Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : ~ round, a. move smoothly around, meluncur: the car slid round the corner and came to a halt, kereta itu meluncur di balik simpang lalu berhenti; b. see ~ over; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ over, (fig.) menyentuh [sst] secara sepintas lalu: the chairman tried to ~ over the controversial issue but the other members refused to let the subject go, pengerusi mencuba menyentuh isu yg menjadi kontroversi itu secara sepintas lalu tetapi ahli-ahli lain tdk mahu perkara itu berlalu tanpa dibincangkan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ out of, (fig.) mengelak drpd: as a father, you can’t ~ out of your responsibilities, sbg ayah, kamu tdk boleh mengelak drpd tanggungjawab kamu; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ down o’s cheeks, meleleh di pipi: without her realising it, tears slid down her cheeks, tanpa disedari, air mata meleleh di pipinya; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ down, menggelongsor (turun): the boys took turns to ~ down the bannister, budak-budak lelaki itu menggelongsor turun mengikut susur tangga; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ around, see ~ round; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : let /it, st, things/ ~, membiarkan sst menjadi semakin + approp adj: he had been a good worker but lately he had let things ~, dia pekerja yg baik tetapi sejak kebelakangan ini, dia membiarkan kerjanya menjadi semakin tdk terurus; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : c. (stealthily) memasukkan [sst] senyap-senyap: she slid my letter into his hand while everyone was talking, dia memasukkan surat saya senyap-senyap ke dlm tangan lelaki itu semasa semua orang sedang berbual; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : a. (gen) memasukkan: he slid some coins into the parking-meter, dia memasukkan beberapa keping duit syiling ke dlm meter letak kereta; b. (to put st out of sight), menyorokkan, menyembunyikan: she slid the ring into her pocket when no one was looking, dia menyorokkan cincin itu ke dlm poketnya apabila tdk ada orang yg nampak; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vt 1. cause to slip across a surface, meluncurkan: he slid the book towards me, dia meluncurkan buku itu ke arah saya; 2. cause to move smoothly, (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 4. (of price, currency) merosot: they decided to sell the land before prices slid further, mereka memutuskan utk menjual tanah itu sebelum harga merosot lagi; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 3. begin to enter, acquire (a certain state etc), [various translations]: he has slid into the habit of waking up late, dia telah beransur-ansur berubah kpd tabiat suka bangun lambat; it’s easy to ~ into crime when you mix with this group of people, mudah terjerumus dlm kegiatan jenayah apabila kamu bergaul dgn kumpulan orang spt ini; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 2. move smoothly and quietly, menyelinap: the thief slid out of the room through the window, pencuri itu menyelinap keluar dr bilik melalui tingkap; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : the boy fixed the firecrackers to the top of the post and then slid to the ground, budak itu mengikat pd puncak tiang itu dan kemudian menggelongsor ke tanah; the automatic door slid open, pintu automatik itu terbuka menggelangsar; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vi 1. glide over a smooth surface, meluncur; (down-hill) menggelongsor; (of door, drawer, etc) menggelangsar: it’s dangerous to ~ on thin ice, berbahaya meluncur di atas ais yg nipis; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 4. chute, pelongsor; 5. small glass plate for microscope-viewing, sisip kaca, slaid; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 2. downward trend, kemerosotan: the ~ in rubber prices, kemerosotan harga getah; 3. apparatus for sliding down by children, papan gelongsor; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. act of sliding, meluncur; (downhill) menggelongsor: the ~ down the hill was enormous fun, menggelongsor ke bawah bukit sangat menyeronokkan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 6. transparency, slaid, sisip; 7. (UK) see HAIR-SLIDE; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata slide


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
slidepaparan /slaidIstilah07.10.2011
Adakah "slide switch" yang dilampirkan ialah suis gelongsor?Sekiranya diterjemah secara terjemahan harfiah, maksud yang saudara nyatakan adalah betul.Istilah26.06.2014
Apakah perkataan paling sesuai untuk menterjemah perkataan 'slide' seperti yang digunakan dalam ayat berikut, 'Slide to the next picture' (merujuk kepada gambar yang berada dalam telefon bimbit). Apakah penjodoh bilangan untuk gambar jika ia berada dalam telefon gambar? Adakah sekeping gambar boleh digunakan atau satu gambar? Terima kasih.Cadangan terjemahan yang sesuai ialah “Calit untuk ke gambar berikut”.

