Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : ~ to, mengambil jalan keluar dgn + approp v: many of the unemployed ~ed to crime, ramai penganggur yg mengambil jalan keluar dgn melakukan jenayah; the workers will ~ to strike action if their demands are rejected, pekerja-pekerja akan mengambil jalan keluar dgn melakukan mogok sekiranya tuntutan-tuntutan mereka ditolak. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vi (fml) dikunjungi: the places to which tourists ~, tempat-tempat yg dikunjungi pelancong; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. frequently visited holiday place, tempat peranginan: a seaside ~, tempat peranginan di tepi laut; Gstaad is a famous skiing ~, Gstaad ialah tempat peranginan luncur salji yg termasyhur; 2. recourse, jalan, cara: the police could not disperse the demonstrators without ~ to force, pihak polis tdk dapat menyuraikan penunjuk-penunjuk perasaan itu tanpa menggunakan jalan paksa; my only ~ was to seek her advice, satu-satunya cara adalah dgn meminta nasihatnya; /as a, as o’s, in the/ last ~, sbg jalan terakhir: we shall use violence only as a last ~, kami akan menggunakan kekerasan hanya sbg jalan terakhir; in the last ~ you can borrow money from your father, sbg jalan terakhir, kamu boleh meminjam wang drpd bapamu; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata resort


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimanakah 'resort lifestyle' harus diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia?Tuan/Puan boleh kemukakan soalan ini kepada Persatuan Penterjemah Negara untuk mendapat jawapan yang lebih tepat. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan "Gaya Hidup Resort".Penyemakan dan penterjemahan03.09.2014
Saya ingin mengetahui maksud istidah "e" atau "i" yang sering diletakkan dihadapan sesuatu perkataan. Contohnya, e-dagang, e-perolehan, i-resort. Saya terlihat satu iklan projek perumahan yang yang bernama Selesa Apartment dan kemudiannya semasa projek tersebut giat dibangunkan oleh pemaju tersebut, iklan kedua projek tersebut ditukarkan ke nama baru Selesa 'i-Resort' Apartment. Apa pandangan atau yang difahami oleh pihak tuan terhadap kualiti kemudahan yang terdapat (disediakan) di apartment tersebut dan apa yang dimaksudkan dengan i-Resort tersebut.. Terima kasih.Maksud "e" di awal perkataan tersebut ialah "elektronik" Bagi "i" di awal perkataan, diharap pihak saudara boleh menghubungi pihak resort yang berkenaan.Tatabahasa12.12.2007
maksud hotel,resort,chalet,motel,hostel,INN hotel,TRAVEL hotel,CITY hotel,SPA hotelMaksud ungkapan yang saudara perlukan adalah seperti yang berikut: 1.hotel-bangunan tempat penginapan yg menyediakan makanan dan perkhidmatan-perkhidmatan lain utk orang luar yg datang mengunjungi sesuatu tempat.2.resort-tempat peranginan.3.motel-hotel yg dibina berhampiran dgn jalan raya, dan menyediakan kemudahan khas, terutamanya tempat letak kereta yg berhampiran dgn bilik penyewa. 4. hostel- bangunan tempat penginapan utk pelajar dll, asrama. 5.INN hotel-hotel murah.6.TRAVEL hotel-hotel kembara.7.CITY hotel-hotel bandar. 8.SPA hotel-hotel SPA. l,INN hotel,TRA,CITY hotel,SPA hotelMakna22.08.2007
Adakah kosa kata "chalet" dan "resort" telah menjadi sebahagian daripada kosa kata dalam bahasa Melayu? Jika tidak apakah terjemahan yang tepat?Calet ialah rumah yang dibuat dripada kayu sebagai tempat penginapan sementara pelancong. Kata ini telah digunakan sebagai kosa kata bahasa Melayu. Sementara 'resort' bermakna tempat peranginan. Kata ini tidak dijadikan kosa kata bahasa Melayu.Makna26.12.2006
Saya ingin menubuhkan persatuan. Cadangan nama persatuan ialah: PERSATUAN PEMILIK APARTMEN TIARA BAY RESORT PORT DICKSON Adakah nama persatuan diatas betul dari segi bahasa, ejaan, nahu dan dll. Terima kasihCadangan nama diperakui betul dan mengikut struktur bahasa Melayu.Lain-lain09.03.2011
BALAI RASMI LEMBAGA ADAT UNDANG NANING KE 19 LOT NO 190 PERSIARAN BUNGLO A' FAMOSA RESORT 78000 ALOR GAJAHUntuk pengesahan iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama puan perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya.Lain-lain23.01.2015
Assalamualaikum. Betulkah jika "leading question" diterjemahkan sebagai "soalan memimpin"? Ayat penuh: "leading questions should be employed only as a last resort" Terima kasih.Salam. Merujuk kepada istilah kami yang ada "leading question" merujuk kepada “soalan pimpinan”.  Dalam data DBP, istilah ini terdapat dalam bidang sejarah, undang-undang, pendidikan dan kependudukan. Biasanya digunakan dalam perbicaraan di mahkamah. Oleh itu, istilah yang sesuai ialah “soalan pimpinan”.Istilah24.05.2017
Salam sejahtera, Apakah terjemahan bagi "Pax"? Frasa ini tidak terkandung dalam DBP. Menurut sumber-sumber dibawah, "pax" bermaksud "passengers" (dalam industri penerbangan) atau "persons/occupants" (dalam hotel/resort) Sumber maksud "Pax": http://www.oxforddictionaries.com/definition/american_english/pax#pax-2 http://forum.wordreference.com/showthread.php?t=2271979. Contoh ayat: Each course about 20pax Adakah frasa ini boleh diterjemahkan sebagai "Paks"? Sila berikan pendapat anda. Mohon bantuan DBP. Semoga DBP dapat juga menambahkan terjemahan "Pax" ini di tapak web anda untuk kemudahan pengguna. Terima kasih.

Terjemahan bagi perkataan pax mengikut konteks seperti dalam ayat Each course about 20pax ialah ‘orang’. Kami mengambil maklum cadangan puan dan terima kasih.

Penyemakan dan penterjemahan09.02.2015
Salahhuddin Salleh Askm... sya tak tau nak tnya mana.. tp sya cuba di sini dulu... anak saya pemenang johan bercerita cerita2 rakyat peringkat kbgsaan thun lepas.. kami dijanjikan hadiah tiket utk sekeluarga ke bkt merah lake town resort. ... tp shgga skrg tiada apa2 berita.. di mana boleh saya rujuk ya?Waalaikumussalam. Untuk makluman saudara, untuk pertandingan tersebut DBP hanya menyediakan hadiah wang tunai, dan urusan penyerahan hadiah telah diselesaikan pada tahun lepas lagi. Manakala hadiah tiket ke Bukit Merah disediakan oleh Kolej Perkembangan Awal Kanak-kanak. Mohon hubungi pegawai projek, Puan Nor Hidayah Ilias di talian 03-21479703. Terima kasih.Lain-lain18.04.2014

Kembali ke atas