penggunaan kata singki atau sinki ? Terima kasih | Ejaan yang betul ialah singki. | Ejaan | 22.07.2011 |
Isitilah Bahasa Malaysia yang sesuai untuk 'bib tap' dan 'sink tap' | Padanan untuk bib tap dan sink tap ialah pili bebibir dan pili sinki. | Penyemakan dan penterjemahan | 13.11.2017 |
Minta pandangan bagi penulisan ayat ini: Kita mestilah bertimbang rasa. Contohnya, memberi tempat duduk kepada nenek tua di dalam bas. Bolehkah perkataan 'contohnya' digunakan untuk memulakan ayat? Yang manakah betul singki atau sinki? | 1. Perkataan contoh dalam konteks ayat tersebut boleh digunakan. 2. Perkataan yang betul ialah singki. | Tatabahasa | 14.03.2014 |
Salam sejahtera, Adakah "washstand" boleh diterjemahkan kepada "sink cuci tangan" atau dikekalkan seadanya? Jika tidak, mohon pendapat dan bantuan pihak DBP untuk memberikan terjemahan yang sesuai. Sumber: https://en.wikipedia.org/wiki/Washstand Terima kasih. | Salam Sejahtera. Padanan bahasa Melayu untuk washstand ialah dirian sinki. Sekian. Terima kasih. | Istilah | 10.12.2017 |
Saya ada soalan. Apa maksud perkataan-perkataan di bawah. 1. Listing 2. Listed price 3. Island (Perabot) 4. Breakfast bar 5. Fixer upper 6. Self-levelling 7. Mounted sink Terima kasih. | Maksud terjemahan di bawah ialah: 1. Listing - senarai 2. Listed price - harga daftar 3. Island (Perabot) - kabinet dapur berkonsep pulau 4. Breakfast bar - Bar sarapan pagi 5. Fixer upper - Pengubahsuai 6. Self-levelling - Aras Sendiri 7. Mounted sink - Sinki lekap atau sangkut | Makna | 07.03.2017 |