Penjodoh bilangan “sekeping” tidak lagi sesuai untuk gambar dalam telefon bimbit. Sudah memadai dengan menggunakan kata bilangan, iaitu satu gambar, dua gambar dan seterusnya.
Penyemakan dan penterjemahan17.04.2017
Assalamualaikum. Apakah terjemahan bahasa Melayu yang setara untuk "rotational retrogressive slide"? Terima kasih. Sumber: http://www.lawyerment.com.my/library/doc/laws/casecode/jdgm/11082000-01-5.shtmlUntuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "rotational retrogressive slide". Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah slaid retrogresif berputar.Istilah11.12.2013
Salam sejahtera Tuan/Puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat mencadangkan terjemahan yang sesuai bagi istilah-istilah berikut: 1) Gap Bed Lathe 2) Servo-Slide Cut Off Lathes 3) Spline Rolling Machine 4) Chamfering & Deburring Machine 5) Gear Hobbing Machine Sekian, terima kasih.1) Gap Bed Lathe - Pelarik Landasan Boleh Laras
2) Servo-Slide Cut Off Lathes -  Pelarik Potong Gelangsar Servo
3) Spline Rolling Machine - Mesin Gelugur Guling
4) Chamfering & Deburring Machine - Mesin Penyerongan dan Penyahgerigis
5) Gear Hobbing Machine - Mesin Pengehoban Gear
Istilah12.01.2016
Boleh saya dapat terjemahan perkataan di bawah dalam bahasa Melayu: 1. Colometric end point 2. Read spectrophotometrically 3. Fixed Stage Upright Microscope 4. Frosted slide 5. Competitive inhibition enzyme immunoassay 6. Pre-coated antibody specific 7. Unlabeled LH 8. Avidin conjugated to Horseradish Peroxidase (HRP) 9. Biotin labeled rat LH 10. Assay diluents 11. Detection reagent 12. Non-specific binding well 13. Total activity well 14. Goat anti-Mouse IgG 15. Mouse IgG 16. Absolute etanolUntuk makluman, semua istilah yang dikemukakan belum ada padanan bahasa Melayu yang khusus. Walau bagaimanapun, bersama-sama ini diberikan cadangan padanan istilah bahasa Melayu. Sekiranya padanan bahasa Melayu yang diberikan tidak sesuai, sila berikan konsep istilah tersebut. 
1. colometric end point - Tidak ada perkataan colometric, yang ada ialah colorimetric. Padanan yang dicadangkan ialah takat akhir kolorimetri.
2. read spectrophotometrically - spektrofotometrik baca
3. fixed stage upright microscope - mikroskop tegak tapak tetap
4. frosted slide - slaid kabut
5. competitive inhibition enzyme immunoassay - imunocerakin enzim perencatan bersaingan
6. pre-coated antibody specific  - antibodi prasalut spesifik
7. unlabeled LH - LH tanpa label
8. avidin conjugated to Horseradish Peroxidase (HRP) - avidin berkonjugat kepada remunggai peroksidase
9. biotin labeled rat LH - LH tikus terlabel biotin
10. assay diluents - pencair cerakin
11. detection reagent - bahan uji pengesanan atau reagen pengesanan
12. non-specific binding well - telaga ikatan tak spesifik
13. total activity well  - telaga aktiviti total
14. goat anti-mouse IgG - IgG antitikus kambing
15. mouse IgG - IgG tikus
16. absolute etanol -etanol mutlak
Istilah13.08.2012
Assalamualaikum wbt. tuan/puan, saya mohon bertanya.. apakah perkataan yang sesuai untuk digunakan untuk ..dituliskan pada slide yang kita nak tayang montaj kepada tetamu.. gambar2 sepanjang kejadian, persiapan untuk menyediakan program berkenaan.. sebagai contoh persiapan sepanduk dll. Kalau pancarona..jika dilihat maknanya pelbagai warna..macam tak sesuai.. Terima kasihWaalaikumussalam tuan/puan,
Cadangan perkataan yang sesuai bagi menunjukkan persiapan untuk menyediakan sesuatu program ialah persiapan program.
