Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sekali juga (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
pun (kata tugas)
1. Bersinonim dengan juga: pula, demikian juga, serupa,

2. Bersinonim dengan biar: kendati, meski, walau,

3. Bersinonim dengan bahkan: malahan, sedangkan,

4 Bersinonim dengan apa sahaja: bagaimana sahaja, apa-apa jua.,


Puisi
 

Kereta baru lembu pun baru,
     Baru sekali masuk Melaka;
Tuan baru saya pun baru,
     Baru sekali berkenal biasa.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Sekali dipatuk ular,
     tali pun ditakutkannya juga.

Bermaksud :

Orang yang telah pernah menderita kesusahan (kecelakaan), maka berhati-hatilah ia dalam semua gerak-gerinya. (Peribahasa lain yang sama makna: Sekali tersengat, selalu beringat).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
ini body copy iklan, adakah struktur ayat betul? Keunikan dan keistimewaan rumah kelab privasi penduduk terserlah dengan rekaannya yang berlatarkan alam hijau. Berada di ruang mana sekali pun, keindahan alam boleh dinikmati secara terus dari dalam, pokok rimbun bagaikan tabir yang mengelilingi rumah kelab. Bilik gimnasium yang diserikan dengan dinding kaca dan kemudahan lengkap mengalu-alukan kedatangan anda. Sebuah kolam renang infiniti untuk anda sekeluarga turut terdapat di tingkat bawah tanah.Keunikan dan keistimewaan rumah kelab penduduk terserlah dengan rekaannya yang berlatarkan kehijauan alam semula jadi. Pepohon rimbun menabiri rumah kelab. Berada di ruang mana sekalipun, keindahan alam boleh dinikmati dari dalam rumah. Bilik gimnasium berdinding kaca lengkap dengan pelbagai kemudahan mengalu-alukan kedatangan anda. Sebuah kolam renang besar untuk anda sekeluarga turut terdapat di tingkat bawah tanah.Tatabahasa30.07.2008
apakah perbezaan maksud seni dan kesenian?Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1452-1453, seni - 1. karya (sajak, lukisan, muzik, dll) yang dicipta dengan bakat (kecekapan), hasil daripada sesuatu ciptaan: kalau perut kosong, politik dan sastera, ilmu pengetahuan dan seni tidak akan menarik perhatian orang yang paling intelektual sekali pun; 2. kebolehan mencipta sesuatu (lukisan, ukiran, dll) yang indah-indah; manakala kesenian pula bermaksud - perihal seni, yang berkaitan dengan seni, keindahan (kehalusan): kaulah seorang seniman yang tahu menikmati kesenian alam.Makna26.12.2006
Salam. Mohon bertanya tentang penggunaan perkataan Canseleri dan Canselori untuk penamaan bangunan di universiti. Ini kerana setahu saya istilah yang betul ialah Bangunan Canseleri yang menempatkan pejabat Canselor. Ada ke perkataan dan boleh tak digunakan Bangunan Canselori? Setahu saya Canselor ialah nama jawatan dan tidak ada perkataan di dalam kamus Dewan sekali pun tentang perkataan Canselori. Boleh ke ditambah perkataan 'i' untuk Canselori dari segi hukum bahasa? Harap mendapat maklum balas segera. Terima kasih.Untuk makluman puan, DBP pernah menerima pertanyaan dan permohonan daripada Universiti Malaysia Terengganu tentang penggunaan perkataan Canselori. DBP menerima perkataan Canselori dalam bahasa Melayu berasaskan kepada pembentukan kata Canselor. Jika Chancellor diterjemahkan kepada Canselor, maka Chancellory boleh diterjemahkan kepada Canselori dalam bahasa Melayu. Chancellory dan Chancellery ialah varian dalam bahasa Inggeris, maka Canselori juga merupakan varian Canseleri dalam bahasa Melayu.Istilah31.01.2013
menjelaskan dasar-dasar atau peraturan yang digunkan dalam penyesuaian ejaan bagi kata serapan daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bhasa Eropah yang lain dalam bhasa Melayu

Terima kasih kerana menghubungi KNBDBP

Soalan Sdr. akan saya jawab secepat mungkin selepasa saya mendapatkan buku rujukan yang berkaitan dengan pertanyaan Sdr. Terima kasih

peminjaman unsur bahasa oleh sesuatu komuniti bahasa daripada bahasa-bahasa lain merupakan satu lumrah. Pinjaman boleh sahaja berlaku apabila berlakunya pertembunagnantara budaya. Walau bagaimana sekali pun berlakunya proses peminjaman atau serapan bahasa-bahas lain ke dalam bahasa kita, bahasa Melayu, terdapat beberapa cara dilakukan dalam proses peminjaman tersebut. Antara caranya ialah mengambil terus kata daripada bahasa asalnya daripada segi ejaan dan sebutan. Kedua meminjam bahasa tersebut tetapi disesuaikan mengikut sebutan dalam bahasa Melayu dan mengambil ejaan daripada bahasa asalnya lalu disesuaikan dengan cara penutur asalnya menyebutnya.

Untuk makluman lebih lanjut sila dapatkan Ensiklopedia Bahasa Melayu oleh Prof. Datuk Dr. Asmah Haji Omar. Terima kasih.

