Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata residensi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maksud RESIDENSI

Perkataan RESIDENSI hanya digunakan dalam penamaan bangunan sahaja. Contohnya RESIDENSI MUTIARA, RESIDENSI KEMBOJA dan sebagainya. Bagi residensi dalam ayat hendaklah menggunakan perkataan kediaman.
Lain-lain15.02.2017
Assalam Tn Saya Zainal Ariff (0104007090) dari Jururancang Bandar (Zas Planner) ingin mendapat terhadap penggunaan bahasa untuk dijadikan nama taman perumahan yang kami cadangkan di kawasan MBSA, Shah Alam Nama-nama yang kami cadangkan adalah seperti berikut :- 1.Sinaran Residensi 2. Utopia Residensi 3. Seri Sinar Residensi 4. Seri Unggul Residensi Diharapkan pihak tuan dapat memberi ulasan terhadap cadangan di atas dengan kadar segera dan diucapkan ribuan terima kasih.1. Residensi Sinaran 
2. Residensi Utopia
3. Residensi Seri Sinar
4. Residensi Seri Unggul
Tatabahasa17.10.2017
Saya ingin bertanya jika boleh menggunakkan perkataan residensi bagi menggantikan perkataan bahasa inggeris ‘Residency’? seperti menamakan nama pangsapuri
Perkataan RESIDENSI hanya digunakan dalam penamaan bangunan sahaja. Contohnya RESIDENSI MUTIARA, RESIDENSI KEMBOJA dan sebagainya. Bagi residensi dalam ayat hendaklah menggunakan perkataan kediaman.
Lain-lain25.04.2021
Salam 1 Malaysia, Saya ingin bertanya jika perkataan 'Residensi' wujud sebagai ganti nama Bahasa Inggeris 'Residency'? Perkataan tersebut banyak dilihat di pangsapuri-pangsapuri di Malaysia. Sekian. Terima kasih.Untuk makluman, perkataan "Residensi" boleh digunakan untuk penamaan bangunan atau taman. Walau bagaimanapun, perkataan "Residensi" mesti diletakkan di depan, contohnya Residensi Tunas. Tunas Residensi adalah salah kerana mengikut bentuk bahasa Inngeris, iaitu "Tunas Residency".Tatabahasa19.06.2015
Jabatan kerap menerima permohonan daripada pemaju untuk menggunakan perkataan 'Residensi' dalam urusan penamaan nama taman/bangunan. Adakah perkataan ini boleh/sesuai digunakan bagi pembangunan berstrata atau bukan berstrata. Sebagi contoh, 'Tunas Residensi' yang berasaskan kepada nama syarikat/pemaju.Untuk makluman, perkataan "Residensi" boleh digunakan untuk penamaan bangunan atau taman. Walau bagaimanapun, perkataan "Residensi" mesti diletakkan di depan, contohnya Residensi Tunas. Tunas Residensi adalah salah kerana mengikut bentuk bahasa Inngeris, iaitu "Tunas Residency".Lain-lain11.06.2013
maksud residensi dalam bahasa melayuPerkataan residensi tiada dalam bahasa Melayu. Jika saudara maksudkan residency dalam bahasa Inggeris, padanannya dalam bahasa Melayu ialah kediaman, tidak dieja sebagai residensi.Istilah29.01.2010
Pihak UiTM ingin menamakan satu bangunan dengan nama berikut iaitu: Bangunan Residensi Yayasan LTAT-UiTM Adakah perkataan Residensi tersebut wujud dan boleh digunakan? Sekiranya tidak boleh syorkan perkataan yang sesuai untuk digunakan. Terima kasih.

Untuk makluman, perkataan "Residensi" tidak sesuai digunakan untuk penamaan bangunan yang dimaksudkan.

Kami mencadangkan penggunaan perkataan “Residensi” ditukarkan kepada perkataan lain yang bersesuaian, contohnya “Kediaman” atau nama lain yang lebih lunak, seperti “Puri Kencana”, “Puri Sutera”, “Puri Anggerik”, “Inapan Purnama” dan lain-lain.

Sila buat permohonan penamaan melalui laman web DBP Sah Bahasa www.dbpsahbahasa.my

Lain-lain15.04.2024
nak tahu maksud 'RESIDENSI'Perkataan residensi tiada dalam bahasa Melayu. Jika saudara maksudkan residency dalam bahasa Inggeris, padanannya dalam bahasa Melayu ialah kediaman, tidak diterjemahkan menjadi residensi.Makna30.11.2010
Soalan berkenaan penamaan unit kediaman pelajar dan organisasi prlajar di kolej kediaman. Yang manakah lebih tepat. 1. Residen Pelajar Makmur atau Residensi Pelajar Makmur? 2. Perwakilan Mahasiswa Residen Pelajar Makmur atau Perwakilan Mahasiswa Residensi Pelajar Makmur? Terima kasihFrasa yang betul ialah:

Residensi Pelajar Makmur
Perwakilan Mahasiswa Residensi Pelajar Makmur
Ejaan09.02.2021
ADAKAH PERKATAAN RESIDENSI BOLEH DIGUNAKAN UNTUK NAMA SKIM PEMBANGUNAN, BANGUNAN DAN TAMAN?Untuk makluman, perkataan "Residensi" boleh digunakan untuk nama skim pembangunan, penamaan bangunan atau taman sahaja. Penggunaan perkataan ‘kediaman’ perlu digunakan untuk merujuk kata am, contoh dalam ayat: Pemaju membina banyak kediaman di kawasan bukit (betul). Ayat Pemaju membina banyak residensi di kawasan bukit (salah).Istilah07.03.2018
123

Kembali ke atas