Bagi maksud sambutan 65 tahun (misalnya untuk sambutan 65 tahun penubuhan jabatan/agensi/syarikat), adakah frasa "Sambutan Jubli Nilam 65 Tahun" tepat pada konteks dan penggunaannya? Sekiranya tidak, adakah frasa/istilah alternatif lain yang bersesuaian untuk menggambarkan sambutan 65 tahun tersebut? Terima kasih. | Bagi maksud sambutan 65 tahun (misalnya untuk sambutan 65 tahun penubuhan jabatan/agensi/syarikat), frasa yang sesuai ialah Sambutan Ulang Tahun xxx (nama jabatan/agensi/syarikat) yang Ke-65. Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, jubli bermaksud perayaan untuk memperingati ulang tahun sesuatu peristiwa (hari perkahwinan, hari pertabalan raja dan lain-lain). Berdasarkan rujukan dan carian kami, jubli nilam tiada dalam maklumat kami. Hanya empat jubli yang ditemui, iaitu jubli perak (perayaan memperingati ulang tahun yang kedua puluh lima), jubli emas (perayaan memperingati ulang tahun yang kelima puluh), jubli intan (perayaan memperingati ulang tahun yang keenam puluh atau kadang-kadang ketujuh puluh lima) dan jubli platinum (perayaan memperingati ulang tahun yang ketujuh puluh). Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (hlm.915, 2021) untuk maklumat lanjut. | Makna | 06.08.2024 |
Tuan/Puan, adakah perkataan "sambutan" perlu dieja dengan huruf besar apabila disertakan dengan kata nama khas ? Sebagai contoh, frasa "sambutan Hari Guru" atau "Sambutan Hari Guru". Antara kedua-dua frasa ini mana lebihbetul penggunaannya Selain itu, adakah frasa "ekoran daripada itu" betul ? Soalan seterusnya pula berkaitan dengan penggunaan "daripada" dan "dari". Antara frasa"beberapa orang pensyarah dari Universiti Malaya" atau "beberapa orang pensyarah daripada "Universiti Malaya" , manakah lebih betul penggunaannya ? Minta pencerahan. Sekian, terima kasih. :) | - Perkataan “sambutan” perlu dieja dengan huruf besar apabila disertakan dengan kata nama khas. Contohnya, Sambutan Hari Guru.
- Kedua-dua frasa tersebut boleh digunakan mengikut konteks ayat yang sesuai. Sekiranya perkataan “sambutan” bukan merupakan kata nama khas, frasa yang betul ialah sambutan Hari Guru.
- Frasa “ekoran daripada itu” adalah betul dengan mengikut konteks ayat yang sesuai.
- Kedua-dua kata sendi nama dalam frasa yang diberikan adalah betul kerana boleh merujuk tempat dan boleh merujuk sumber.
| Tatabahasa | 19.03.2021 |
Rumah Sin Ling mengadakan sambutan hari jadi. Ling Sing mengadakan sambutan hari jadi. Ibu bapa Sin Ling mengadakan sambutan hari jadi untuknya di rumah. Adakah ketiga-tiga ayat ini betul? Adakah budak kecil sesuai mengadakan sambutan? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah: 1) Sin Ling mengadakan sambutan hari jadi. 2) Ibu bapa Sin Ling mengadakan sambutan hari jadi untuknya di rumah. | Lain-lain | 01.10.2021 |
apakah yang dimaksudkan dengan sambutan? | Sambutan bermakna penerimaan (ketibaan tetamu dll), cara-cara meraikan atau menyambut sesuatu (hari raya, tetamu. Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 21.10.2008 |
Mohon penjelasan:- 1. MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI ATAU 2. SAMBUTAN MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI ATAU 3. MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI ATAU 4. SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI | Ayat yang betul ialah "Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri", "Majlis Hari Raya Aidilfitri" dan "Sambutan Hari Raya Aidilfitri". | Tatabahasa | 30.04.2024 |
Assalamualaikum 1. Sambutan jubli sempena umur institusi : Sesebuah institusi tidak pernah mengadakan apa-apa sambutan dan sudah berumur 71 tahun ? Apakah sambutan yang boleh diadakan sempena umurnya itu ? 2. Saya masih keliru tentang penggunaan perkataan ' ironi ' , boleh tuan jelaskan serta contoh penggunaannya. 3. 1Malaysia : Cara penulisannya adakah boleh dijauhkan seperti 1 Malaysia ? atau pun Satu Malaysia. 4. Sendi nama seperti dan, pun di dll adakah dikira satu sebagai satu patah perkataan ? Terima kasih. | 1. Tidak ada sambutan jubli bagi umur 71 tahun, mungkin disebut sambutan ke-71 tahun. 2. Ironi bermaksud keadaan atau kejadian yang menunjukkan pertentangan atau kesan sebaliknya antara sesuatu yang dijangkakan dengan yang menjadi hakikatnya, contoh ayat: Ironinya jika "Dasar Belia Nasional" ini mahu diterima, maka dengan sendirinya kita mempersempit ruang lingkup pelaksanaan dasar itu sendiri. 3. Cara penulisannya ialah 1 Malaysia ataupun Satu Malaysia. 4. Sendi Nama juga dikira sebagai satu perkataan, misalnya "di", "dan" dan sebagainya. | Tatabahasa | 12.08.2009 |
Bina ayat tanya bagi jawapan di bawah. Tarikh sambutan Hari Guru ialah pada 16 Mei. Bilakah tarikh sambutan Hari Guru? Atau Apakah tarikh sambutan Hari Guru? Mana satukah yang tepat? Terima kasih atas jawapan | Ayat yang betul ialah Bilakah tarikh sambutan Hari Guru? | Lain-lain | 13.08.2017 |
sambutan Hari Kanak-kanak atau sambutan Hari Kanak-Kanak yang betul? | Frasa yang betul ialah “Sambutan Hari Kanak-kanak”. | Tatabahasa | 10.09.2024 |
PENGUNAAN PERKATAAN HARI DALAM AYAT SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN BANDAR RAYA JITRA KE 34 ATAU HANYA SAMBUTAN ULANG TAHUN BANDAR RAYA JITRA KE 34. MANA SATU PERKATAAN YANG BETUL? | Ayat yang betul ialah Sambutan ulang tahun bandar raya Jitra ke-34. Perkataan hari tidak perlu kerana ulang tahun sudah bermaksud hari jadi atau hari lahir dan hari perayaan bagi sesuatu peristiwa penting yang disambut setiap tahun seperti kemerdekaan negara. | Tatabahasa | 07.10.2021 |
Terdapat kekeliruan dalam penggunaan kata sambutan ulang tahun kelahiran dan sambutan hari jadi. Dalam konteks bahasa Melayu, penggunaan kata manakah lebih tepat dan menujurus kepada maksud mengadakan majlis sempena ulang tahun seseorang itu lahir. | Frasa ulang tahun kelahiran dan sambutan hari jadi hari boleh digunakan kerana kedua-dua frasa ini bermaksud memperingati lahirnya seseorang. | Istilah | 19.08.2009 |