Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : 4. aloof, suka /menyendiri, mengasingkan diri/: he was ~ in his manner, perangainya suka menyendiri; he kept himself ~ from the other students, dia suka menyendiri dr penuntut-penuntut lain; 5. irrelevant to, tdk /berkaitan, kena-mengena/: your statements are rather ~ from the subject under discussion, kenyataan-kenyataan kamu agak tdk berkaitan dgn perkara yg sedang dibincangkan; 6. slight, faint, sedikit; (of chance, possibility) tipis: I can see a ~ likeness to his mother, saya nampak ada sedikit persamaan dgn ibunya; I have not the ~st idea about it, saya tdk tahu sedikit pun tentangnya. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : adj 1. secluded, terpencil: a ~ village in the Andes, sebuah kampung terpencil di Pergunungan Andes; the ~st parts of the world, bahagian-bahagian paling terpencil di dunia; 2. distant, a. (in time), [various translations]: the ~ future, masa depan yg jauh lagi; the ~ past, masa lampau yg lama dahulu; b. (in space) nan jauh: the ~ stars, bintang-bintang nan jauh; 3. distant in relationship or kinship, jauh: a ~ relative, saudara jauh; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata remote


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Installation is just a few clicks away. No need to configure Routers or Firewalls for PC remote access. Installation on a remote PC is optional. Friendly web-based interface.Harap maaf, pihak kami tidak memahami soalan yang dikemukakan oleh sdr. Sila gunakan Bahasa Melayu yang betul dan soalan yang diajukan pula hendaklah jelas. Harap maklum.Lain-lain07.10.2010
Please advise the malay translation for below: 1) Hypoallergenic 2) Remote control in hospitalPadanan bahasa Melayu untuk perkataan yang dikemukakan adalah seperti yang berikut:
1. hypoallergenic - hipoalergenik . Maksud perkataan ini dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan ialah "tidak menimbulkan alahan".
2. remote control in hospital - kawalan jauh di hospital
Istilah19.03.2013
Assalamualaikum wrt. wbt. ang manakah lebih tepat untuk digunakan dalam prosedur permohonan data remote sensing : i) Nyata sebab-sebab imej satelit berkenaan diperlukan atau ii) Nyatakan kenapa imej satelit berkenaan diperlukan. Terima kasih.Ayat yang paling tepat ialah "Nyatakan sebab-sebab imej satelit berkenaan diperlukan". Tatabahasa23.05.2011
Penggunaan perkataan diperoleh atau diperolehi dan ditentusah atau ditentusahkan dalam : Data primer yang diperoleh/diperolehi daripada analisis imej satelit remote sensing ditentusah/ditentusahkan menggunakan kaedah lazim di lapangan. Terima kasih.Yang betulnya ialah diperoleh. Ditentusahkan dalam ayat tersebut kurang tepat. Cadangan kami ialah disahkan. Dalam ayat tersebut juga, perkataan Inggeris hendaklah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu atau ejaannya disengetkan.Tatabahasa12.01.2009
Saya cuba membuat pencarian kata tetapi mesej berikut terpapar : ERROR [08004] [IBM] SQL30061N The database alias or database name "SPMB " was not found at the remote node. SQLSTATE=08004 Apakah masalah dan cara penyelesaiannya?

Masalah ini adalah masalah  teknikal dan pihak kami akan mengajukan perkara ini kepada Bahagian Sistem Maklumat DBP untuk tindakan lanjut.

Lain-lain19.06.2009
Jika tiada imbuhan 'nir' digunakan dalam bahasa melayu yang membawakan maksud 'tiada' kenapa dalam pangkalan data DBP ada penggunaan 'nir'. Contoh dalam lampiran, 'off air' = 'nir' udara dan Wireless Remote Control = Alat Kawalan 'Nir' Dawai. Jika Wireless adalah wayarles kenapa dalam istilah alat kawalan ia adalah nir dawai. Kenapa off air adalah nir udara. Apakah maksud nir di sini? Kenapa 'nir' tidak sesuai digunakan dalam istilah cashless = nirtunai? wireless = nirwayar?. Kalau Wireless boleh jadi wayarles, cashless boleh la jadi tunailes?Salam sejahtera,

Tuan,
Berdasarkan Jawatankuasa Istilah telah memutuskan pemilihan perkataan yang sesuai bagi padanan dalam bahasa Melayu seperti yang terakam di dalam Kamus Dewan.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain20.02.2019
Assalammualaikum, soalan yang saya tanya masih tidak terjawab dan saya tidak faham apa jawapan pihak DBP. Jadi, adalah boleh nir digunakan dalam bahasa melayu seperti DBP gunakan off-air kepada nir-siar dan wireless remote control kepada alat kawalan nirdawai. Soalan saya adalah boleh atau tidak? Jika boleh bagus, jika tidak, kenapa dalam DBP ada penggunaan nir tetapi orang ramai tidak boleh gunakan nir?Dalam data rujukan kami, nir bukan bentuk imbuhan terikat yang diterima dalam bahasa Melayu di Malaysia. Nir ialah bentuk terikat yang berasal daripada bahasa Indonesia. Kita seharusnya mengutamakan penggunaan bahasa Melayu di Malaysia sendiri, iaitu menggunakan perkataan tanpa atau yang bersesuaian dengan konteks. Penggunaan istilah nir  hanya ditemui dalam bidang komunikasi massa.Tatabahasa27.02.2019

Kembali ke atas