima kasih. Wassalam. Pembetulan ini berdasarkan kefahaman kami tentang teks yang disertakan. | Tatabahasa | 03.12.2014 |
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai untuk "regional election"? Konteks berkaitan dengan politik (undi). Terima kasih. | Salam, sila kemukakan soalan ini kepada Persatuan Penterjemah Malaysia atau Institut Penterjemahan Negara untuk mendapat terjemahan yang lebih tepat dan betul. Walau bagaimanapun, terjemahkan secara literal ialah "Pilihan Raya Serantau". | Penyemakan dan penterjemahan | 29.03.2014 |