Salam. Manakah yang betul; sos pencecah atau sos pencicah? Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah "sos pencecah". | Ejaan | 13.07.2020 |
Apakah daftar istilah untuk 'sauce base'? Bolehkah 'bes sos' atau 'asas sos' digunakan? | Padanan untuk "sauce base" ialah asas sos. | Istilah | 10.11.2021 |
Soalan 1) Pihak kontraktor hendaklah menghantar beberapa dokumen berkaitan. Diantaranya / antaranya adalah/ialah :- 2) Tuan - tuan dijemput hadir ke / dalam / untuk mesyuarat ini. 3) Lain - lain hal berkaitan / hal lain - lain berkaitan 4) Goreng pisang / pisang goreng 5) Sos tomato / tomato sos 6) Kerja - kerja penyelenggaraan / penyenggaraan mestilah dilakukan secepat yang mungkin 7) Penyenggara landasan / penyelenggara landasan Rujuk 7 soalan di atas, mana satu perkataan yang betul dan sesuai. Terima kasih. | 1) Pihak kontraktor hendaklah menghantar beberapa dokumen berkaitan. Diantaranya / antaranya adalah/ialah : Pihak kontraktor hendaklah menghantar beberapa dokumen berkaitan. Antaranya ialah ... 2) Tuan - tuan dijemput hadir ke / dalam / untuk mesyuarat ini. Tuan-tuan dijemput hadir dalam mesyuarat ini. 3) Lain - lain hal berkaitan / hal lain - lain berkaitan Hal-hal lain berkaitan 4) Goreng pisang / pisang goreng pisang goreng 5) Sos tomato / tomato sos Sos tomato 6) Kerja - kerja penyelenggaraan / penyenggaraan mestilah dilakukan secepat yang mungkin Kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan kerana mempunyai maksud yang sama. 7) Penyenggara landasan / penyelenggara landasan Kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan kerana mempunyai maksud yang sama.
| Tatabahasa | 23.04.2013 |
Adakah ayat dibawah sesuai digunakan? Gunakan Sos Life Masam manis untuk menambah perasa masakan ayam, kambing, daging dan rusuk lembu sebelum memanggang atau membakar; semasa mencelur/merebus sayuran, taufu dan jeruk. Boleh juga digunakan dengan memanaskan sos dan tuang ke atas ikan goreng, ayam dan udang sebelum dimakan. | Ayat yang sesuai digunakan adalah seperti yang berikut: Gunakan sos Life masam manis untuk menambah perisa masakan atau panggangan ayam, kambing, daging dan rusuk lembu. Sos ini juga sesuai digunakan dalam air rebusan ketika mencelur atau merebus sayuran, taufu dan jeruk, serta boleh dituangkan ke atas ikan goreng, ayam dan udang untuk kenikmatan sebenar. | Tatabahasa | 04.01.2024 |
Adakah ayat dibawah sesuai digunakan dengan tatabahasanya? Perap 170gm stik dengan 6 sudu besar sos lada hitam. Panaskan minyak di atas api sederhana, goreng stik selama 3-4 minit. Panaskan baki sos lada hitam dengan hirisan bawang besar dan tuang ke atas stik. | Perap 170 gram stik dengan 6 sudu besar sos lada hitam. Panaskan minyak menggunakan api sederhana. Goreng tohor stik selama 3 hingga 4 minit. Panaskan baki sos lada hitam dengan hirisan bawang besar dan tuangkan ke atas stik. *Goreng tohor merujuk kepada pan fry | Tatabahasa | 29.12.2023 |
Apakah terjemahan sos 'Thousand Island' dalam bahasa Melayu? | Padanan istilah dalam bahasa Melayu ialah sos thousand island. | Lain-lain | 23.05.2021 |
adakah ayat ini betul? ibu membeli cili sos di kedai. | Ayat yang betul ialah ibu membeli sos cili di kedai. | Tatabahasa | 29.07.2013 |
Assalamualaikum Tuan/Puan, Saya ingin menyemak penggunaan Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu untuk kajian saya seperti dibawah: Bahasa Inggeris: Use Life Barbecue Sauce to season meat – grill, oven roast or deep fry. Suitable as a marinade or basting sauce. Excellent for barbecue meat & Western Cuisine. Bahasa Melayu: Cadangan Hidangan: Gunakan Sos Barbeku Life untuk perasakan daging-panggang, panggang dalam ketuhar atau goreng. Sesuai dijadikan sos perapan atau sebagai sos pencicah. Terbaik untuk hidangan daging barbeku & masakan barat. Terima Kasih. | Cadangan jawapan yang sesuai ialah Cadangan hidangan: Gunakan Sos Barbeku Life untuk perasakan daging dan panggang di dalam ketuhar atau goreng. Sesuai dijadikan sos perapan atau sos pencecah untuk hidangan daging barbeku dan masakan barat. | Penyemakan dan penterjemahan | 14.12.2023 |
Adakah betul perkataan ini. 1. penghawa dingin 2. kata mutiara 3. sos cili Terima kasih | Istilah yang betul ialah: 1. penyaman udara/pendingin hawa; 2. mutiara kata; dan 3.sos cili | Istilah | 19.08.2011 |
semak penggunaan ayat pada lampiran | Ayat yang sesuai ialah: “Gunakan sos Hoi Sin Life untuk menambah perisa masakan, panggangan daging dalam ketuhar atau menggoreng. Sos ini boleh juga dicairkan dengan mencampurkan air panas dan dituangkan ke atas masakan Chee Cheong Fun atau masakan mi.” “Gunakan sos Plum Life sebagai pencecah makanan bergoreng dan boleh juga digunakan untuk memekatkan kuah serta memberikan rasa masam manis. Sos ini sesuai juga dicampurkan dalam masakan sayur-sayuran, sebagai sos salad serta boleh dituangkan ke atas ikan goreng, ayam atau udang untuk kenikmatan sebenar.” | Tatabahasa | 09.01.2024 |