Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : 3. act of signing o’s name, menandatangani, ditandatangani: the document is ready for ~, dokumen itu sedia utk ditandatangani. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. person’s name signed by himself, tandatangan: I cannot read the ~ on this letter, saya tdk dapat membaca tandatangan pd surat ini; 2. (mus) tanda: key ~, tanda nada; ~ tune, lagu pengenalan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata signature


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Signature ProjekProjek TerkemukaLain-lain20.05.2009
Salam. Apakah terjemahan untuk "Signature Box" bagi menjelaskan sarung telefon pintar jenama Coach itu akan diletakkan di dalam "Signature Box". Terima kasihUntuk makluman, istilah "signature box" tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Sila berikan konsep atau maksud istilah tersebut agar kami dapat memberikan cadangan padanan bahasa Melayu yang sesuai.Istilah17.04.2013
Apakah penterjemahan yang baik untuk frasa-frasa berikut: (a) wind farm (b) signature event (istilah industri pengiklanan) A signature event is an event whose brand recognition in the market is equal to or greater than the brand recognition of its sponsoring organization. Also, an event whose "production values" carry the "genetics" of the sponsoring organization's mission. "Signature event" is a term encountered, most frequently, in the nonprofit sector to describe an organization's major fundraising event(s).

Puan Suhana,

Saya harap Puan dapat berikan konteks penggunaan bagi perkataan wind farm kerana jika diterjemahkan secara terus ia menjadi pertanian bantuan angin atau kawasan yang terdapat banyak tiupan angin. Manakala bagi perkataan signature  even boleh diterjemahkan sebagi acara penganugerahan/pengiktirafan. Saya harap Puan cuba dulu padankan dengan ayat yang menerangkan perkataan tersebut dan jika sekiranya masih ragu-ragu sila hubungi saya semula supaya kita dapat berbincang.

Makna14.06.2010
Tuan/Puan, Apakah penterjemahan yang tepat untuk frasa "signature reduction devices", (dalam konteks aksesori senjata). Terima kasih.Padanan bahasa Melayu bagi istilah signature reduction ialah pengurangan tanda kenal. Bagi istilah signature reduction devices, padanan istilah yang bersesuaian ialah alat pengurangan tanda kenal. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah16.02.2023
Apakah istilah yang sesuai untuk "Signature Plate" dalam Bahasa Melayu?Kami mencadangkan "signature plate" diterjemahkan sebagai "plat pengenalan" atau "plat tandatangan". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah30.05.2022
Bolehkan anda berikan cadangan terjemahan untuk "Signature dish?"Cadangan terjemahan yang sesuai bagi Signature dish ialah Sajian Eksklusif atau Sajian IstimewaMakna23.04.2017
Apakah istilah tepat dalam Bahasa Melayu bagi 'Signature Dish' dalam bidang masakan?Istilah bahasa Melayu bagi "signature dish" tiada dalam rujukan kami, walau bagaimanapun padanan bahasa Melayu yang sesuai ialah hidangan atau masakan istimewa atau utama.Istilah28.05.2009
Sdr, apakah terjemahan ke dalam bahasa Melayu bagi istilah "project signature"? Terima kasih.Cadangan terjemahan bagi project signature ialah pengenalan projek.Istilah08.06.2011
Tuan/Puan, Saya ingin mendapat nasihat dari pihak tuan/puan berkenaan terjemahan perkataan “Designation and Office” bagi tujuan tandatangan seseorang pegawai. Contoh: …………………. …………………………………..….. (Signature) (Designation and Office) Apakah perkataan “designation and office” boleh diterjemahkan sebagai “ Nama Jawatan” atau Nama dan Jawatan” Terima kasih atas bantuan tuan/puan.Terjemahan untuk “Designation and Office” dalam bahasa Melayu adalah mengikut konteks yang pihak tuan maksudkan.  Adakah ia bermaksud perlu mencatat nama dan jawatan atau nama jawatan.  Contoh nama dan jawatan: Salleh bin Abu, Pegawai Eksekutif.  Contoh nama jawatan:  Pegawai Eksekutif. Pilih yang mana pihak tuan maksudkan. Makna05.07.2021
Pihak kami memerlukan bantuan tafsiran slogan di bawah ke dalam Bahasa Melayu, untuk digunakan sebagai slogan korporat kami. "Your Mobility, Your Freedom, Our Signature" Pihak kami telah mencuba beberapa tafsiran, namun didapati perkataan yang dipilih tidak sesuai. Pihak kami juga telah merujuk Carian Kata di dalam laman web ini tapi masih gagal mencari perkataan sinonim yang sesuai. Diharap pihak tuan dapat membantu.Untuk makluman, DBP tidak menyediakan khidmat terjemahan. Slogan biasanya mempunyai konsep dan maksud tersendiri dan  pihak kami tidak mengetahui konsep yang ingin disampaikan oleh slogan tersebut. Sila terjemah dahulu kepada bahasa Melayu dan hantar kepada kami untuk penyemakan.Penyemakan dan penterjemahan11.04.2014
12

Kembali ke atas