| Saya ingin bertanya mengenai perkataan resilient. Bolehkah saya menggunakan perkataan tersebut untuk menggambarkan sifat peribadi individu seperti semangat tidak mudah lentur atau ada perkataan lain yang boleh menggambarkan sifat individu? | Perkataan "resilient" boleh digunakan untuk menggambarkan semangat tidak mudah lentur. | Makna | 07.11.2021 |
| MOHON PANDANGAN PIHAK DBP DALAM MENGGUNAKAN PERKATAAN RESILIENT DALAM BAHASA MELAYU LEBIH TEPAT MAKSUD DAYA TAHAN ATAU KETAHANAN? PERKATAAN INI AKAN DIGUNAKAN DALAM BIDANG SOSIOLOGI. OLEH ITU, YANG MANA PALING TEPAT UNTUK DAYA TAHAN ATAU KETAHANAN? | Mohon berikan contoh perkataan yang ingin diterjemahkan dalam bahasa Melayu dalam bentuk ayat agar pihak kami boleh memberikan terjemahan yang baik dan betul mengikut konsep ayat. | Lain-lain | 01.08.2022 |
| Salam sejahtera. Saya adalah pelajar PhD UPM. Kajian saya ialah mengenai Resiliens (daya tahan) guru-guru novis (baharu). Soalan saya : i. Adakah saya boleh guna perkataan Resiliens atau resilien sebagai ganti perkataan daya tahan kerana dalam kajian-kajian luar negara, istilah resilience /resilient lebih sinonim. ii. bolehkah juga saya guna perkataan novis bagi menggantikan baharu. mohon pencerahan dari pihak tuan. terima kasih | Untuk makluman, istilah resilien atau resiliens digunakan dalam bidang Perubatan. Sementara istilah novis terdapat dalam bidang Teknologi Maklumat. Oleh itu, kami mencadangkan puan menggunakan istilah daya tahan atau ketahanan untuk resilience dan baharu untuk novice kerana istilah tersebut lebih mudah difahami dan menepati konsep yang dikemukakan. | Istilah | 06.09.2011 |