Sekian terima kasih  
Tatabahasa12.12.2017
Tuan, Arkib Negara Malaysia sedang dalam pembangunan Sistem OFA (carian bahan arkib). Salah satu jenis bahan yang dikelaskan dalam sistem ini adalah bahan yand diwujudkan secara digital seperti emel, slide powerpoint, mword dan lain-lain. Untuk makluman tuan buat masa ini, terma yang digunakan oleh ANM adalah born digital. Mohon padangan tuan berhubung terma bahasa Melayu yang boleh digunakan bagi menggambarkan kriteria rekod tersebut. Sekian.Belum ada padanan born digital dalam sumber rujukan kami. Jika dalam bahasa Inggeris born digital dihuraikan sebagai relating to a document that was created and exists only in a digital format, maka frasa tersebut boleh diterjemahkan kepada dokumen digital atau jika perlu diterangkan konsepnya, iaitu wujud dalam bentuk digital.Lain-lain10.05.2013
Tuan/puan, Saya diminta membentangkan tajuk: Pengalaman Mengembangkan Budaya Baca di Negara Malaysia dalam satu seminar di Jakarta pada 16 Julai 2009. Jadi saya ingin mendapatkan maklumat atau berkongsi pendapat dengan pihak DBP jika ada perancangan-perancangan untuk menarik minat masyarakat Malaysia untuk membaca yang telah dan akan dibuat dari dulu hingga sekarang. Jika ada dalam bentuk tulisan dan juga slide harap dapat dimajukan ke email saya. Terima kasih.Maafkan kami kerana kami tidak dapat melakukan itu melalui KNDBP kerana laman ini diwujudkan hanya untuk memberi khidmat nasihat yang berkaitan dengan bahasa, sastera, penerbitan serta korporat DBP. Untuk tujuan itu saudara perlu hadir sendiri ke Pusat Dokumentasi Melayu di Menara DBP, Kuala Lumpur.Lain-lain14.07.2009
Assalamualaikum, saya berminat untuk mendapatkan grafik peak bahasa untuk ditampalkan di dinding kelas. Saya dah Cuba muat turun daripada Facebook tapi gambarnya jadi pecah, mungkin resolusi sudah rendah. Ada tak grafik tersebut diletakkan di pangkalan lain seperti blog atau laman sesawang yang boleh dimuat turun? Atau mohon emel kepada saya ahsfantasy24@yahoo.com. Jasa baik pihak tuan/puan saya dahului dengan ucapan terima KasihWaalaikumussalam wrt. Terima kasih kerana bersahabat dengan DBP. Kami akan membantu puan. Puan bolehlah manfaatkan slide yang disertakan di bawah. Ini sahaja yang dapat kami bantu dan moga ia dapat membantu. Jadikan www.prpm.dbp.gov.my sebagai teman di hujung jari. Terima kasih. 1522151_258714190963581_762892731_n.jpg 1526601_259578650877135_428190174_n.jpg 1958382_607010019369970_1637226529_n.jpg Apa dan Siapa.jpg Lengkung dan Lingkung.jpg PEKA BAHASA Golong dan Gulung.jpg PEKA BAHASA TELOR DAN TELUR.jpg Resmi & Rasmi.jpg Slide1 (1).JPGLain-lain24.02.2014

Kembali ke atas