Apabila kita menulis perkataan semenanjung dalam konteks di dalam Malaysia, perlukah kita menulis perkataan Malaysia atau memadai perkataan semenanjung sahaja. Sebagai contoh: Pegawai Undang-Undang seluruh Semenanjung; atau Pegawai Undang-Undang seluruh Semenanjung Malaysia. Maklum balas tuan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih. | Pihak kami mencadangkan supaya diletakkan perkataan Malaysia kerana semenanjung boleh membawa maksud yang lain. Sehubungan dengan itu, ayat yang tepat ialah Pegawai Undang-undang di seluruh Semenanjung Malaysia. | Lain-lain | 29.06.2016 |
Penggunaan Title Case di dalam ayat contohnya, Tragedi tsunami yang berlaku di Pantai Barat Semenanjung Malaysia mengorbankan banyak nyawa. Adakah Pantai Barat Semenanjung itu menggunakan Title Case jika digunakan di dalam ayat? | Jawapan yang diperlukan oleh saudara ialah Pantai Barat Semenanjung. Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa DBP. | Lain-lain | 19.12.2006 |
Assalamualaikum & salam takzim. 1. Apakah padanan paling sesuai untuk Gaza "Strip"? Mengapa Kamus Dewan menggunakan padanan "Semenanjung" Gaza sedangkan Gaza dengan jelas bukan sebuah semenanjung seperti jirannya, Sinai? 2. Ejaan "faksimili" pada laman daftar Khidmat Nasihat DBP menimbulkan tanda tanya. Saya pernah diberitahu bahawa ejaan yang betul ialah "faksimile"? Yang mana satu betul? Terima kasih. | 1. Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, padanan bahasa Melayu untuk "Gaza Strip" ialah Semenanjung Gaza. Penamaan tempat atau kawasan merupakan nama khas yang telah ditetapkan dan tidak boleh dipinda. 2. Ejaan yang betul ialah faksimile. | Ejaan | 16.04.2012 |
Bahagian dada wau melambangkan "nusaratang" iaitu, merangkumi Semenanjung Indonesia, Thailand dan Burma. Adakah betul cara penggunaan tanda petik tersebut? | Penggunaan tanda petik pada perkataan "nusaratang" adalah betul. | Ejaan | 04.03.2020 |
Assalamualaikum Wr.Wb. Saya ingin mengetahui mengenai sistem dan cara Sebutan Baku Johor-Riau, seperti yang dituturkan oleh penduduk Melayu di kawasan Nusantara ini. Terima kasih. Wassalam. | Sebutan baku Johor-Riau ialah sebutan yang biasa dituturkan oleh penduduk Melayu di Semenanjung Malaysia terutamanya di sebelah pantai barat Semenanjung. Ia merupakan sebutan bahasa Melayu yang asal yang hingga sekarang masih dituturkan oleh kebanyakan penduduk Malaysia tanpa dipengaruhi oleh dialek negeri masing-masing. | Lain-lain | 27.09.2006 |
Roslan Mohd Anuar Nov 18th, 12:27pm Salam admin..sy merupakan seorang guru di pantai timur semenanjung..sy mohon jika ada sebarang program atau pertandingan y melibatkan pelajar sekolah,mohon admin panjangkan kpd saya utk maklumkan kpd pelajar utk kegiatan luar pelajar sebab byk program yang dianjurkan oleh dbp tiada dlm makluman kami..atau boleh emelkan kpd sya di alamat aroma.rma@gmail.com | Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Nov 18th, 5:15pm Terima kasih. Mohon jasa baik cikgu untuk kerap membaca status terkini di dinding FB DBP untuk tujuan tersebut. Pihak kami akan kerap mengemas status terkini yang boleh dikongsikan untuk masyarakat. Sila layari www.dbp.gov.my pada masa yang sama. Terima kasih. | Lain-lain | 18.11.2015 |
definasi melayu menurut kamus dewan? | Melayu: nama suatu bangsa dan bahasa (terutama di Semenanjung Malaysia); masuk ~ a) mengikut cara hidup orang Melayu; b) masuk Islam; | Makna | 14.08.2009 |
Apakah makna Intifada? | Intifadah (perkataan Arab) bermaksud kebangkitan penduduk Palestin untuk menentang orang Israel yang menduduki Semenanjung Gaza dan Tebing Barat, yang bermula pada tahun 1987. | Makna | 28.07.2006 |
Saya pohon khidmat nasihat tuan untuk perkataan "menakan" seperti contoh bapa menakan atau emak menakan atau anak menakan yang sering digunakan oleh orang utara Semenanjung Malaysia dalam perbualan harian yang membawa maksud saudara. Wujudkah perkataan ini? Terima kasih. | Kata 'menakan' diklasifikasikan sebagai kata daerah dan tidak dirakam dalam Kamus Dewan. | Istilah | 18.11.2010 |
Tuan, Ayat di bawah adalah gramatis atau tidak? 1. Mei Ling duduk di antara Kah Seng dan Roslina. 2. Mei Ling duduk di antara Kah Seng dengan Roslina. 3. Selat Melaka terletak di antara Pulau Sumantera dengan Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Manakah ayat di atas adalah betul dan gramatis? Terima kasih. | Ayat yang gramatis ialah Mei Ling duduk di antara Kah Seng dengan Roslina dan Selat Melaka terletak di antara Pulau Sumantera dengan Pantai Barat Semenanjung Malaysia. | Tatabahasa | 29.06.2016 |