1)... alam sekitar ialah/adalah alam di sekeliling kita ... 2)... alam sekitar ialah/adalah anugerah Tuhan kepada kita ... | 1)... alam sekitar ialah/adalah alam di sekeliling kita ... 2)... alam sekitar ialah/adalah anugerah Tuhan kepada kita ... Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala adalah menunjukkan huraian hadir di hadapan frasa adjektof dan frasa sendi nama. Ayat yang betul; ...alam sekitar ialah alam di sekeliling kita...; dan ...alam sekitar ialah anugerah Tuhan kepada kita.... | Tatabahasa | 10.05.2013 |
Apakah maksud "alam sekitar" menurut Kamus Dewan? | Maksud alam sekitar dalam istilah ialah alam sekitar fizikal sebuah kawasan. (2) Persekitaran sebuah sistem kebudayaan, kestabilan politik dan ekonomi yang mempengaruhi perkembangan dan kehidupan seseorang. Merujuk Kamus Dewan alam ialah dunia, bumi. Sekitar pula ialah sekeliling. Harap maklum. | Makna | 04.08.2008 |
Salam sejahtera, 1. Saya menerima surat dari/daripada Jabatan Alam Sekitar. (dari/daripada?) 2. Encik Roslan dari/daripada Jabatan Alam Sekitar. (dari/daripada?) Sekian, terima kasih. | Penggunaan perkataan yang betul ialah 1. Saya menerima surat daripada Jabatan Alam Sekitar. 2.Encik Roslan dari Jabatan Alam Sekitar. | Tatabahasa | 20.09.2018 |
Oleh itu, "berkaitan dengan alam sekitar" dan "berkait dengan alam sekitar" kedua-dua pun betul? Kedua-dua perkataan "berkaitan" dan "berkait" boleh digunakan dalam situasi ini? | Frasa yang lebih gramatis ialah berkaitan dengan alam sekitar. | Tatabahasa | 14.05.2014 |
Apakah perbezaan antara alam sekitar dengan persekitaran? Terima kasih. | Merujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua alam sekitar ialah keadaan alam sekeliling, manakala Persekitaran pula ialah kawasan di sekeliling sesuatu tempat atau kawasan sekitar. | Makna | 26.09.2018 |
Apakah maksud Pembangunan Mampan Melestarikan Alam Sekitar?..dan bagaimanakah cara2 melestarikan alam sekitar? | Pembangunan mampan pernah ditakrifkan sebagai pembangunan yang memenuhi keperluan generasi masa kini tanpa mengabaikan keupayaan generasi akan datang untuk memenuhi keperluan mereka. Oleh itu, pembangunan bersepadu dan menggunakan sumber dengan cekap dapat mengekalkan alam sekitar yang bersih dan selamat untuk diwariskan kepada generasi akan datang. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pelestarian alam sekitar termasuklah cara-cara melestarikan alam sekitar sila rujuk buku/makalah yang berkaitan. | Makna | 18.03.2009 |
selamat sejahtera. 1. Abang mencari maklumat tentang alam sekitar. 1a. Abang mencari maklumat alam sekitar. 2. Ibu membawa beg mesra alam ke pasar. 2a. Ibu membawa beg mesra alam semasa pergi ke pasar. ayat mana yang betul? kalau ada kesilapan, harap dapat sikit penjelasan daripada pihak tuan/puan. terima kasih | 1. Abang mencari maklumat tentang alam sekitar. Kata sendi nama tentang perlu ada sebelum kata nama alam sekitar 2. Ibu membawa beg mesra alam ke pasar. Ibu membawa beg mesra alam semasa ke pasar. Kedua-dua ayat ini betul, ayat kedua betul. | Tatabahasa | 01.11.2018 |
"Pembakaran terbuka membawa banyak kesan negatif terhadap alam sekitar." atau "Pembakaran terbuka banyak membawa kesan negatif terhadap alam sekitar." Antara yang berikut, yang manakah betul dan mengapa jawapan tersebut betul? | Ayat yang betul ialah 'Pembakaran terbuka membawa banyak kesan negatif terhadap alam sekitar.' Kata bilangan banyak menjadi penerang pada frasa nama kesan dan hadir sebelum frasa tersebut. | Tatabahasa | 22.01.2011 |
Master of Environmental Technology jika diterjemahkan ke bahasa Melayu adakah seperti berikut: 1. Sarjana Teknologi dalam Alam Sekitar ATAU 2. Sarjana Teknologi Alam Sekitar | Padanan bahasa Melayu yang sesuai untuk Master of Environmental Technology ialah Sarjana Teknologi Alam Sekitar. | Makna | 13.07.2018 |
Adakah kata sendi nama 'daripada' diperlukan dalam ayat di bawah: Akibat daripada tindakan manusia, kualiti alam sekitar kian merosot. Atau ayat di bawah lebih sesuai: Akibat tindakan manusia, kualiti alam sekitar kian merosot. | Ayat yang betul ialah, Akibat tindakan daripada manusia, kualiti alam sekitar kian merosot. | Lain-lain | 23.05.2020 |