Tatabahasa24.08.2009
Tuan yang bijaksana, Adakah perkataan "sekalipun" tergolong dalam kata sendi? Partikel "pun" pada "sekalipun" mesti dieja rapat. Bagaimana pula sekiranya ia menunjukkan bilangan. Contohnya: Sekalipun Abdul Rahman tidak merungut. (membawa maksud Abdul Rahman tidak pernah merungut) Dalam ayat di atas, adakah partikel pun perlu dirapatkan juga?Ada dua cara menulis partikel pun. 1) Kata pun berfungsi sebagai kata tugas yang bererti juga ditulis terpisah daripada kata yang ada di sampingnya. Contohnya: i) Jika dia pergi, saya pun pergi. ii) Jangankan dua kali, sekali pun engkau belum pernah datang ke mari.  2) Ada beberapa perkataan yang ditetapkan ejaannya supaya ditulis serangkai dengan partikel pun, antaranya: adapun, andaipun, biarpun, kendatipun, mahupun, sekalipun, walaupun, ataupun, bagaimanapun, kalaupun, lagipun, meskipun, sungguhpun. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan untuk panduan.

Berdasarkan maksud ayat yang dinyatakan, ejaan sekali pun dieja terpisah.
Tatabahasa22.04.2013
Tuan, adakah ayat-ayat di bawah ini gramatis? Mulut pelakon itu kumat-kamit menghafal skrip sebelum penggambaran dijalankan. Dompet itu diperbuat daripada kulit ikan pari. Encik Mahendran berbual-baul dengan rakan sekerja sementara menanti kedatangan ketuanya untuk bermesyuarat. Kakinya bengkak kerana disengat oleh seekor lebah. Guru besar dan guru-guru sedang berbincang tentang masalah disiplin para pelajar. Buku nota yang dibeli tadi ada pada Leong Man. Ibu sedang menjerang air menggunakan cerek yang baru dibelinya di pasar raya. Nelayan tua itu tidur bertilamkan tikar mengkuang lusuh untuk menghilangkan penat selepas seharian di laut. Mak Tijah tidak menduga anaknya yang lemah dalam pelajaran dahulu kini bergelar siswazah. Bidalan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah belakang parang sekali pun kalau diasah akan tajam juga1. Bibir pelakon itu kumat-kamit menghafal skrip sebelum penggambaran dijalankan.
2. Dompet itu diperbuat daripada kulit ikan pari.
3. Encik Mahendran berbual-baul dengan rakan sekerja sementara menanti kedatangan ketuanya untuk bermesyuarat.
4. Kakinya bengkak kerana disengat oleh seekor lebah.
5. Guru besar dan guru-guru sedang berbincang tentang masalah disiplin pelajar.
6. Buku nota yang dibeli tadi ada pada Leong Man.
7. Ibu sedang menjerang air menggunakan cerek yang baru dibelinya di pasar raya.
8. Nelayan tua itu tidur bertilamkan tikar mengkuang lusuh untuk menghilangkan penat selepas seharian di laut.
9. Mak Tijah tidak menduga anaknya yang dahulunya lemah dalam pelajaran, kini bergelar siswazah.
10. Bidalan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah belakang parang sekalipun, kalau diasah akan tajam juga.
Tatabahasa13.05.2020
apa perbezaa perkataan sekali dan sekali-kali?

Sekali bermaksud satu kali, berserta, tidak ada kecualinya; seluruhnya, semuanya, dan sangat; sungguh; benar.

Sekali-kali bermaksud sedikit pun; sama sekali. Ayat contoh ialah “Jangan sekali-kali mengambil hak orang lain”.

Makna08.04.2014
PENGUNAAN PUN DALAM BAHASA MELAYU.. SAYA AMAT MEMERLUKAN JAWAPANNYADalam bahasa Melayu, kata penegas atau partikel 'pun' mempunyai dua fungsi, iaitu 1.yang bermaksud juga, bahkan, biar, menguatkan pokok ayat, turutan dan penguat kata tak tentu dieja terpisah. 2. pun dieja rapat apabila digandingkan dengan 13 perkataan sahaja, iaitu adapun, andaipun, bagaimanapun, biarpun, kalaupun, kendatipun, lagipun, mahupun, meskipun, sekalipun, sungguhpun dan walaupun.Tatabahasa03.03.2009
walaubagaimanapun atau walau bagaimanapun atau walaubagaimana pun atau walau bagai mana pun. yang mana betul diantara berikutEjaan yang betul ialah walau bagaimanapun. Ada dua cara menulis partikel pun. 1) Kata pun berfungsi sebagai kata tugas yang bererti juga ditulis terpisah daripada kata yang ada di sampingnya. Contohnya: i) Jika dia pergi, saya pun pergi. ii) Jangankan dua kali, sekali pun engkau belum pernah datang ke mari.  2) Ada beberapa perkataan yang ditetapkan ejaannya supaya ditulis serangkai dengan partikel pun, antaranya: adapun, andaipun, biarpun, kendatipun, mahupun, sekalipun, walaupun, ataupun, bagaimanapun, kalaupun, lagipun, meskipun, sungguhpun. Contohnya: Walau bagaimana marah sekalipun dia tidak pernah menengking anaknya. Sila rujuk buku Panduan Ejaan Rumi Bahasa Melayu, terbitan DBP.Ejaan18.05.2011
saya ada lihat satu soalan bekenaan dengan perkataan yg mana betul sama sekali atau pun samasekali.kesalahan adalah dari segi tatabahasa.boleh tak huraikan kenapa sama sekali.tatabahasa dari segi kata nama ke,adverba ke?mohon penjelasan

Untuk memberikan jawapan kepada pertanyaan ini, saudara dimohon agar dapat memberikan contoh ayat yang lengkap bagi membolehkan pihak kami mengenal pasti penggolongan jenis kata ini. 

Istilah24.04.2009
12345

Kembali ke atas