Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.lam] | سلام

Definisi : 1. sejahtera (dlm kata majmuk), damai; 2. (pemberian) hormat, (penyataan) hormat: baginda duduk di atas kuda, melambai-lambai membalas ~ rakyat baginda; ~ takzim salam dan hormat; berjabat ~ ber-jabat tangan; memberi ~ mengucapkan kata hormat (spt assalamualaikum dsb); bersalam berjabat tangan: ia telah dikerumuni oleh orang-orang yg ingin ~ dengannya; bersalaman, bersalam-salaman saling ber-tukar salam (berjabat tangan): kami ~ sambil bertukar senyum; menyalami bersalam dgn: dia ~ lelaki tua itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.lam] | سلام

Definisi : sj tumbuhan (pokok), jiwat, Eugenia cumini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.lam] | سلام

Definisi : Id salmon. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.lam] | سلام

Definisi : 1 aman damai; sejahtera (biasanya digunakan dlm kata majmuk saja): darussalam negeri yg aman damai. 2 tanda menghormati seseorang ketika bertemu, sama ada dgn perkataan atau dgn perbuatan: Dia membalas ~ sahabat-sahabatnya. memberi ~ memberi hormat dgn mengucapkan assalamualaikum dll. bersalam berjabat tangan (tanda memberi hormat): Sebelum berangkat, baginda telah ~ dgn penduduk-penduduk kampung itu. bersalam-salaman saling berjabat tangan; saling memberi salam: Kami ~ dahulu sebelum mengadakan mesyuarat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
salam
1. Bersinonim dengan kata hormat
( ucap selamat, tabik, )
(kata nama:)
Berantonim dengan makian

2. Bersinonim dengan sejahtera
( damai, sakinat, aman, tenang, harmoni, sentosa, sejahtera, tenteram, rukun, selamat, )
(adjektif:)
Berantonim dengan huru-hara

Kata Terbitan : bersalam, bersalaman, bersalam-salaman,

Puisi
 

Assalamualaikum salam,
     Kayu birah dimakan api;
Siapa lalu semalam,
     Baju merah gelang di kaki.


Lihat selanjutnya...(13)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimana penulisan "waalaikumsalam" yang betul? Adakah ia waalaikumsalam, wa alaikum salam, waalaikum salam, atau wa 'alaikumus-salam?Ejaan yang betul ialah waalaikumussalamEjaan27.11.2021
Salam dan salam sejahtera..boleh saya tahu ada tak buku kisah2 nabi yg dari terbitan DBP utk bacaan kanak2 prasekolah?boleh bg contoh gmbr dan tajuk..terima kasihUntuk makluman saudara, tiada buku kisah-kisah nabi yang diterbitkan khas untuk bacaan kanak-kanak prasekolah oleh DBP. Walau bagaimanapun, saudara boleh mendapatkan Buku Kumpulan Cerita Sahabat Nabi Pemegang Pedang Rasulullah melalui portal dbpniaga.my, Saudara juga boleh mendapatkan maklumat penerbitan DBP yang lain melalui portal tersebut.Lain-lain15.06.2023
Selamat sejahtera, kenapa bahasa Melayu hari ini dilihat banyak menyempitkan makna perkataan? Contohnya dlm perkataan "salam". Dpt diperhatikan, kata "salam" hanyalah digunakan dlm golongan kata iaitu kata sifat dan kata nama semata-mata, padahal perkataan itu juga boleh diperluaskan dan digunakan dlm bentuk kata seru, tak salah sekiranya dipadankan dgn kata seru "helo", "hai" dan "selamat tinggal" memandangkan hal itu dpt dibuktikan dgn penggunaannya sehari-hari khususnya dlm masyarakat Nusantara ini sendiri yg byk menggunakannya sbg kata seruan. Contohnya ialah, "Salam, saya dari Johor!". Sekian.

Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020:1936) kata salam diberikan takrifan seperti yang berikut:
salam1
سلام

kata nama
1
ungkapan tertentu spt “assalamualaikum”, “selamat pagi” dan “salam sejahtera” yg diucapkan sbg tanda hormat kpd sso ketika bertemu, sebelum memulakan ucapan dsb:
Dia langsung tidak menjawab salam yg kuberikan.◊Aku mengucapkan salam saat bertemu dengannya.
2
tangan yg dihulurkan utk berjabat dgn sso sbg tanda hormat ketika mula bertemu atau hendak berpisah:
Dia tidak akan menghulurkan salam kpd perempuan yg bukan mahramnya.
3
ungkapan “assalamulaikum” yg disebut apb memalingkan muka ke kanan dan ke kiri sebelum mengakhiri solat;
4
digunakan dlm ucapan, surat dsb, utk menyatakan sst perasaan, meraikan sso atau sst peristiwa dll:
Salam Aidilfitri buat ayahanda dan bonda di kampung.◊Terimalah salam sayang drp kami di perantauan.

