Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sana-sini

Puisi
 

Sana merak sini merak,
     Merak seekor makan jagung;
Sana hendak sini hendak,
     Badan seorang mana nak tanggung.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Sebanyak hutang si Jibun.

Bermaksud :

Sangat banyak hutangnya. Si Jibun = orang yang suka berhutang di sana sini.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
penggunaan ke sana sini adakah betul?Penggunaan ke sana sini adalah betul.Tatabahasa24.03.2016
Burung merpati hinggap di dahan pokok sena setelah terbang ke sana sini. Soalan: penggunaan kata sendi 'di' dalam ayat di atas. Jawapan untuk soalan di atas sama ada "di dahan pokok" atau "pada dahan pokok". -soalan ujian BM Selaras ZPWPKL 2011.Berdasarkan rumus tatabahasa, penggunaan yang paling tepat ialah pada - Burung merpati hinggap di dahan pokok sena setelah terbang ke sana sini. Lihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 275, (c) kata sendi nama "pada"-  terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kerja.Tatabahasa20.05.2011
apakah perbezaan bertaburan dan berhamburanDalam Kamus Dewan bertaburan sama maksudnya dengan berhamburan, iaitu berselerak di sana sini.Tatabahasa29.05.2013
Tuan, Saya memohon bimbangan tuan menghuraikan pembentukan ayat-ayat berikut: 1. Pasuskan Kelantan muncul johan dalam pertandingan peringkat kebangsaan. Apakah komen tuan sekiranya di belakang muncul ditambah sebagai? 2. Rancangan Kelantan Di Sana Sini akan bersiaran pukul 3 hinga 4 petang tiap-tiap hari. Lamaan web RTM gunakan "bersiaran"-Apakah komen tuan sekiranya digantikan dengan "disiarkan" dalam ayat tersebut? 3. "Belum ada kata putus mengenai tarikh lawatan KSU". Saya semak di kamus DBP, ada Putus Kata sahaja, kata putus tak betul?

1. Pasuskan Kelantan muncul johan dalam pertandingan peringkat kebangsaan. ayat ini telah lengkap, manakala ayat Pasuskan Kelantan muncul sebagai johan dalam pertandingan peringkat kebangsaan juga betul. sebagai di situ bermaksud selaku. 

2. Yang paling tepat ialah disiarkan - Rancangan Kelantan Di Sana Sini akan disiarkan pukul 3 hinga 4 petang tiap-tiap hari. Disiarkan bermaksud dihebahkan kpd orang ramai (melalui radio, televisyen, surat khabar, sedangkan bersiaran bermaksud mengendalikan siaran di televisyen atau radio.

3. kata putus (di bawah entri putus) ada dalam Kamus Dewan bermaksud kepastian, keputusan, ketentuan.

Tatabahasa16.11.2008
Apakah maksud “berlonggokan”? Adakah perkataan ini sama maksud dengan “berlonggok”?Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) kata berlonggokan bermaksud berlonggok dalam jumlah yang banyak atau di sana sini, manakala berlonggok pula bermaksud 1. (berkenaan buah, kain, sampah dsb) berada dalam himpunan yang seakan-akan bukit kecil; 2. (berkenaan orang atau haiwan) berkumpul dan berkelompok di sesuatu tempat; 3. kiasan (berkenaan harta, kerja dsb) banyak jumlahnya.

Untuk memperoleh maklamat dalam kata bahasa Melayu, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020).
Makna07.12.2024
Tuan, yang manakah sebenarnya betul? 1)Pelbagai jenis sayur-sayuran atau pelbagai jenis sayur? 2)Kanak-kanak itu berenang-renang di kolam renang atau kanak-kanak itu berenang di kolam renang? Terima kasih

1. pelbagai jenis sayur

2. Kedua-dua ayat adalah betul. Berenang-renang bermaksud berenang ke sana sini. Berenang bermaksud melakukan perbuatan berenang. 

Tatabahasa20.04.2011
Rujukan sajak bertajuk Di Perpustakaan.Karya Shafie Abu Bakar.

