Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : put up for ~, menawarkan [sst] utk dijual: the house was put up for ~, rumah itu ditawarkan utk dijual. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : for ~, utk dijual: all the articles in the exhibition are for ~, semua barang dlm pameran itu adalah utk dijual; on ~, dijual: the new edition is on ~ now, edisi baru itu dijual sekarang; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 6. (in pl) department in a company that deals with selling, jualan: Mr Jones is our ~s manager, En Jones ialah pengurus jualan kami; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 4. (also in pl) amount sold, jualan: the total ~ is encouraging, jumlah jualan barang-barang itu sangat menggalakkan; ~s figures, angka jualan; 5. auction, (jualan) lelong; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 2. instance of selling, jualan: after a lot of persuasion, I made my first ~, selepas lama memujuk, saya membuat jualan yg pertama; 3. offer of goods at lower prices, jualan murah: New Year ~, jualan murah Tahun Baru; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. act of selling, penjualan: the ~ of a luxury house is seldom easy, penjualan rumah mewah jarang-jarang mudah; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sale


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
As salam tuan di talian, Apakah terjemahan yang tepat untuk frasa "garage sale" dan "car boot sale" dalam bahasa Melayu. Salam Aidiladha dan selamat bertugas. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.Istilah yang dicadangkan ialah: "garage sale" = jualan garaj, "car boot sale" = jualan but kereta.Penyemakan dan penterjemahan01.10.2015
Apakah terjemahan bahasa melayu bagi Outright Sale dalam bidang hartanah dan harta intelek?Kami mencadangkan padanan bahasa Melayu untuk "Outright Sale" ialah Jualan Hak Harta Intelek.Istilah07.11.2019
Apa istilah bahasa Melayu untuk jualan seperti "yard sale"?Cadangan padanan bagi istilah yard sale dalam bahasa Melayu ialah jualan laman. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah20.11.2024
Apakah terjemahan bagi "on-the-go" dan "car boot sale"? Saya tahu "mudah alih" adalah bagi alat-alat atau peranti. Tapi bagaimana pula kalau untuk, contohnya, "foodtruck" dan sebagainya?Dalam Oxford English Dictionary, on the go ialah frasa tidak baku (slanga) yang membawa maksud very active or busy, manakala dalam Collins English Dictionary on the go juga frasa tidak formal untuk active or energetic. Maka terjemahannya mengikut konteks. Cadangan terjemahan "car boot sale' ialah jualan but kereta, manakala cadangan bagi "foodtruck" ialah lori atau van makanan bergerak.Penyemakan dan penterjemahan01.12.2015
TANAH PERINDUSTRIAN UNTUK DIJUAL/DISEWA Industrial Land for Sale (BESIDE BILLION SUPERMARKET, BANDAR SRI ISKANDAR) Mr Sella:019-4334864 Ms Michelle:016-5205271Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain06.07.2015
Saya nak semak, betulkah penggunaan tatabahasa (grammar) untuk ayat ini "Muallaf Car Boot Sale"Untuk makluman saudara, Dewan Bahasa dan Pustaka tidak mengesahkan tatabahasa bahasa Inggeris. Lain-lain08.02.2024
Mengapakah istilah perabis ada dalam bahagian istilah malaysia tetapi tiada dalam kamus? (Clearance sale = jualan perabis, clearance fund = dana perabis). Apakah maksud perabis dan adakah kata dasarnya rabis? (pe- + rabis). Adakah ini diserapkan dari bahasa percakapan untuk dijadikan istilah khusus?Perabis stok merupakan istilah lama yang telah mantap penggunaannya. Sungguhpun demikan, pihak kami mencadangkan supaya menggunakan perkataan/istilah yang lebih tepat iaitu, Penghabisan stok.Istilah06.08.2018
Apakah perbezaan antara "dagang" dan "jual"? Adakah "sold and traded" boleh diterjemah kepada "dijual-beli"?Jual lazimnya diterjemahkan daripada sale/sold, manakala dagang ialah terjemahan trade/commerce. Berdasarkan konteks penggunaan, kita boleh lihat perbezaan penggunaan kedua-dua perkataan berkenaan. Jual digunakan dalam konteks yang lebih umum, manakala dagang dalam konteks yang lebih khusus dalam skala yang lebih besar.Penyemakan dan penterjemahan25.01.2020
(a) mengawal selia pengilangan, penjualan, pemasangan, pengujian, penservisan, dan pengecasan semula kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran; (a) regulating the manufacture, sale, installation, testing, servicing, and recharging of fire-fighting equipment or fire safety installation; apakah padanan bagi perkataan 'servicing'. bolehkan dipadankan diengan 'penservisan'?Istilah servicing dalam bidang Kejuruteraan ialah rawatan, manakala makna lazim ialah khidmat atau perkhidmatan. Istilah22.08.2022
salam sejahtera. apakah terjemahan bagi jawatan perkerjaan "visual merchandiser"? Menurut oxford, makna visual merchandising adalah: Visual merchandising is the activity of promoting the sale of goods, especially by their presentation in retail outlets. Maka visual merchandiser bolehlah dikatakan sebagai orang yang bertanggungjawab memperagakan barangan jualan di tempat jualan yang bertujuan untuk mempromosi dan menarik minat pelanggan membelinya. Bolehkah saya menterjermahkan "visual merchandiser" sebagai "pereka letak visual"? terima kasihDalam data kami tiada padanan khusus bagi perkataan "Visual Merchandiser" dalam bahasa Melayu. Berdasarakn definisi yang tuan berikan kami mencadangkan "visual merchandiser" diterjemahkan kepada Pekerja Promosi Produk/Barangan.Tatabahasa17.10.2013
12

Kembali ke atas