Penggunaan terjemahan yang sesuai untuk i. Second Hand Smoke. Bolehkah saya menggunakan Asap Rokok Basi @ Asap Rokok Sekunder? ii. Third Hand Smoke. Bolehkah saya menggunakan sebagai Asap Rokok Tertier? Adakah betul terjemahan yang saya gunakan? | Berdasarkan penjelasan tuan, cadangan terjemahan kami berdasarkan konsep yang berkaitan adalah seperti yang berikut: 1. "second hand smoke" = Asap Rokok Sekunder 2. "third hand smoke" = Asap Rokok Tertier | Penyemakan dan penterjemahan | 04.12.2015 |
Salam sejahtera. Apakah terjemahan lebih sesuai bagi "mentholated cigarette", sama ada rokok bermentol atau rokok berperisa mentol? Terima kasih | Terjemahan yang sesuai bagi istilah "mentholated cigarette" ialah rokok berperisa mentol | Makna | 26.09.2016 |
Kebakaran itu berlaku akibat daripada puntung rokok. atau Kebakaran itu berlaku adalah akibat puntung rokok. atau Kebakaran itu berlaku akibat puntung rokok. perlu ke guna kata 'daripada' selepas akibat ? | Ayat yang betul ialah 'kebakaran itu berlaku akibat puntung rokok'. Tidak perlu menggunakan kata 'daripada' selepas penggunaan kata 'daripada'. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk rujukan lanjut. Harap maklum. | Tatabahasa | 13.09.2007 |
Salam sejahtera. Bolehkah saya tahu istilah yang lebih tepat bagi "secondhand smoke", iaitu asap yang dikeluarkan oleh perokok. Saya terjumpa beberapa penggunaan seperti asap rokok basi dan asap rokok sekunder. Manakah yang lebih sesuai? Terima kasih. | Istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah asap rokok sekunder. | Istilah | 14.09.2016 |
Saya ingin bertanya apakah istilah yang tepat untuk penggunaan vape ...... adakah menghisap vape atau menggunakan vape ? Seperti yang kita sedia maklum, perbuatan menghisap rokok adalah merokok. Bagaimana pula dengan vape atau rokok elektronik? | Cadangan istilah bagi penggunaan "vape" ialah "mengewap". | Penyemakan dan penterjemahan | 30.11.2015 |
Sekiranya saya ingin merujuk kepada 'a small pack of batteries/cigarettes' dalam Bahasa Melayu, yang manakah lebih tepat? Satu paket atau satu peket bateri/rokok? Atau kedua-duanya boleh digunakan? | Penggunaan yang betul ialah satu peket bateri/rokok. | Tatabahasa | 25.12.2019 |
Kepada orang ramai, individu atau sesiapa yang membuang sampah puntung rokok, kertas tisu, pembungkus makanan, tin, botol, kotak, bekas minuman dan sebagainya di merata-rata tempat atau ditempat awam adalah menjadi satu kesalahan di bawah seksyen 47 (1) (a) Akta Jalan, Parit dan Bangunan1974 (Akta 133). Sila ambil perhatian bagi kesalahan ini boleh dikenakan kompaun sehingga RM 500 atau kompaun RM 10.00 serta merta. Saya ingin menyemak penggunaan kesemua perkataan ini dengan betul. | Setelah dibuat pembetulan - Perbuatan membuang sampah di tempat awam termasuklah puntung rokok, kertas tisu, pembungkus makanan, tin, botol, kotak, bekas minuman dan sebagainya merupakan satu kesalahan di bawah seksyen 47 (1) (a) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133). Setiap kesalahan ini boleh dikenakan denda sehingga RM500.00 atau RM10.00 serta-merta di tempat kejadian. | Tatabahasa | 02.07.2008 |
hi | Pembetulan: Kedai Rokok Elektronik. Setelah dibuat pembetulan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Tatabahasa | 22.09.2015 |
hi, papan iklan | Pembetulan: Kedai Rokok Elektronik. Setelah dibuat pembetulan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Tatabahasa | 22.09.2015 |
boleh e-mailkan saya contoh karangan fakta berkaitan persekitaran bebas rokok ? | Sila rujuk bahan inji :1. Larangan merokok di sekolah :apa sumbangan kita ? Hasan Baseri Budiman Dewan Masyarakat 01/08/1997 2. Kesan dan bahaya merokok Dewan Masyarakat 01/10/1998 3. Implikasi larangan merokok Abdul Ghani Awang Dewan Masyarakat 01/10/1994 4. Menghapuskan tabiat merokok Siti Khalijah Mahamud Dewan Siswa 01/01/1995 . 5.Kempen Antimerokok Ismail Restu Dewan Sastera 01/04/2004 | Lain-lain | 28.07.2007 |