senior highway engineer senior geotechnical engineer service engineer senior quality surveyor assistant quality surveyor/estiomator | jurutera lebuh raya kanan jurutera geoteknik kanan jurutera perkhidmatan | Lain-lain | 27.03.2007 |
SENIOR MANAGER | PENGURUS KANAN | Istilah | 23.02.2011 |
Senior Manager, Big Bike Business | Istilah bahasa Melayu untuk "Senior Manager" ialah Pengurus Kanan. Cadangan terjemahan bahasa Melayu untuk "Big Bike Business" ialah Motosikal Berkuasa Tinggi. | Istilah | 09.04.2013 |
Senior Manager, Big Bike Business dalam bahasa Malaysia ? Terima kasih | Istilah bahasa Melayu untuk "Senior Manager" ialah Pengurus Kanan. Cadangan padanan bahasa Melayu untuk "Big Bike Business" ialah Perniagaan Motosikal Berkuasa Tinggi. | Istilah | 09.04.2013 |
Apakah terjemahan yang paling tepat bagi Senior Partner di dalam Bahasa Malaysia? | Cadangan terjemahan "Senior Partner" ialah rakan kongsi utama. | Penyemakan dan penterjemahan | 23.11.2015 |
salam sejahtera, "Senior Advertisment Sales Specialst" dalam bahasa Malaysia ? tERIMA KASIH. | Terjemahan secara langsung untuk Senior Advertisement Sals Specialist ialah Pakar Jualan Iklan Kanan. Mohon pihak anda dapat memberikan konteks jawatan ini sekiranya anda memerlukan cadangan padanan yang lain. | Istilah | 15.10.2014 |
Tuan, apakah perkataan yang sesuai untuk jawatan "Senior Vice President Group Legal & General Counsel"? Sekian. | Cadangan kami bagi jawatan "Senior Vice President Group Legal & General Counsel" ialah Timbalan Presiden Kanan Undang-undang Kumpulan dan Penasihat Undang-undang. Tuan boleh merujuk Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) untuk terjemahan bahasa Melayu yang lebih tepat jika padanan yang kami cadangkan tidak bersesuaian dengan konteks tuan.
| Penyemakan dan penterjemahan | 17.07.2014 |
Minta pertolongan bagi terjemahan jawatan -Senior Legal Advisor- ke dalam Bahasa Malaysia. Adakah Penasihat Kanan Undang-Undang, Pegawai Undang-Undang atau Pegawai Perundangan? | Senior Legal Advisor diterjemahkan sebagai Penasihat Kanan Undang-undang | Ejaan | 24.07.2002 |
Saya ingin bertanyakan terjemahan dalam Bahasa Melayu bagi Kata Nama berikut: 1) Senior Area General Manager 2) Guest (for hotel) Terima kasih. Nabil | Padanan bahasa Melayu untuk perkataan yang diberikan adalah seperti yang berikut: i. Senior Area General Manager - Pengurus Besar Kawasan Kanan ii. Guest - Tetamu | Istilah | 07.06.2016 |
Kata dalam Bahasa Inggeris ialah : Senior Project Executive. Jika diterjemahkan ke Bahasa Melayu, yang mana betul: Eksekutif Kanan Projek atau Eksekutif Projek Kanan. Minta pencerahan. Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang betul ialah Eksekutif Projek Kanan. | Istilah | 03.11.2016 |