kata adjektif

5
aman damai atau sejahtera:
suasana yg salam;

salam kaut, salam keruk
bahasa basahan
perbuatan bersalaman sambil menghulurkan wang oleh tetamu kpd tuan rumah, terutamanya ketika kenduri kahwin:
Salam kaut ini seolah-olah sudah menjadi budaya setiap kali menghadiri majlis perkahwinan.

salam takzim
ucapan salam sbg tanda hormat kpd sso atau sst pihak:
Saya mengambil kesempatan ini utk menyampaikan salam takzim Yang Berhormat, yg tidak dapat hadir pd pagi ini.

2. Oleh sebab itu, salam dalam ayat "Salam, saya dari Johor!" masih berkelas kata nama, dan maknanya terkandung dalam pecahan makna keempat iaitu ungkapan yang digunakan dalam ucapan, surat dan sebagainya, untuk menyatakan sesuatu perasaan, meraikan seseorang atau sesuatu peristiwa dan lain-lain.

3. Dalam Tatabahasa Dewan (DBP, 2008: 255) menyatakan kata seru ialah bentuk kata yang berfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan dan digunakan dalam ayat seruan. Contoh kata seru ialah: aduh, amboi, cis, oh, celaka, eh, wah, syabas, aduhai, wahai, dan sebagainya.

Penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut:
44. Aduh, sakitnya kakiku!
45. Cis, terimalah tikamanku!
46. Celaka, habis tanamanku dimusnahkannya!

4. Dalam mana-mana bahasa, makna unit leksikal dalam lingkungan domain tunggal dapat dihubungkan dengan satu sama lain mengikut empat cara yang asas iaitu: perhubungan itu mungkin (1) menular, (2) bertindihan, (3) terkandung, dan (4) saling melengkapi. Kata ‘salam’ dikatakan berbeza daripada kata ‘hai’, ‘hello’ dan ‘selamat tinggal’ kerana fitur dalam domain tunggalnya tidak berhubung dengan kata-kata tersebut. Secara mudahnya, makna unit leksikal kata ‘salam’ tidak sepadan dengan makna kata ‘hai’, ‘helo’ dan ‘selamat tinggal’. Oleh hal demikian, kata ‘salam’ tidak dapat dikelaskan dalam golongan kata seru.

5. Dalam proses peminjaman kata, penyempitan makna atau peluasan makna berlaku dalam bahasa sasaran. Bahasa Melayu juga tidak terkecuali dalam proses pemberian makna sesuatu kata, khususnya dalam penganalisisan makna setiap kata yang dipinjam atau diserap. Contoh kata pinjaman yang mengalami perbezaan makna daripada bahasa asalnya ialah aljabar, amaun, beta, gahara dan grenad. Sila rujuk maklumat etimologi dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020).

Makna02.08.2022
Salam. Apakah perkataan yang sesuai untuk "Match" atau perlawanan dalam Bahasa Melayu? Saya nak perkataan yang lagi pendek dari perlawanan (kurang 7 aksara, jika ada)

Perkataan yang sesuai dalam bahasa Melayu untuk "match" ialah "lawan". Perkataan "lawan" lebih pendek daripada "perlawanan". Perkataan "lawan" masih membawa maksud yang jelas berkaitan dengan perlawanan atau pertandingan.


Contoh ayat dari konteks sukan atau pertandingan:

1. "Pemain tersebut menunjukkan prestasi yang luar biasa ketika berhadapan dengan lawan yang lebih berpengalaman."


Contoh ayat dari konteks perbandingan atau persaingan:

1. "Dalam dunia perniagaan, syarikat ini sentiasa menghadapi lawan yang sangat kompetitif."






Ejaan24.10.2025
Salam sejahtera. Maaf, saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak tuan sama ada penggunaan kata sendi nama “ke” dan “di” bagi kedua-dua ayat di bawah betul (mengikut konteks), atau hanya ayat (a) yang diterima sebagai betul. (a) Ali berjalan kaki ke taman yang berhampiran rumahnya. (Maksud: menuju ke taman dengan berjalan kaki) (b) Ali berjalan kaki di taman yang berhampiran rumahnya. (Maksud: sedang berjalan kaki di taman)

Penggunaan kata sendi nama yang betul dalam ayat yang diberikan ialah ke. Kata sendi nama ke digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju.  

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008), halaman 266.

