Apa beza antara segerombolan dan sekumpulan. Jika merujuk kamus dewan maksudnya sama.tp utk menjawab soalan objektif kena pilih satu jawapan shj | Makna perkataan segerombolan dan sekumpulan adalah sama. Walau bagaimanapun, bagi manusia biasa perkataan yang sesuai ialah sekumpulan. Segerombolan digunakan untuk penjahat, penyamun pengganas dan sebagainya. | Makna | 06.08.2016 |
Manakah jwpn yg betul _____orang ramai segera melintas ketika lampu isyarat pejalan kaki bertukar hijau a. segerombolan b. sekumpulan skima jwapan diberi 'a' . adakah segerombolan hanya digunakan untuk pengganas atau penjahat shj. | Bagi manusia perkataan yang sesuai ialah sekumpulan. Segerombolan digunakan untuk penjahat, penyamun pengganas dan sebagainya. | Tatabahasa | 27.05.2010 |
Salam sejahtera! Manakah jawapan yang paling tepat bagi soalan di bawah? ___________ gajah liar telah memusnahkan kebun tebu di kampung. A) segerombolan B) sekawan merujuk kepada JU BM, jawapannya segerombolan. sekian, terima kasih. | Jawapan yang betul ialah sekawan. (Sekawan gajah liar telah memusnahkan kebun tebu di kampung.) | Tatabahasa | 14.08.2012 |
penjodoh bilangan bagi sekumpulan lebah.Adakah boleh menggunakan penjodoh bilangan "segerombolan lebah"? | Sekawan lebah. | Tatabahasa | 21.03.2013 |
Penjodoh bilangan yang paling sesuai. 1.sekumpulan gajah atau 2. Sekawan gajah | Penjodoh bilangan "sekawan dan sekumpulan" boleh digunakan untuk haiwan. Segerombolan digunakan untuk penjahat, penyamun, pengganas dan sebagainya. | Lain-lain | 13.03.2017 |