Di Perpustakaan

 

Melangkah ke ruangmu

satu pertukaran yang kontras

dari kehangatan merata

ke kedinginan yang menerpa

terlalu hening di sini

gua pendeta bersemadi

di puncak sepi

di sana sini

kepala-kepala runduk meneliti

mata dan fikir bersebati.

 

Maju ke ruang buku

terlalu kerdil aku di sini terapung di laut ilmu

tercurah berzaman

dalam tak terselam

betapa pun kulayari

bahtera ilmu di sini

tak terteroka

yang akan kucatat

hanya setitik dari tinta

yang akan kupetik

hanya sebiji dari mutiara

engkau adalah pusaka moyang

gedung peradaban insan

terhimpun berzaman.

 

bersemadi di sini

aku adalah pelayar yang dahaga

di dada samudera tak berpantai

betapa pun keteguk darinya

dahaga tak pernah langsai

Lain-lain28.03.2010
Kamus Dewan Edisi 3 dan 4: Perkataan "pecicilan" - Jawa - terbelalak matanya. Maksud "terbelalak matanya" adalah salah. Yang betul adalah kepada budak-budak bermain lompat sana lompat sini, lari sana lari sini tanpa menghiraukan teguran orang keliling.

Sila jelaskan soalan atau pandangan saudara.

Lain-lain25.03.2010
Tukar lirik lagu dialek kedah kepada Bahasa Melayu standard Mai Chek Mai Kita Kedah Mai Chek Ooii Mai Chek Mai Kita Ke Negeri Kedah Mai Ooii Bagi Ramai Jamu Nasi Kawah… Naik Kapai Terbang Turun Kepala Batas Makan Tok Sah Bimbang Kami Banyak Beras Ikut Lebuhraya Teruih ke Kayu Hitam Jaga Chek Ooii JAga Kereta Meneru Neran Kreta Meneru Nerannn … Uuummmmmm Lekasla Mai Kedah Singgahlah Ke Pekan Rabu Minum Nira Nipah, Makan Emping Kerabu Kot Lah Rasanya Penat Jom Pi Ke Langkawi Langgah Ayaq Gamat, Minumlah Ayaq Tongkat Ali Langgah Ayaq Gamat, Muka Naik Seriii Kedah Sudah La Maju Tak Lagi Macam Lah Dulu Rumah Serba Baru, Kenduri Ada Selalu Tengok Sana Sini Pembagunan Serata Negeri Ada Mesin Padi Ada Kilang Besi Melawak Orang Kedah Jangan Cepat Terasa Tok Sah Dok Kesah Bekawan Cepat Mesegha Bekawan Cepat Meseghaaa Mai Chek Ooii Mai Chek Mai Kita Ke Negeri Kedah Mai Ooii Bagi Ramai Jamu Nasi Kawah… Kot Lah Rasanya Penat Jom Pi Ke Langkawi Langgah Ayaq Gamat, Minumlah Ayaq Tongkat Ali Langgah Ayaq Gamat, Muka Naik Seriii Kedah Sudah La Muju Dak Lagi Macam Lah Dulu Rumah Serba Baru, Kenduri Ada Selalu Mai Chek Ooii Mai Chek Mai Kita Ke Negeri Kedah Mai Ooii Bagi Ramai Jamu Nasi Kawah…Untuk makluman, soalan saudara adalah di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa. Khidmat Nasihat Bahasa membantu pelanggan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, semakan penggunaan perkataan dan istilah, semakan bahasa/tatabahasa dan sebagainya. Harap maklum.

Saudara bole merujuk buku untuk rujukan yang telah diterbitkan, iaitu Glosari Dialek Terengganu dan juga Glosari Dialek Kedah. Selain itu, buku-buku yang ditulis oleh sarjana tempatan seperti Asmah Hj Omar, Zaharani, dan Norhashimah, juga boleh dijadikan rujukan untuk alih bahasa tersebut serta menggunakan prpm.dbp.gov.my.
Tatabahasa20.07.2013
Saya panas di sana jadi saya datang untuk duduk di sini. Ayat ini betul ke?Ayat yang betul ialah "Saya duduk di sini kerana di sana panas." atau "Di sana panas, jadi saya duduk di sini."Lain-lain07.12.2022
123

Kembali ke atas