Selalunya perkataan "satuan" digunakan untuk menunjukkan satu unit terkecil. Boleh tak saya nak guna perkataan "satuan" untuk menunjukkan gabungan beberapa unit hingga membentuk struktur terpadu? | Perkataan satuan boleh digunakan bagi contoh ayat tersebut. | Tatabahasa | 11.02.2021 |
Selalunya kami saling berlumba-lumba untuk menyudahi sesuatu kerja. munsyi, adakah ayat ini salah dari segi gramatisnya? tk | Ayat tersebut tidak gramatis, penggunaan yang betul ialah saling berlumba atau berlumba-lumba. | Tatabahasa | 16.04.2012 |
Perkataan "madani" selalunya dikaitkan dgn perkataan "masyarakat". Boleh atau tidak perkataan "madani" dikaitkan dgn perkataan lain seperti pelajar madani, pekerja madani, melayu madani, bangsa madani, jiwa yg madani dan sebagainya? | Madani berasal dari erkataan Arab yg bermaksud maju dr segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan (bkn masyarakat, generasi dsb): justeru penggunaan perkataan tersebut perlu tepat mengikut makna dan konteks yang diberi. | Tatabahasa | 17.08.2007 |
"Selalunya begitulah, sebab musim hujankan," katanya. Perkataan 'hujankan' itu dekat atau jauh? | Ejaan yang betul ialah "Selalunya begitulah, sebab musim hujan, kan," . | Ejaan | 11.01.2014 |
1.Nyatakan perbezaan antara interpersonal dengan intrapersonal 2.Penggunaan ialah dengan adalah | Interpersonal membawa maksud komunikasi dua arah. Intrapersonal lebih membawa maksud komunikasi satu arah, (monolog dalaman diri seseorang). Penggunaan ialah selalunya diikuti dengan penggunaan kata nama, manakala adalah selalunya diikuti dengan kata sendi dan kata hubung. Terima kasih kerana berurusan dengan pihak kami. | Makna | 11.10.2006 |
Saya ingin bertanya. Selalunya pelajar sekolah rendah dipanggil murid. Pelajar sekolah menengah dipanggil pelajar. Manakala pelajar di universiti dipanggil mahasiswa @ mahasiswi. Manakala pelajar di peringkat IPTA @ IPTS pula diberi gelaran apa? | Pelajar pada peringkat IPTA dan IPTS juga dipanggil sebagai mahasiswa dan mahasiswi. | Tatabahasa | 12.10.2015 |
Dalam surat rasmi, selalunya ungkapan ini ditulis iaitu ' Dengan sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk'. Pada saya ' adalah dirujuk' salah dari segi penggunaannya. memadailah jika ditulis' ... di atas dirujuk'. Minta pandangan tuan. Terima kasih. | Encik Wong, Yang betul ialah 'perkara di atas dirujuk'. Penggunaan kata pemeri 'adalah' di hadapan kata kerja salah. | Tatabahasa | 22.03.2010 |
kenapa bentuk sastera klasik selalunya mempunyai intro yang yang sama.... seperti contoh ayat... sebermula alkisah diceretarakan oleh orang tua dahulu kala... | Ciri-ciri permulaan atau intro seperti yang saudara maksud merupakan ciri-ciri istimewa karya Melayu klasik. Ciri-ciri itu menandakan sesebuah karya itu adalah karya klasik. Namun begitu, jika ada karya-karya baharu atau moden yang meminjam ciri-ciri tersebut, ia hanya sebagai satu gaya sahaja. | Lain-lain | 21.08.2008 |
Apakah maksud P.U (A) ? selalunya digunakan dalam warta kerajaan. | P.U. (A) ialah singkatan untuk Pemberitahu Undangan (A) | Lain-lain | 20.12.2012 |
Salam, 1. Bagi perkataan yang selalunya hadir bersama-sama misalnya "larut malam", "luar biasa", "selamat malam", "zaman keemasan" itu dirujuk sebagai apa? kata atau frasa? Disebabkan contoh-contoh tersebut hanya terbentuk daripada dua patah perkataan sahaja, jadi bolehkah kesemua contoh di atas digolongkan sebagai frasa pendek? Sekian, terima kasih. | Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Frasa boleh mengandungi hanya subjek atau hanya predikat. Oleh itu, "larut malam", "luar biasa", "selamat malam" dan "zaman keemasan" ialah frasa. | Tatabahasa | 05.09.2012 |