Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sekaki

Puisi
 

Kalau tuan pandai melipat,
     Lipatkan saya sekaki dulang;
Kalau tuan pandai mengikat,
     Uraikan saya di tangan orang.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Sudah dapat gubah dikarang,
     bunga sekaki dicampak buang.

Bermaksud :

Kerana sudah mendapat yang lebih baik, yang lama atau yang kurang baik dibuang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi, b. Telah dapat gading bertuah, terbuang tanduk kerbau mati). gubah dikarang = bunga=bunga yang dikarang.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin menyemak penggunaan sekaki bunga. Adakah benar penggunaan perkataan sekaki untuk bunga dan dalam konteks apakah bunga boleh dirujuk sebagai sekaki?
Menurut data kami, frasa kaki turut membawa maksud penjodoh bilangan bagi beberapa benda: tiga ~ bunga; se~ payung serta merujuk kepada  ~ bunga iaitu bekas (tempat) meletakkan bunga. Penggunaan penjodoh bilangan kaki merujuk kepada tempat atau bekas bunga seperti bunga pahar atau bunga yang digubah. Contohya tiga kaki bunga pahar.
Lain-lain16.12.2019
Mohon pandangan tuan bagi jawapan yang betul Terima kasihBerdasarkan ayat tersebut, jawapan yang paling tepat ialah "sekaki", iaitu "Samad memerhatikan abangnya mencabut sekaki halia di belakang rumahnya". Hal ini disebabkan "halia" apabila dicabut dan didirikan, penjodoh bilangannya ialah kaki. Akan tetapi, perlu diingatkan bahawa tidak semua benda boleh diberikan penjodoh bilangan.Tatabahasa02.09.2015
soalan berapakah penjodoh bilangan bagi payung?Penjodoh bilangan untuk payung ialah kaki sahaja.  Sekaki payungTatabahasa15.11.2017
Penjodoh bilangan untuk kunyit hidup?..kaki, tongkol, ketul..dlm skema kata kaki..minta maklum balas. TqDalam Kamus Dewan, di bawah entri kaki ada dimasukkan contoh sekaki kunyit.Tatabahasa21.05.2013
apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk jambatan? sebuah atau sebatang? sebelum ini saya pernah terbaca buku rujukan yang menyatakan bahawa cendawan, penjodoh bilangannya ialah kaki. Adakah itu betu?

1. Sebuah jambatan.

2. Ramai juga penulis yang menggunakan 'sekaki' cendawan merujuk kepada cendawan yang besar hampir sebesar payung. Namun ada juga yang menggunakan kuntum sebagai penjodoh bilangannya.

Tatabahasa21.05.2009
PENJODOH BILANGAN UNTUK KUNYITDalam Kamus Dewan, di bawah entri kaki ada dimasukkan contoh sekaki kunyit.Tatabahasa10.02.2018
Merujuk soalan 57 yang bertarikh (12/9/09), jawpaan yang tuan berikan ialah ' Emak memberikan sekeping angpau...'. Soalan saya: Bolehkah saya menggunakan penjodoh bilangan 'sebuah' untuk ayat tersebut? Bagi saya, angpau bukanlah berbentuk pipih dan nipis, sebaliknya berbentuk sarung yang biasa diisikan dengan wang. Terima kasih.Walaupun berbentuk sarung yang biasa diisikan dengan wang tetapi ia tetap nipis kecualilah berbungkus seperti hadiah. Penjodoh bilangan tidaklah tetap untuk sesuatu benda itu sebaliknya bergantung kepada bentuk dan keadaan. Contoh: Setandan pisang. Sesikat pisang. Seulas pisang. Sekaki cendawan. Sekuntum cendawan. Secawan air. Seteguk air. Sebungkus angpau. Sekeping angpau. Sedozen angpau. Dll.
Lain-lain18.10.2009

Kembali ke atas