Tatabahasa28.10.2025
Salam Tuan/Puan, Apakah perkataan hikmah /hikmat , kedua-dua sama erti dan penggunaannya. Terima kasihHikmah bermaksud:

1   kebijaksanaan
2.    kelebihan atau kebaikan yang tersembunyi daripada sesuatu kejadian yang berlaku.
3.    Kelebihan atau kebaikan yang ada pada sesuatu larangan, amalan dan lain-lain.


Hikmat bermaksud:

1.
    kelebihan atau kebaikan yang tersembunyi daripada sesuatu kejadian yang berlaku.
2.    kebijaksanaan
3.    kesaktian atau kuasa luar biasa yang dimiliki oleh seseorang atau sesuatu.
4.    (berkenaan dengan sesuatu) mempunyai kesaktian atau kuasa yang luar biasa.

Penggunaan perkataan “hikmah” dan “hikmat” perlu disesuaikan mengikut konteks ayat.



Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 770.




Ejaan23.10.2025
Salam sejahtera, saya ingin menyemak sama ada boleh digunakan perkataan dalam bahasa Kelantan pada papan tanda kedai. Untuk informasi bahasa Kelantan yang saya gunakan adalah sebagai Trademark dan bukanlah nama syarikat saya.

Bahasa dialek tidak boleh digunakan pada nama premis kecuali telah didaftarkan. Untuk pengesahan iklan, pelanggan perlu mematuhi syarat pengesahan bahasa Melayu dalam iklan, iaitu hendaklah menggunakan bahasa Melayu yang baik dan betul. DBP hanya meluluskan nama syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan mana-mana perkataan/logo/slogan yang telah DILULUSKAN/BERDAFTAR (Registered) oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) sahaja. Sila nyatakan nombor pendaftaran pada Maklumat tentang Iklan sekiranya telah berdaftar semasa membuat permohonan pengesahan bahasa. 

Tatabahasa07.10.2025
Salam WBT, mohon pengesahan, adakah perkataan Resonansi dalam tesaurus Bahasa Melayu? atau ia Bahasa IndonesiaPadanan bagi istilah resonance dalam bahasa Melayu secara umumnya ialah gema. Manakala padanan bagi istilah resonance dalam bidang Perubatan ialah resonansi dan bidang Teknologi Maklumat ialah resonans. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah09.10.2025
Salam sejahtera, saya ingin bertanya kepada tuan tentang jawaban soalan berikut: Semoga kita akan selamat sampai di destinasi esok. Semoga kita akan selamat sampai ke destinasi esok. Ayat yang manakah adalah betul? Bolehkah tuan memberikan penjelasan dengan jelas. Sekian, terima kasih.

Jawapan yang betul ialah “Semoga kita akan selamat sampai ke destinasi esok.”

Kata sendi nama ke digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju, waktu atau masa. Kata sendi nama ke juga dieja sebagai satu kata yang terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya.

Kata sendi nama ke juga menunjukkan kita akan/sedang menuju/melakukan sesuatu ke tempat itu.

Contohnya: “Mereka akan ke Kuantan esok.”

 

Kata sendi nama di digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah dan tidak boleh digunakan untuk menerangkan waktu, masa atau zaman. Kata sendi nama ini ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya.

Kata sendi nama di juga menunjukkan kita sudah tiba/perkara yang sudah berlaku di tempat itu.

Contohnya: “Ibunya bekerja di sekolah itu.”

Untuk makluman lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, (DBP, 2015), halaman 265 sehingga 268.

Tatabahasa02.10.2025
Salam Tuan /Puan, Kami ingin meminta nasihat dari pihak Dewan Bahasa dan Pustaka mengenai perkataan yang sesuai bagi situasi di bawah: Situasi: Kadar sumbangan bagi pelan takaful Kaotim ini bermula dari RM30 dan ke atas bergantung kepada umur dan jantina peserta. Ini bermaksud, bukan semua peserta layak untuk mendapat pelan dengan sumbangan RM30. Jadi, diantara dua penyataan di bawah, yang manakah yang lebih tepat? Pilihan Pertama: Dapatkan kad perubatan dari serendah RM30. Pilihan Kedua: Dapatkan kad perubatan serendah RM30. Kami berpandangan Pilihan Pertama adalah lebih tepat dengan situasi di atas kerana ianya memberikan gambaran bahawa harga sumbangan akan berubah dan meningkat mengikut umur dan jantina peserta. Nasihat pakar daripada pihak tuan/puan sangat-sangat kami hargai.Pilihan Kedua: Dapatkan kad perubatan serendah RM30.Tatabahasa29.09.2025
12345678910...

Kembali ke atas