Salam sejahtera, adakah "satu kali ganda" dan "dua kali ganda" mempunyai makna yang sama untuk perkataan "doubled"? Sekian, terima kasih. | Salam sejahtera. Menurut Kamus Inggeris - Melayu Dewan, perkataan "double" bermaksud "dua kali ganda". | Tatabahasa | 11.03.2015 |
Adakah perkataan "dan" boleh digunakan dua kali dalam satu ayat? | Perkataan dan boleh digunakan lebih satu kali dalam satu ayat. Contoh ayat: Ayah dan ibu menziarahi nenek dan mak saudara. | Tatabahasa | 03.10.2023 |
Salam sejahtera, Maaf. Saya sudah membetulkan soalan saya. Sila tolong satu kali lagi. Bolehkah anda menasihati saya, dalam kamus2 Malay-Inggeris di pasaran, yang mana satu mempunyai paling banyak volcabularies. Pilihan kedua saya ialah kamus Malay-Cina. Sila berikan ISBN juga. Saya sedang mencari kamus supaya saya boleh mengetahui lebih banyak perkataan Melayu semasa menonton TV. Saya sedang mengguna kamus Malay-English-Cina dari Penerbit Fajar Bakti S/B, tetapi tidak mencukupi. Terima kasih. Yeo | Salah satu pilhan yang ada ialah Kamus Melayu Inggeris Dewan yang ada dijual di Kedai Buku DBP dan kedai-kedai buku lain. Berdasarkan semakan kami belum ada lagi kamus lengkap Melayu - Cina, kecuali Kamus Ringkas Bahasa Malaysia - Bahasa Cina yang diterbitkan Penerbitan Seni Hijau, 1996 dan Kamus Tiga Bahasa Federal: Bahasa Malaysia -Cina - Inggeris, terbitan Ferderal Publications Sd. Bhd., 1987. Walau bagaimanapun kamus ini agak sukar untuk diperoleh di pasaran. | Lain-lain | 31.05.2016 |
apa perbezaa perkataan sekali dan sekali-kali? | Sekali bermaksud satu kali, berserta, tidak ada kecualinya; seluruhnya, semuanya, dan sangat; sungguh; benar. Sekali-kali bermaksud sedikit pun; sama sekali. Ayat contoh ialah “Jangan sekali-kali mengambil hak orang lain”. | Makna | 08.04.2014 |
Bolehkah digunakan perkataan SECAPAIAN? Bila saya merujuk kepada Pusat Rujukan DBP, tiada dalam carian. Melainkan perkataan CAPAI dan CAPAIAN. Maka, bolehkan imbuhan awalan SE disatukan dengan CAPAIAN? | Se- ialah awalan yang bermaksud satu seperti sekali dan sehari yang bermaksud satu kali dan satu hari. Tidak ada contoh perkataan secapaian dalam sumber rujukan kami. | Tatabahasa | 31.05.2016 |
Saya hanya tidak faham kenapa KPBDBP boleh lulus bunting dan banner artwork, tetapi, untuk artwork yang sama, juma saiz yang beza, tidak lulus pula. Lagipun, adakah KPBDBP boleh satu kali balas yang mana perlu buat pembetulan, satu artwork ambil masa lebih satu minggu buat pembetulan, sangat membazir masa untuk saya dan DBP juga. | Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, sila kemas kini apabila permohonan atau iklan dihantar semula (jangan buat permohonan baru) supaya pihak kami maklum tentang kesalahan yang perlu dibetulkan semasa pertama kali dihantar. Sila maklumkan dalam permohonan tersebut bahawa iklan tersebut pernah dihantar serta tarikh dihantar. | Lain-lain | 30.01.2013 |
