Bagaimana menulis rujukan berikut: Alison, L.J., Snook, B. and Stein, K.L., 2001, 'Unobtrusive Measurement: Using Police Information for Forensic Research', Qualitative Research, vol. 1, no. 2, pp.241-54 ke dalam B Malaysia. Terima kasih. | Sdr. Liza, Dalam Bahasa Melayu, penulisan bibliografi yang saudara berikan itu ialah seperti yang berikut: Alison, L.J., Snook, B. dan Stein, K.L., 2001. Unobtrusive Measurement: Using Police Information for Forencis Research. Kajian Kualitatif, jil.1, bil. 2, hlm. 241-54. (Selepas hlm. 241-54, mohon masukkan kajian kualitatif ini dilakukan di mana - masukkan tempatnya, contoh: hlm. 241-54. Jabatan Kajian Forensik, Universiti Malaya. | Lain-lain | 12.01.2010 |
Saya pelajar research, saya hendak buat kajian atas buku-buku cerita terbitan DBP iaitu Alah Bisa Tegal Biasa, Patah Tumbuh Hilang Berganti, Hendak Seribu Daya, Tak Nak Seribu Dalih dan Bagaimana Acuan Begitulah Kuihnya. Boleh nyatakan anugerah, pengiktirafan atau kekuatan pemilihan buku cerita peribahasa ini? terima kasih | Secara umumnya, kelima-lima judul ini memperkenalkan peribahasa dalam kalangan kanak-kanak melalui cerita yang disampaikan. Semua judul ini menonjolkan nilai-nilai murni seperti kasih sayang, sikap bertanggungjawab dan kejujuran. Persembahan dalam bentuk buku bergambar juga dapat menarik minat pembaca sasaran, iaitu kanak-kanak. Semua judul ini juga diterjemahkan dalam bahasa Inggeris untuk pasaran luar negara. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi pegawai Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja melalui talianutama DBP, iaitu 03-2147 9000. | Sastera | 09.01.2025 |
Salam, Saya ingin bertanya 1) apakah padanan paling sesuai untuk 'personalised'. Contoh ayat : 'The portal content should be personalised for each user/business profile based on their needs and interests' 2) apakah padanan untuk 'desk research' atau 'desktop research'? terima kasih | Padanan bahasa Melayu bagi istilah personalized ialah diperibadikan dan istilah desk research ialah penyelidikan dalam. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 02.10.2023 |
Apakah terjemahan Bahasa Melayu untuk istilah penyelidikan dan pembangunan (R&D) berikut: (1) Applied Research (2) Experimental Development Terima kasih. | Cadangan terjemahan yang sesuai bagi perktaan yang diberikan ialah: Applied Research - Penyelidikan Gunaan Experimental Development - Pembangunan Eksperimen
| Makna | 04.03.2021 |
Apakah terjemahan yang terbaik untuk "groundbreaking". COntoh ayat: "...groundbreaking research into fertility problems" | Kami mencadangkan padanan bahasa Melayu untuk "groundbreaking" ialah perintis, "...penyelidikan perintis dalam masalah kesuburan" berdasarkan frasa "...groundbreaking research into fertility problems". Walau bagaimanapun, penggunaan perkataan berdasarkan kesesuaian konteks ayat. | Makna | 08.11.2019 |
Apakah istilah yang paling tepat untuk terjemahan 'trip making research' dalam bahasa melayu? Adakah 'kajian pembuatan perjalanan' menepati terjemahan tersebut? (Untuk makluman tuan, kajian 'trip making' adalah perbuatan melakukan perjalanan atau membincangkan tentang bagaimana individu membuat rutin perjalanan mereka setiap hari (tempat kerja, sekolah, membeli-belah dsbnya). Terima kasih. | Belum ada istilah lagi untuk "trip making research". "Kajian pembuatan perjalanan" tidak berapa sesuai kerana gabungan "pembuatan" dengan kata kerja "perjalanan" tidak gramatis. Kami cadangkan beberapa padanan yang mungkin sesuai: - kajian perjalanan - kajian rutin perjalanan - kajian kaedah perjalanan - kajian pengurusan perjalanan | Istilah | 25.04.2014 |
Adakah DBP pernah menjalankan Research mengenai SMS: adakah ianya membawa keburukan kepada Bahasa Melayu? | Penggunaan bahasa Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang tidak terkawal dan sewenang-wenangnya oleh pengguna SMS telah melahirkan kerisauan kepada ahli bahasa kerana gejala ini telah memberikan kesan terhadap perkembangan bahasa Melayu. Atas kesedaran tersebut, DBP telah menganjurkan "Seminar Penyelidikan: Perkembangan dan Pengaruh SMS Terhadap Bahasa Melayu" pada 19 April 2005. Lanjutan daripada seminar tersebut, DBP telah menerbitkan risalah Panduan Singkatan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) Bahasa Melayu. Risalah ini diharapkan dapat dijadikan panduan dalam penulisan SMS yang standard. | Lain-lain | 21.06.2010 |
penggunaan bahasa SMS dan implikasinya terhadap bahasa Melayu (research articles) kalau ada. | Saudara Johanis, Untuk mendapatkan makalah tentang perkara ini saudara perlu membuat kajian dan rujukan di perpustakaan atau di pusat sumber di tempat saudara. | Lain-lain | 26.05.2010 |
Hi Dewan Bahasa, I would like to translate my research questionnaire from English to Malay. May I know do you provide the translation service? | Selamat sejahtera tuan/puan, Untuk makluman, DBP tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu atau daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris. Mohon tuan/puan menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-9226 2506. | Lain-lain | 17.01.2018 |
request for assistant to translate questionnaire to Malay for thesis /research. | Dimaklumkan bahawa, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka TIDAK menjalankan khidmat penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) melalui: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia, Wisma ITBM, 2, Jalan 2/27e, Seksyen 10 Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Malaysia Telefon: 03-4145 1800 / E-mel: info@itbm.com.my Penterjemahan: salesonline@itbm.com.my / Telefon: 03-4145 1942 ATAU Sila layari pautan http://kndbp.dbp.gov.my/nb_halaman_utama.aspx untuk hubungkan anda kepada laman sesawang ITBN. | Penyemakan dan penterjemahan | 11.01.2023 |