apakah maksud 'hendak seribu daya,tidak hendak seribu dalih' | Maksud peribahasa "Hendak seribu daya, tak hendak seribu upaya" ialah tiap-tiap ada kemahuan, tentu ada jalan. Harap maklum | Makna | 06.08.2007 |
keterangan tentang peribahasa hendak seribu daya,tak nak seribu dalih | Maksud peribahasa "Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih" bermaksud setiap ada kemahuan, tentu ada jalan. | Lain-lain | 04.10.2009 |
apa maksud hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih | Dalam Kamus Istimewa Peribahasa Melayu ialah "Hendak seribu daya, tak hendak seribu upaya" bermaksud "Tiap-tiap ada kemahuan, tentu ada jalan". | Makna | 16.08.2011 |
apakah peribahasa yang sama erti dengan 1. hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih? 2.mencurah garam ke laut? | Dalam buku Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, peribahasa yang betul ialah "Hendak seribu daya, tak hendak seribu upaya", walau bagaimanapun tidak dinyatakan peribahasa yang sama makna dengannya. Peribahasa yang kedua ialah "Memberi garam kepada laut" dan peribahasa yang sama makna ialah "Umpama semut mempersembahkan paha belalang kepada raja". | Lain-lain | 08.09.2011 |
Assalamualaikum. Adakah istilah "seribu satu" bermaksud "beraneka"? Contohnya: "Seribu satu ragam manusia." Terima kasih. | Salam, tuan/puan, sekiranya kita merujuk ayat "Seribu satu ragam manusia" atau "Hikayat seribu satu malam" jelas membawa makna "beraneka". Walau bagaimanapun, penggunaan "seribu satu" tidak semestinya membawa maksud "beraneka" kerana istilah ini digunakan dalam sastera/kreatif dan perlu memahami makna keseluruhan ayat yang ingin disampaikan. | Tatabahasa | 18.12.2014 |
yang manakah benar: nak seribu daya tak nak beribu dalih | Peribahasa yang betul ialah, hendak seribu daya, tak hendak seribu upaya (rujuk Kamus Istimewa Peribahasa Bahasa Melayu) | Lain-lain | 02.07.2007 |
seribu alasanmu menjadi tegar.soalanya,pakah ayat tersebut betul dan di boleh guna sebagai stau ayat | Encik Zaini, Ayat tersebut betul bergantung pada konteks penggunaannya. | Tatabahasa | 24.06.2010 |
Adakah perkataan alaf dan alfu membawa maksud sama iaitu seribu tahun (milenium) ataupun hanya alaf sahaja bermakna seribu tahun dan alfu hanya merujuk seribu sahaja (nombor tidak merujuk tahun)? | Perkataan alaf dan alfu membawa maksud yang sama, iaitu seribu tahun. | Makna | 14.03.2018 |
Bolehkan tuan cuba jelaskan maksud peribahasa atau ungkapan 'rumah satu tiang seribu'? Saya sudah menyemak peribahasa ini dalam kamu peribahasa termasuk kamus Peribahasa Abdullah Hassan tetapi tidak dapat menyemaknya. Sekian, terima kasih. | Dalam sumber rujukan kami tidak ada peribahasa 'rumah satu tiang seribu', dalam pengetahuan kami ungkapan ini merupakan tajuk sebuah drama dan bukan peribahasa. | Makna | 28.05.2010 |
Saya ingin tahu apakah seribu perkataan pertama yang sesuai diajar kepada murid sekolah rendah. Terima kasih. | Mohon maaf, pihak kami tiada maklumat dan data yang tepat untuk menjawab soalan ini. | Lain-lain | 27.03.2019 |