Yang berikut ialah kekerapan perkataan berkenaan dirakamkan dalam Kamus DBP tertentu: kadangkala Kamus Dewan - 33 kali Kamus Pelajar - 5 kali Kamus Pelajar II - 12 kali Kamus Komputer – 1 kali Jumlah 51 kali kadang kala Tiada dalam mana-mana kamus DBP ada kala Kamus Dewan - 1 kali Kamus Pelajar - 1 kali Kamus Pelajar II - 5 kali Jumlah 7 kali ada kalanya Kamus Dewan - 47 kali Kamus Pelajar - 4 kali Kamus Pelajar II - 5 kali Kamus Komputer - 1 kali Jumlah 57 kali adakalanya Kamus Dewan - 1 kali Jumlah 1 kali adakala Kamus Dewan - 3 kali Jumlah 3 kali 1. Ejaan untuk kata kadangkala adalah jelas satu perkataan. 2. Perhatikan bahawa adakala dimasukkan sebagai satu perkataan di tiga (3) tempat dalam Kamus Dewan termasuklah sebagai lema/entri utama/kata masukan, tetapi di tempat lain dimasukkan sebagai ada kala sebanyak tujuh (7) kali, malah ada kala dengan partikel -nya (ada kalanya) dirakamkan sebanyak 57 kali dalam Kamus DBP. Dengan kekerapan yang tinggi sebagai dua perkataan (ada kala/ada kalanya), mustahil berlaku kesilapan semasa penyuntingan, juga mustahil semasa atur huruf. Jadi, muktamadnya, kata ini harus dieja bagaimana? Qiu Syah Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) | Kami ambil maklum atas kekeliruan yang berlaku. Pihak kami akan berbincang dengan bahagian lain yang terlibat di DBP seperti Bahagian Perkamusan serta Bahagian Peristilahan dan Leksikologi bagi mencari satu ketetapan untuk dijadikan panduan. Pihak kami akan menghubungi saudara melalui alamat e-mel yang diberikan dengan kadar segera. | Lain-lain | 15.08.2012 |
Yang mana satu betul. lain kali/kali lain, Izini saya/ Izinkan saya, harga barang kawalan/ harga barang terkawal, hal ini kerana/ hal ini demikian kerana,berpuca pada/berpunca daripada, | Ungkapan yang biasa digunakan dan sudah mantap ialah lain kali; izinkan saya; harga barang kawalan dan harga barang terkawal kedua-duanya betul.Harga barang kawalan merujuk harga jenis barang dalam kawalan.Harga barang terkawal bermaksud harga barang tersebut dapat dikawal atau di bawah jagaan. | Tatabahasa | 13.05.2008 |
Apa perbezaan antara sekali ganda dan dua kali ganda ? Kalau ikut kan , sekali ganda sepatutnya nilai yg sama (4x1=4 , 5x1=5 , 6x1=6) . While, dua kali ganda (4x2=8, 5x2=10, 6x2=12). Kenapa org start guna sekali ganda for dua kali ganda ? Maafkan saya, saya perlukan penerangan utk sejukkan hati yang selalu annoyed apabila baca headline "sekali ganda". Terima kasih :) | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud sekali ganda ialah satu kali lebih banyak daripada yang asal (misa lannya empat menjadi lapan) | Makna | 21.04.2020 |
tuan/puan, terdapat kekeliruan bagi penggunaan "sekali ganda" dan "dua kali ganda". Saya telah meneliti bahagian khidmat nasihat, jawapan yang diberikan juga mengelirukan. Saya sertakan contoh jawapan khidmat nasihat yang mengelirukan seperti maksud sekali ganda dan maksud double. Soalan saya, jika kenaikan harga RM25 ke RM250, adakah kenaikan 10 kali ganda? atau 9 kali ganda (menitik beratkan penggunaan "sekali ganda") | Dalam Kamus Dewan, sekali ganda bermaksud satu kali lebih banyak daripada yang asal (misalnya empat menjadi lapan); dan Kamus Inggeris - Melayu Dewan, double bermaksud sekali ganda; dua kali; dan dua sukatan. Berdasarkan maklumat yang berkenaan sekali ganda dan dua kali ganda membawa maksud yang sama, namun maksud dua kali ganda lebih mudah difahami. Hal ini amat jelas berdasarkan makna dan contoh yang diberikan "dua sukatan" dan "empat menjadi lapan". Oleh itu, daripada RM25 kepada RM250 menunjukkan kenaikan 10 kali ganda. | Makna | 02.06.2022 |