Salam Tuan, Saya ingin bertanya maksud 'softcopy' dalam bahasa melayu. | Maksud 'softcopy' - salinan lembut
| Istilah | 25.04.2018 |
Boleh tak kelulusan dibuat melalui online sahaja? Saya beri softcopy, pihak tuan luluskan.hantar semua softcopy kepada saya. | Untuk pengesahan iklan dalam talian, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). | Lain-lain | 25.07.2013 |
1. Bolehkah saya mendapatkan secara softcopy/hardcopy mengenai perkataan2 rumi didalam ejaan Jawi daripada DBP? 1.1 Jika boleh, dalam bentuk apa yang wujud ( softcopy/hardcopy) ? 1.2 Bagaimanakah caranya boleh saya dapatkan bahan2 tersebut? 1.3 Adakah terdapat apa-apa bayaran yang terlibat? 2. Adakah DBP berfungsi sebagai badan yang memantau ejaan jawi dalam format yang betul dan terkini? Jika tidak, dimana/siapa perlu saya hubungi untuk mendapatkan format ejaan jawi terkini? Jasa baik pihak tuan amatlah saya hargai. | Anda boleh mendapatkan Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi-Ejaan-Jawi) Edisi Kedua dengan harga RM80.00. Segala persoalan puan akan terjawab. | Lain-lain | 10.04.2009 |
Ingin mencari istilah perkatan 'hardcopy dan softcopy' dalam penggunaan bahasa melayu. | hard copy - salinan cetak atau salinan keras soft copy - salinan lembut | Istilah | 14.04.2011 |
apakah perkataan bahasa melayu utk kata 'softcopy' dan 'hardcopy' dan rujukan yang sesuai untuk dirujuk utk istilah bahasa inggeris ke melayu? | Assalamualaikum. Sila buat carian di Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) DBP pada alamat http://www.dbp.gov.my. Anda juga boleh menggunakan PRPM untuk mencari berbagai-bagai istilah bahasa Inggeris ke bahasa Melayu. | Lain-lain | 09.02.2010 |
Salam.. Saya mencari kamus dewan dalam bentuk softcopy, yang mana akan membolehkan saya menyemak perkataan, ejaaan dan sebagainya. Jika ada, berapa harganya dan dimana boleh saya membelinya ? | Cadangan kami ialah Kamus Elektronik Dewan Eja Pro. Boleh didapati di Kedai Buku Dewan Bahasa dan Pustaka atau cawangan yang berdekatan. | Lain-lain | 22.02.2010 |
Selamat pagi..saya seorang consultant..saya nk hantar softcopy bunting dan banner untuk event saya bagi tujuan pengesahan oleh pihak dbp bagaimana?? Adakah dengan masukkan fail dibawah ini.. | Untuk pengesahan bahasa, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa" dan sertakan visual iklan tersebut. | Lain-lain | 30.08.2014 |
Syakierah Sazali 11:38 Syakierah Sazali Syakierah Assalammualaikum WBT. Saya ingin bertanya mengenai permohonan softcopy buku Tesaurus Bahasa Melayu Dewan untuk kajian PhD saya. Siapakah yang perlu saya hubungi?? | Waalaikumussalam. Puan boleh menghubungi Bahagian Buku Bahasa melalui talian 03-21479103 untuk mendapatkan maklumat lanjut. Terima kasih. | Lain-lain | 05.12.2016 |
Saya ingin menjadi penulis. Saya ingin menghantar karya kepada DBP untuk dinilai dan diterbitkan. Saya ingin tahu format penulisan (saiz huruf, bentuk huruf, 'softcopy, dll) dan proses serta tempoh masa untuk saya mendapat maklum balas. Bolehkah saya hantar karya kepada beberapa pihak sekali gus? Berapa royalti yang saya boleh dapat? | Karya saudara hendaklah ditaip selang dua baris (double spacing), font size 12, font times roman atau arial, dicetak pada kertas A4. Karya tersebut boleh dihantar kepada Ketua, Bahagian Penerbitan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur untuk karya dewasa, dan kepada Ketua, Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Sastera Kanak-kanak dan Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumput, untuk karya kanak-kanak dan remaja. Pemberian royalti hanya akan dibincangkan sekiranya karya saudara diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Saudara boleh menghantar karya kepada mana-mana penerbit, tetapi bukan satu karya kepada banyak penerbit, kerana di sini akan berlaku pertindihan penerbitan dan akan melanggar peraturan hakcipta. | Lain-lain | 01.01.2010 |
Apa prosedur menghantar manuskrip ke DBP Caw Sarawak? | 1. Surat iringan 2. Sertakan 1 salinan manuskrip bersih- ada prakata, biodata penulis 2. Sertakan juga softcopy (disket) | Lain-lain | 12.11.2007 |